17 research outputs found
Pembuatan Dan Pentadbiran Dasar Pekerja Asing Di Malaysia
Kemasukan pendatang asing khususnya pekerja asing ke Malaysia telah
menyebabkan pelbagai dasar dibentuk oleh kerajaan untuk mengawalnya tetapi ia
dilihat masih kurang berkesan bagi menangani masalah migrasi terutama isu
kebanjiran PATI.
The inflow of foreign workers into Malaysia has caused the formation of various
policies to control this situation. However, they are still seen as ineffective in
managing the problem of migration particularly the overflow of illegal immigrants
Governance and Protection of Indonesian Migrant Workers in Malaysia
Protecting Indonesian migrant workers (IMWs) in Malaysia is a matter of great significance due to Indonesia's status as one of the primary source countries for migrant workers to Malaysia. Consequently, it necessitates the implementation of comprehensive governance measures by both nations. This paper aims to analyze the joint endeavors and collaborative frameworks established between governments of Indonesia and Malaysia. Additionally, it seeks to identify the network of policies and innovations enacted in both countries related to the protection and regulation of migrant workers. This research was enhanced through the utilization of NVivo qualitative analysis software. This article shows that efforts to protect IMWs in Malaysia involve many government institutions in both countries, especially at ministerial and departmental levels. The policies established between the two countries are also able to support the success of migrant protection, especially with the agreement between the two countries in the form of signing a Memorandum of Understanding (MoU). This MoU gave birth to innovation in digital-based migrant worker protection services, namely a "one channel system" as the only official mechanism for recruiting workers. However, at the implementation stage, this innovation has not gone well and necessitated a sincere effort from both countries in implementing it, especially Malaysia as the destination country.
Keywords: Indonesian Migrant Workers, Policy Network, Innovation, Governanc
Aktiviti penyeludupan migran dalam lalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia
Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada
pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sesebuah
negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan menjelaskan aktiviti penyeludupan migran yang berlaku di wilayah utara
Semenanjung Malaysia. Antara elemen yang dibincangkan adalah sempadan yang dilalui, pengangkutan yang
digunakan, bayaran yang dibuat kepada pihak sindiket, pihak-pihak yang memberi bantuan, negara-negara yang
dilalui dan taktik-taktik penyeludupan yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti
menjalankan temu bual, perbincangan berfokus secara berkumpulan dan pemerhatian. Sampel kajian ini adalah
55 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Belantik, Sik, Kedah, golongan pelarian dan pihak
berkuasa yang mempunyai kaitan dengan jenayah penyeludupan migran seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Rejimen Renjer Sempadan. Hasil kajian mendapati aktiviti
penyeludupan migran memang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi keadaannya masih
terkawal. Ia juga telah menyebabkan pihak keselamatan sentiasa mempertingkatkan kawalan dengan
melaksanakan pelbagai strategi untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa. Kesimpulannya, pihak
sindiket memainkan peranan yang penting dalam penyeludupan migran. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai
taktik untuk mengaburi pihak keselamatan dan tindakan mereka sering selangkah kehadapan kerana rangkaian
sindiket sukar dikesan
Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia
Kebanyakan negara maju menggunakan pendekatan depot tahanan sebagai instrumen utama dalam mengawal dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI). Instrumen ini turut dipraktikkan di negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Terdapat beberapa prosedur dan standard yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan dalam menguruskan tahanan yang melibatkan PATI seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang antarabangsa.Namun, peruntukan undang-undang tersebut kadang-kala sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh beberapa kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapi. Kertas kerja ini dilakukan bertujuan bagi meneliti cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menguruskan PATI yang ditahan di depot tahanan imigresen. Penelitian kajian hanya tertumpu di depot tahanan Belantik di Sik, Kedah.
Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam
digunakan melibatkan beberapa pegawai di depot tahanan Belantik. Selain itu, kajian turut
menggunakan kaedah perbincangan secara berkumpulan melibatkan 150 orang tahanan. Hasil temu bual mendapati bahawa terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pihak imigresen dalam menguruskan tahanan, iaitu menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi yang terhad dan sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air. Kesimpulannya, kerajaan perlu membuat pemantauan di setiap depot tahanan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak depot tahanan tidak menghadapi sebarang masalah kritikal. Hal ini sekaligus dapat memenuhi standard seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang hak asasi antarabangsa
Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia
Kebanyakan negara maju menggunakan pendekatan depot tahanan sebagai instrumen utama dalam mengawal dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI). Instrumen ini turut dipraktikkan di negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Terdapat beberapa prosedur dan standard yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan dalam menguruskan tahanan yang melibatkan PATI seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang antarabangsa.Namun, peruntukan undang-undang tersebut kadang-kala sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh beberapa kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapi. Kertas kerja ini dilakukan bertujuan bagi meneliti cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menguruskan PATI yang ditahan di depot tahanan imigresen. Penelitian kajian hanya tertumpu di depot tahanan Belantik di Sik, Kedah.
Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam
digunakan melibatkan beberapa pegawai di depot tahanan Belantik. Selain itu, kajian turut
menggunakan kaedah perbincangan secara berkumpulan melibatkan 150 orang tahanan. Hasil temu bual mendapati bahawa terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pihak imigresen dalam menguruskan tahanan, iaitu menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi yang terhad dan sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air. Kesimpulannya, kerajaan perlu membuat pemantauan di setiap depot tahanan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak depot tahanan tidak menghadapi sebarang masalah kritikal. Hal ini sekaligus dapat memenuhi standard seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang hak asasi antarabangsa
Kajian terhadap proses dan pendekatan dalam pembentukan dasar pekerja asing di Malaysia : (Study on the process and approach of the formation of foreign workers policy in Malaysia)
Demands for foreign workers in Malaysia is inevitable and the government has developed various policies and programmes to control the entry of foreign workers to the country. There are two objectives will be discussed in this article which are first, to examine the process and to analyse the approach used in making policies relating foreign workers. This study adopts qualitative approach, using face-to-face interview with respondents who were selected in this study. They were selected based on their involvement in policy making relating to the foreign workers. The respondents are categorized into two groups, formal and informal. The formal group comprises of Cabinet Committee on Foreign Workers and Illegal Migrant (JKPPA-PATI), while the latter group consists of representatives from employee, employees, NGOs and academics. The findings of this study reveal that there are three stages of foreign worker policy making processes. The first stage involves discussion between ministries with various interest groups such as MEF, MTUC and NGOs. The second stage covers is the discussion between the Ministry of Home and Ministry of Human Resource with other regulatory agencies from other ministries. The last stage is the formal meeting of the JKPPA-PATI Committee. In making foreign worker policy, economic and security approaches are used. It means, every agency which involved in foreign workers has its own consideration and justification on what approach to be used. In conclusion, foreign worker policy making involves different stages of discussion with various stakeholders. The main consideration in making this policy is based on these two main economic and security factors which also appear as the main cause of public policy conflict between the parties involved
Kajian terhadap proses dan pendekatan dalam pembentukan dasar pekerja asing di Malaysia
Permintaan terhadap pekerja asing ke Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kerajaan
telah mewujudkan dasar dan program bagi mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Terdapat
dua objektif utama yang akan dibincangkan dalam artikel ini iaitu mengkaji proses pembuatan dasar
dan pendekatan digunakan dalam pembuatan dasar pekerja asing. Dalam kajian ini pengkaji
mengunakan kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa responden yang terlibat dalam
pembentukan dasar pekerja asing dan mereka dipilih berdasarkan penglibatan dalam pengurusan dasar
pekerja asing. Responden tersebut boleh dikategorikan kepada formal seperti ahli dalam Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI (JKPA-PATI) dan tidak formal seperti wakil majikan,
wakil pekerja, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil kajian menunjukkan terdapat
tiga peringkat dalam proses pembuatan dasar pekerja asing iaitu peringkat pertama, perbincangan di
antara kementerian dengan kumpulan berkepentingan seperti MEF, MTUC dan NGO. Kedua,
perbincangan di antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia dengan agensi
kawal selia yang terdiri daripada kementerian-kementerian berkaitan. Ketiga, peringkat mesyuarat
secara formal yang melibatkan ahli-ahli dalam JKPA-PATI. Manakala pendekatan yang digunakan
dalam pembuatan dasar pekerja asing adalah di antara ekonomi dan keselamatan. Setiap pihak
berkaitan pekerja asing mempunyai justifikasi tersendiri dalam menimbangkan pendekatan yang
dipilih. Kesimpulannya, pembentukan dasar pekerja asing melibatkan beberapa peringkat
perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan. Pertimbangan yang diambilkira dalam
pembentukan dasar melibatkan aspek keselamatan dan ekonomi yang menjadi penyebab utama kepada
konflik dasar di antara pihak-pihak berkaitan
Aktiviti Penyeludupan Migran Dalam Kalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia (Smuggling of Migrants Activites Among Illegal Migrants in Malaysia)
Migrant trafficking is a trans-border crime which yields enormous amount of profit. Migrants who enter a country through this method are classified as illegal immigrants.Thus, security border of a country needs to be continuously enhanced and improved to prevent the occurrence of human trafficking.Hence, this article discusses about migrant trafficking activities in the Northern Region of Peninsular Malaysia. Issues discussed include countries and borders that involved in the trafficking, types of transportation used, charges paid to the syndicates, parties involved in the process and the tactics of trafficking. The data of this study are taken from fifty five illegal immigrants who are being detained at the Depoh Tahanan Belantik, Kedah and those who settled in several districts in the Northern part of the Peninsular Malaysia.Relevant authorities like Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Malaysia Immigration Department and Border Ranjer Regiment, are being interviewed. Findings reveal that the activities of migrant trafficking are occurring in the Northern Region of the Peninsular Malaysia.The authorities are continuously improvised the monitoring methods to curtail the trafficking however, the syndicates are often ahead of the authorities and getting difficult to be traced
Digitalisasi di kalangan pelarian di Malaysia
Proses digitalisasi merupakan satu kaedah pengurusan di abad kini yang termasuk di dalam konsep Pengurusan Pentadbiran Baharu (NPM). Proses pendigitalan telah berlaku dengan begitu pesat di Malaysia yang melibatkan pelbagai sektor kewangan mahupun bukan kewangan. Pelbagai pihak terkesan dengan proses digitalisasi yang berlaku termasuklah golongan pelarian yang mendapatkan perlindungan di Malaysia. Di dalam usaha pendigitalan ini, beberapa elemen yang berkait rapat dengan digitalisasi iaitu dunia maya global, landskap maklumat dan digital augmentari merupakan unsur yang penting bagi mencapai matlamat pendigitalan yang mampan di kalangan pelarian. Hal ini penting kerana golongan pelarian tidak diiktiraf secara rasmi oleh pihak kerajaan. Oleh itu, platform digital perlu dimanfaatkan di dalam pengurusan pelarian di Malaysia. Berlandaskan kepada elemen tersebut, kajian kualitatif ini telah dilaksanakan dengan melibatkan tiga informan yang mewakili pihak kerajaan, swasta dan badan NGO yang berpusat di Putrajaya, Malaysia. Temu bual mendalam yang dilakukan mendapati bahawa proses pendigitalan telah berlaku untuk membantu pihak kerajaan memastikan setiap pelarian yang memasuki negara ini dapat diurus dengan lebih baik. Terdapat juga golongan pelarian yang berjaya didaftarkan secara rasmi kerana proses pendigitalan memudahkan pendaftaran pelarian dengan pihak UNHCR Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat ruang penambahbaikan bagi memastikan sistem-sistem digital kerajaan berfungsi secara sekata di dalam menangani masalah pelarian di Malaysia. Hasil kajian ini memberikan manfaat kepada pihak kerajaan dan pihak lain yang terlibat secara langsung seperti Badan Bukan Kerajaan dan UNHCR serta penyelidik dan pelajar yang mendalami ilmu pelarian di Malaysia
Digitalization among Refugees in Malaysia
There are issues with connectivity and networking for refugees during their stay in Malaysia. Thus, this study aims to examine digitalization activities among refugees. This qualitative study with purposive sampling involved three informants representing the government, private sector, and NGOs based in Putrajaya, Malaysia. The conducted analysis found that a digitization process has taken place, but related parties must ensure digital systems function evenly when addressing the refugee problem in Malaysia. The results could benefit the government and other parties directly involved in refugee issues such as the UNHCR, local NGOs, the private sector, and civil societies