28 research outputs found

    Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

    Get PDF
    Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu

    Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

    Get PDF
    Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan sosial membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini Pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu

    Gerakan Daya Wawasan (GDW) sebagai pemangkin pembinaan nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang komuniti luar bandar di Malaysia

    Get PDF
    Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti di luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu Gerakan Daya Wawasan merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin. Objektif Gerakan Daya Wawasan ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya Gerakan Desa Wawasan ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar

    The relationship between workload and burnout among the medical staff in hospital

    Get PDF
    Prolonged occupational stress can lead to the syndrome of job burnout. Workload was one of the factors that can cause the burnout. The main objective of this study was to determine the levels of job burnout and their relationships with workload among the medical staff. The key roles of medical staff in a hospital can be broadly separated into four areas which were the doctors, nurses, allied health professionals and support staff. Eighty medical staff from hospital volunteered to participate in this research. Different data were gathered using the Maslach Burnout Inventory (MBI), NASA-Task Load Index and Demographic questionnaire. The significance of the study was to investigate the relationship between the job burnout and workload among the medical staff in hospitals. The overall level of workload and job burnout was moderate. The results indicated that workload and job burnout among medical staff in hospitals was at moderate level. There was a significant relationship between workload and job burnout in this research

    Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan Mycorps, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan MYCORPS dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual separa berstruktur dan menggunakan kaedah persampelan snowball. Tiga objektif kajian iaitu (i) meneroka pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS, (ii) mengkaji faktor penyebab pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS dan (iii) menyelidiki kesan pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Pengalaman pembelajaran informal terbahagi kepada dua iaitu kemahiran insaniah dan kemahiran nyata. Faktor penyebab pengalaman pembelajaran informalterjadi adalah strategi pembelajaran, orang luar dan ahli kumpulan yang mengesankan pengetahuan, kemahiran dan sikap sukarelawan. Pendekatan fenomenologi yang dipilih bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena. Hasil kajian mendapati pembelajaran informal dialami disebabkan faktor berkenaan dan memberi kesan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini memberi implikasi kepada pengamal pembelajaran dewasa, teori yang digunakan dan juga sukarelawan

    Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi, Johor

    Get PDF
    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran tidak formal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif. Tiga objektif kajian ini adalah faktor, strategi dan kesan pembelajaran tidak formal. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temubual separuh struktur telah digunakan untuk pengumpulan data. Dengan menggunakan persampelan bertujuan, lima pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi dipilih sebagai informan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keperluan individu, persekitaran, minat, motivasi dan keperluan pekerjaan menjadi faktor yang membantu pengusaha bengkel automotif yang terlibat dalam pembelajaran tidak formal. Di samping itu, bahan bacaan, media elektronik, pemerhatian, berbincang dengan pakar dan cuba jaya adalah strategi pembelajaran tidak formal yang telah digunakan. Kesan pembelajaran tidak formal berlaku dalam kalangan informan adalah peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, terdapat perubahan positif terhadap sikap pengusaha bengkel automotif. Kajian ini juga turut memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada penyelidik pada masa depan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran tidak formal dalam kalangan pengusaha bengkel automotif. Tiga objektif kajian ini adalah faktor, strategi dan kesan pembelajaran tidak formal. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temubual separuh struktur telah digunakan untuk pengumpulan data. Dengan menggunakan persampelan bertujuan, lima pengusaha bengkel automotif di Kota Tinggi dipilih sebagai informan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keperluan individu, persekitaran, minat, motivasi dan keperluan pekerjaan menjadi faktor yang membantu pengusaha bengkel automotif yang terlibat dalam pembelajaran tidak formal. Di samping itu, bahan bacaan, media elektronik, pemerhatian, berbincang dengan pakar dan cuba jaya adalah strategi pembelajaran tidak formal yang telah digunakan. Kesan pembelajaran tidak formal berlaku dalam kalangan informan adalah peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, terdapat perubahan positif terhadap sikap pengusaha bengkel automotif. Kajian ini juga turut memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada penyelidik pada masa depan

    Pembelajaran transformatif dalam kalangan wanita dewasa yang menunaikan haji di Perak

    Get PDF
    Pembelajaran transformatif merupakan satu proses melibatkan perubahan kerangka rujukan individu meliputi perspektif makna, tabiat, minda, dan cara pemikiran. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pembelajaran transformasi yang berlaku dalam kalangan wanita dewasa setelah menunaikan fardhu haji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peristiwa pencetus, faktor-faktor dan kesan-kesan terhadap wanita dewasa yang telah menunaikan haji. Metodologi kajian ini menggunakan temubual separa bersruktur. Seramai 5 informan terdiri daripada perempuan dewasa berumur dalam lingkungan 45 hingga 65 tahun dipilih dengan menggunakan persampelan snow ball(bola salji). Hasil kajian menunjukkan peristiwa pencetus yang berbeza dalam setiap individu dapat mengubah perspektif informan untuk berubah. Faktor-faktor membantu informan memberi sokongan dan dorongan untuk teruskan berubah ke arah yangpositif. Cadangan kepada pengkaji akan datang agar meluaskan skop kajian ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, selain mengkaji perbezaan jantina serta menggunakan triangulasi data

    Sains Dan Teknologi Asia : Hadiah Asia Kepada Dunia

    Get PDF
    Kecemerlangan tamadun Asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat. Tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadun Arab-Islam, Mesir, India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala dalam bidang teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian tamadun Asia dalam bidang penciptaan seperti penciptaan kertas, kompas, alat-alat pembedahan, sutera dan teknologi seni bina. Pada masa kini Asia juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Lantaran itu dapatlah dikatakan bahawa sarjana-sarjana hari ini sebenarnya menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam melakukan penerokaan, pengubahsuaian dan penciptaan, (Research and Development). Bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan yang pernah dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka dahulu, Asia akan bangkit sebagai pusat ketamadunan sains dan teknologi dunia

    Terjahan pensejagatan menggugat bahasa dan jati diri Melayu?

    Get PDF
    Kertas ini membicarakan tentang persoalan pertembungan bahasa dan jati diri Melayu yang berhadapan dengan proses globalisasi yang sedang berlaku sekarang. Antara persoalan besar ialah sejauh manakah bahasa Melayu mampu terus menjadi bahasa ilmu untuk menjadi pemangkin pembinaan ketamadunan bangsa yang tinggi terutama dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu, kertas ini akan meneliti persaingan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan kewajaran bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu dalam pembelajaran sains dan teknologi. Terdapat empat mitos tentang bahasa Melayu vs bahasa Inggeris iaitu bahasa Inggeris bahasa sains dan teknologi; kejayaan pembudayaan sains dan teknologi bergantung kepada kejayaan penguasaan bahasa Inggeris; bahasa Melayu faktor pelewat penguasaan sains dan teknologi serta bahasa Melayu bergantung pada nasib sains dan teknologi Melayu Islam. Penulis akan meneliti apakah semua mitos ini mempunyai asas yang kuat untuk dipegang atau hanyalah satu pandangan yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa sebarang bukti penyelidikan. Di samping itu, selain isu bahasa, pensejagatan juga dikatakan perlu ditangani melalui perubahan paradigma baru di kalangan orang Melayu. Lahirlah gagasan yang dikaitkan dengan revolusi mental dan anjakan paradigma atau penglahiran Melayu baru. Lantaran itu penulisakan meneliti pemikiran Melayu tradisi dalam melihat persoalan Melayu baru dan jati diri ini. Isu bahasa dan jati diri ini amat penting untuk dilihat dari sudut yang betul bagi mendapat gambaran yang sebenarnya terutama dalam usaha kita membina satu bangsa yang maju dan bertamadun tinggi

    Peradaban Melayu

    Get PDF
    Buku ini membincangkan sejarah perkembangan peradaban masyarakat Melayu di Nusantara yang meliputi pencapaian mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sains, dan teknologi. Apa yang menarik ialah sebahagian besar daripada unsur-unsur penting yang membina peradaban ini masih dipusakai hingga ke hari ini seperti pemikiran masyarakat Melayu tentang raja dan kehidupan politik, pengaruh Islam dalam budaya dan pemikiran, serta perubatan Melayu. Buku ini amat berguna kepada mereka yang ingin mengetahui dan memahami pemikiran, kebudayaan, dan pencapaian masyarakat Melayu
    corecore