2 research outputs found

    Hak pasangan bukan Islam dalam harta perkahwinan terdahulu menurut perspektif syarak: The rights of non-Muslim couples to previous marriage property according to Islamic perspective

    Get PDF
    Berlainan agama adalah salah satu halangan untuk mewarisi harta sesama suami isteri, ayah ibu dengan anak-anak dan juga saudara mara. Dalam isu melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, isu perwarisan serta pembahagian harta sesama mereka seringkali dibangkitkan. Justeru, artikel ini menganalisis isu perwarisan dan pembahagian harta dalam perkahwinan terdahulu antara pasangan berlainan agama, menurut perspektif syarak.  Objektif perbincangan mencakupi   konsep perwarisan serta pembahagian harta antara suami isteri Muslim dan non-Muslim dalam Islam. Perbincangan juga menganalisis jenis-jenis harta dalam perkahwinan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang merujuk kepada data-data premier dan sekunder. Data-data terkumpul seterusnya dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema yang bersesuaian. Hasil kajian mendapati dalam konteks bekas suami isteri yang berlainan agama, terdapat harta yang boleh dituntut oleh pihak yang bukan Islam dan juga tidak boleh dituntut oleh mereka yang bukan Islam

    Implikasi pindaan Akta 164 terhadap perkahwinan dan harta pusaka mualaf

    Get PDF
    Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, antaranya ialah pembubaran perkahwinan, dan perwarisan serta pembahagian harta perkahwinan. Justeru, penulisan ini akan membincangkan pindaan terkini ke atas Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 yang melibatkan pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Objektif penulisan ini ialah menilai implikasi pindaan Akta 164 terhadap permohonan pembubaran perkahwinan dan perwarisan serta pembahagian harta antara pasangan mualaf dan pasangan yang kekal sebagai non-muslim. Penulisan menghurai secara kualitatif data-data yang dikumpul menggunakan analisa deskriptif dan dipersembahkan mengikut tematema yang sesuai. Analisis Data mendapati sebelum pindaan Akta 164 diluluskan, terdapat kes di mana harta pusaka mualaf diberikan kepada pasangannya yang tidak memeluk agama Islam. Ini kerana perkahwinan sivil mereka kekal dan sah dari sudut perundangan sivil dan tidak terbubar disebabkan pengislaman pasangannya. Seksyen 51 Akta 164 telah dipinda pada tahun 2017, namun sehingga kini masih belum terdapat kes-kes yang berkaitan. Namun, pindaan membolehkan perkahwinan sivil dibubarkan kerana hak diberi kepada pihak yang tidak memeluk Islam serta mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan sivil mereka. Kajian ini merumuskan bahawa selepas berlaku pindaan terhadap Akta 164, isu pembubaran perkahwinan sivil dapat diselesaikan termasuk juga isu pewarisan bagi pihak yang memeluk agama Islam. Pindaan ini secara langsung memudahkan kedua-dua pihak meyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Sekiranya perkahwinan telah terbubar secara langsung harta pusaka tidak akan dapat diwarisi oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam dan pembahagian harta pusaka boleh dibahagikan kepada pihak yang layak untuk menerima. Sekiranya pihak yang memeluk agama Islam tidak mempunyai waris yang beragama Islam, harta pusaka tersebut akan diberikan kepada baitulmal
    corecore