2 research outputs found

    Pengenalpastian bakteria tanah yang mempunyai aktiviti antikulat terhadap patogen kelapa sawit, Ganoderma boninense

    Get PDF
    Penyakit reput pangkal batang (BSR) yang berpunca daripada kulat fitopatogen Ganoderma boninense merupakan ancaman terbesar kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia. BSR menyebabkan pengurangan hasil tandan sawit dan kematian terhadap pokok kelapa sawit terjangkit, seterusnya menyebabkan kerugian yang besar kepada ekonomi negara pengeluar. Penggunaan racun kimia juga telah diaplikasikan bagi menangani BSR, namun begitu, kaedah ini tidak mampu mengatasi serangan kulat ini. Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti potensi penggunaan agen kawalan biologi seperti mikroorganisma antagonis dalam mengawal penyakit BSR. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mikroorganisma pencilan tempatan yang mempunyai kesan antagonistik terhadap G. boninense. Sebanyak 49 kultur bakteria tulen telah dipencilkan dari kawasan sekitar Bangi, Selangor, Malaysia. Tiga pencilan iaitu masing-masing dua strain daripada genus Burkholderia dan satu daripada Streptomyces menunjukkan aktiviti antagonistik yang kuat terhadap miselia dwikarion G. boninense strain PER71 dengan nilai Peratusan Perencatan Pertumbuhan Radius (PIRG) melebihi 70% dalam dua asai antikulat yang berbeza. Analisis jujukan DNA bagi semua pencilan telah menunjukkan spesies bakteria tersebut mempunyai kesamaan yang tinggi dengan jujukan nukleotida 16S rRNA daripada Burkholderia stagnalis, B. cepacia dan Streptomyces gelaticus. Bakteria yang digunakan di dalam kajian ini mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi dalam menghalang penyebaran G. boninense terutamanya di dalam ladang kelapa sawit di Malaysia

    Review Update on the Life Cycle, Plant–Microbe Interaction, Genomics, Detection and Control Strategies of the Oil Palm Pathogen Ganoderma boninense

    No full text
    Plant pathogens are key threats to agriculture and global food security, causing various crop diseases that lead to massive economic losses. Palm oil is a commodity export of economic importance in Southeast Asia, especially in Malaysia and Indonesia. However, the sustainability of oil palm plantations and production is threatened by basal stem rot (BSR), a devastating disease predominantly caused by the fungus Ganoderma boninense Pat. In Malaysia, infected trees have been reported in nearly 60% of plantation areas, and economic losses are estimated to reach up to ~USD500 million a year. This review covers the current knowledge of the mechanisms utilized by G. boninense during infection and the methods used in the disease management to reduce BSR, including cultural practices, chemical treatments and antagonistic microorganism manipulations. Newer developments arising from multi-omics technologies such as whole-genome sequencing (WGS) and RNA sequencing (RNA-Seq) are also reviewed. Future directions are proposed to increase the understanding of G. boninense invasion mechanisms against oil palm. It is hoped that this review can contribute towards an improved disease management and a sustainable oil palm production in this region
    corecore