1 research outputs found

    Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian pelajar pendidikan asas vokasional di Malaysia: satu kajian keberkesanan

    Get PDF
    Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) boleh dijadikan satu pendekatan alternatif dan memberi sumbangan penting ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Modul merupakan satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan MPK Peta Minda Buzan (PMB) terhadap pencapaian pelajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Seramai 88 orang pelajar PAV dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kajian kuasi-eksperimental. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .898. Ujian korelasi Pearsonr digunakan untuk mengenal pasti kekuatan hubungan antara pembolehubah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara tahap penguasaan PMB dengan markah ujian pencapaian (r = .890). Keputusan analisis data ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan markah ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan (KR) dengan kumpulan kawalan (KK) (p<.05)
    corecore