35 research outputs found
Pengiklanan Islami: penjanaan konsep dan pelaksanaan
Makalah ini berusaha mengkonseptualisasi prinsip-prinsip pengiklanan Islami
di Malaysia berasaskan Al-Qur’an dan Al-Hadis. Bahan-bahan mengenai senario
pengiklanan di Malaysia adalah terdiri daripada pengalaman peribadi penulis
sendiri sejak 10 tahun yang lalu. Kajian ini mendapati semacam prasyarat untuk
memungkinkan pengiklanan Islami dapat direalisasikan dengan terlebih dahulu
mewujudkan para pemain Melayu dalam sektor ekonomi baik sebagai pengusaha,
pedagang mahupun peniaga. Ini kerana hanya dengan wujudnya kumpulan ini
yang dapat diharapkan untuk merealisasikannya. Walaupun pengiklanan Islami
tidak banyak berbeza daripada pengiklanan konvensional namun ia hanya dapat
dimanifestasikan hanya apabila adanya komitmen mendalam terhadap ajaran
Islam yang mana ini tidak wujud di kalangan bukan-Musli
Halangan kemasukan dalam industri periklanan di Malaysia
please refer fulltex
Techniques application on cultural and artistic documentary production: a study of Simon Schama’s Power of the Art
The study objects of this research is Simon Schama’s Power of the Art, a documentary
with 8 sets and of length 430 minutes. This research explores the documentary
through content analysis. The study analyzes artistic expressions like theme,
audio-visual language, montage technique, space-time structure, and so on. The
purpose is to study how BBC creators reappear and restore history and explain artistic
work through video language. How they use artistic and aesthetic expressions with
ideological implications in showing and leading the viewers to think. This excellent
documentary owns great reference which is significant for future creation of
documentaries of similar state
Cooperation amidst crises: dynamics of media strategic alliance networks between Thailand and Malaysia
Issues relating to globalization and cross-border cooperation in the contexts of political, economic and trade have been discussed and explored extensively across both developed and developing nations. Nevertheless, not much has been discussed on the role of media in enhancing cooperation between nations. In practice, the media is always looked upon as the crises builder or enhancer. Anyhow, the fact is that different groups of people use the same media content for different reasons. The media can be interpreted in the hands of the users. The media actually is a perfect tool to generate dialogue across borders. In this case, media institutions, which encompassed both electronic media and print media, together with the new media that focused on information and communication technologies, have the capacity to strategically enhance the extent of cooperation between governments, societies and nations. In relation to this, the article has undertaken to examine how media institutions in both countries can play a more proactive role in strengthening bilateral cooperation between Thailand and Malaysia in terms of projecting the political, economic, cultural, and social image of both countries through media coverage encompassing television programs, news, films, advertisements, as well as the new media such as Internet communication. The discussion will be conducted in two levels of analysis, the macro and the micro. The article shall focus on the end results of these two methods by which consumers use the media and the anticipation by the mass communicator. The article also investigates the opportunities of dynamics media strategic alliance in terms of structural, content and the end results of information, by media institutions of both countries
Mengukur pencapaian kelestarian program transformasi kerajaan “Gagasan 1Malaysia” dari perspektif belia Malaysia
Gagasan 1Malaysia (G1M) telah dibina berasaskan Perlembagaan Malaysia, pelbagai polisi
dan undang-undang, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Melalui G1M, rakyat
diminta menerima kedudukan kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan yang inklusif
dalam membina perasaan saling menghormati dan menerima bagi menjadikannya satu asas
yang kukuh terhadap perpaduan dan saling mempercayai. Pelan hala tuju ini merupakan
permulaan, dengan susun atur yang jelas mengenai objektif, sasaran dan rancangan, serta
kesannya yang akan diterima oleh generasi baru terutama para belia Malaysia. Dari tahun
ke tahun, kelestarian transformasi G1M ini masih diragui akan keyakinan masyarakat
terhadap G1M. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti tahap penerimaan belia terhadap G1M
ini, selain menilai persepsi belia Malaysia, dan seterusnya mengenalpasti tahap kelestarian
G1M ini pada masa hadapan. Kelestarian diukur berdasarkan Model PSR (Hardi, 1995)
yang mengukur pencapaian kelestarian berdasarkan factor tekanan, keadaan dan
tindakbalas. Kajian menggunakan kaedah tinjauan berasaskan soalselidik terhadap 400
responden dengan anggaran sampel yang ditentukan dari model penentuan saiz sampel
Ramos (2011). Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia Malaysia terhadap kebolehan
untuk mencapai kelestarian G1M adalah tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara belia lelaki dan perempuan dalam pencapaian kelestarian G1M. Perbezaan antara
belia Bandar dan luar Bandar juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Rumusan
kajian mendapati bahawa tahap kemampuan G1M dalam mencapai kelestarian berada pada
tahap yang tinggi. Justeru itu, program transformasi kerajaan “Gagasan 1Malaysia” adalah
brjaya, malah berkemampuan untuk mencapai kelestarian. Adalah diharapkan program
G1M ini diteruskan dengan penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa, dan tidak
diabaikan sebagai program politik semata-mata. Adalah dirasakan program ini amatlah
bertepatan dengan kesejahteraan rakyat, terutama masa depan para belia di Malaysia
Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih-pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
Kajian dijalankan untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Salehin (Masjid PULAPOL) di PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur dalam memberi kefahaman Islam dan mengukuhkan kerohanian pelatih-pelatih polis. Melalui kajian lapangan yang menggunakan soal selidik serta temubual sebagai instrumen kajian, data-data dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk menentukan keberkesanan program pengukuhan kerohanian yang dijalankan untuk pelatih-pelatih polis tersebut. Dapatan kajian menunjukkan program yang dijalankan di Masjid PULAPOL itu dapat memberikan kesedaran, meningkatkan kefahaman dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih untuk beramal dengan amalan Islam. Namun, kajian mendapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan kesan yang lebih baik kepada pelatih-pelatih polis. Dapatan kajian merumuskan perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk penambahbaikan ialah merangka silibus yang lebih tersusun, memperuntukkan masa yang lebih panjang, menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi, melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan, memperbanyakan aktiviti yang memenuhi keperluan pelatih-pelatih di masjid dan menyediakan peruntukan kos yang mencukupi untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan
Professional ethics in commercializing blogs as a potential public relations tool
The research aims to find out whether the responses of bloggers and public relations practitioners have any implication for the practice of public relations, and, whether blogging is an ethical tool to the public relations industry. This research studies the extent of the blogola (paid-post) practice and help understand why organizations still insist on practicing blogola despite the risk of negative public relations. The research also explores the ethical challenge encountered by the public relations industry in the digital age. The researchers evaluate whether new ethical guidelines are needed to resolve the issue of blogola. The researchers adopted the qualitative methodology, namely, the in-depth interview method. The informants are gathered using the convenience sampling, and, fifteen informants were extensively interviewed; being public relations practitioners, bloggers and consumers in Mauritius. The findings suggested that blogs are effective public relations tools to attract customers and boost sales. Deepening into the relationships between bloggers and public relations practitioners concluded that a friendly relationship is good for easy communication and for diversity of blog content. Concerning the ethical dilemma surrounding blogs and public relations, almost all informants agreed that paying bloggers for writing good reviews for the brand is not a violation, provided, the blogger is sincere and transparent about it. As long as the blogger reveals that he or she was compensated in any sort, it is tolerable. The question of new ethical guidelines is a must since social media has completely changed the way public relations work
Skala psikometrik: perspektif kawalan sosial tidak formal dan pengukuhan nilai integriti golongan muda
Kawalan sosial tidak formal merupakan kaedah pengukuhan nilai integriti yang berkesan mengekang salah laku golongan muda. Kajian empirikal kawalan sosial tidak formal kurang diberi perhatian pengkaji sains sosial dan kemanusiaan kerana kaedah ini dilaporkan mengambil masa yang lama bagi mengukuhkan nilai integriti berbanding kawalan sosial formal. Namun, pelaksanaan kawalan sosial tidak formal disahkan bukan sahaja mengurangkan kos sistem keselamatan sosial malah membentuk peribadi golongan muda yang berintegriti. Justeru, kajian ini memberi tumpuan dalam menilai skala psikometrik kawalan sosial dan pengukuhan nilai integriti golongan muda. Bagi menguji nilai integriti, Teori Kawalan Sosial Tidak Formal diuji ke atas 400 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia, (MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Instrumen Skala Kawalan Sosial Tidak Formal dibentuk daripada Teori Ikatan Sosial dan Skala Keagamaan untuk menguji nilai integriti golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Kawalan Sosial Tidak Formal. Dapatan menunjukkan model multi-dimensi skala kawalan sosial telah mencapai ketepatan padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan yang signifikan pemboleh ubah. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciri-ciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan Skala Kawalan Sosial Tidak Formal yang kurang diberi perhatian oleh penyelidik sebelumnya
Persepsi amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dalam kalangan pengguna di Malaysia
Isu-isu berkaitan alam sekitar telah menjadi isu penting dalam industri dan penyelidikan akademik. Dengan keprihatinan yang berterusan dan tuntutan pengguna mengenai isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar, syarikat perniagaan mula menggunakan strategi pemasaran hijau untuk produk dan perkhidmatan mereka. Akibatnya, istilah “greenwashing” telah menjadi perkataan biasa di pasaran, yang mana penyebaran maklumat palsu atau tidak lengkap oleh sebuah syarikat perniagaan telah dibuat demi menonjolkan imej awam mereka yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara amalan “greenwashing” dalam pengiklanan produk dengan persepsi pengguna terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna Malaysia. Konstruk persepsi pengguna yang dibina adalah kekeliruan pengguna, faedah yang dipersepsi oleh pengguna, sikap pengguna dan kepercayaan pengguna. Kajian ini dilakukan terhadap 308 pengguna di Malaysia. Kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara tertutup telah dijalankan melalui pengedaran dalam Google Form dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi ke-23. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dengan kekeliruan dalam kalangan pengguna Malaysia. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan, atau hubungan yang negatif, di antara amalan “greenwashing” pengiklanan produk hijau dengan faedah yang dipersepsi oleh pengguna, sikap pengguna dan kepercayaan pengguna terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna Malaysia
Kebergantungan internet dan aktiviti online remaja di Lembah Kelang
Kebergantungan remaja terhadap Internet amat ketara kerana sifat Internet itu sendiri yang memerlukan penglibatan aktif pengguna. Ini menggambarkan bahawa penggunaan Internet adalah bertujuan dan mempunyai matlamat tertentu. Fenomena ini mewujudkan satu hubungan antara pengguna dengan Internet dan secara tidak langsung akan mempengaruhi aktiviti online mereka. Dengan menggunakan Teori Sistem Kebergantungan Media, kajian ini berupaya mengenal pasti tahap kebergantungan terhadap Internet dalam kalangan remaja di sekitar Lembah Kelang. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja bergantung kepada Internet untuk memahami persekitaran sosial, untuk berinteraksi dan juga memenuhi keperluan sosial berbanding keperluan sendiri. Facebook merupakan laman jaringan sosial yang paling digemari untuk aktiviti bersembang