1 research outputs found

    Laporan jawatankuasa majlis dekan-dekan pengajianIislam mengkaji profil pengajian Islam institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

    Get PDF
    Permintaan tinggi kepada aliran pengajian Islam dan perkembangan positif program-program pengajian Islam di institusi pengajian tinggi awam menyebabkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui jabatan Pengajian Tinggi (JPT) merasakan satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti bentuk dan kesesuaian program-program pengajian Islam yang ditawarkan IPTA di samping merangka makanisme dan strategi bagi memasarkan program pengajian Islam di peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, kajian juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti sumbangan dan output kakitangan akademik dalam penyelidikan, penerbitan, perundingan serta sumbangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sehubungan itu, Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam IPTA pada 8 Februari 2011 di Bilik Mesyuarat Ibnu Nafis 1, Aras 3 Jabatan Pengajian Tinggi, telah membentuk satu Jawatankuasa bagi merealisasikan menjalankan penyelidikan berkenaan Kajian Profil Pengajian Islam IPTA. Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik JPT, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM25,000.00 untuk tempoh 3 bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2011. Kajian ini penting sebagai asas kepada segala mekanisme dan perancangan masa depan dalam membina hala tuju pengajian Islam yang lebih berdaya saing diperingkat kebangsaan dan antarabangsa
    corecore