4 research outputs found
Simpulan Bahasa, Conceptual Metaphors and Malay Knowledge
This study will be focusing on Malay proverbs. To be exact, it deals with Malay Simpulan Bahasa. Za'ba (2002: 157) states that the “idiom” is also referred to as an ‘expression’, and the meaning of each idiom is conveyed by the combination of the two or more words that are fixed and structurally place in a special arrangement. The data in this study is taken from only one secondary source which is Kamus Bunga Bahasa (1961). The Simpulan Bahasa (SB) chosen for this study consist of only two-word figurative fixed formations. The objective of this study is to show how the meaning of the selected SB can be disambiguated using the Interactive Metaphorical Theory by Black (1962) and Cognitive Semantic Theory by Lakoff and Johnson (1980; 2003). According to Tenas Effendy (2003), many among the Malays today do not understand Malay proverbs. Nor Hashimah and Junaini (2010) also state that almost 60 percent of teens in Malaysia are unable to understand and master the SB well
Peminjaman perkataan sanskrit dalam Bahasa Melayu : penelitian dari sudut makna
Kajian ini meneliti sejumlah perkataan pinjaman Sanskrit terpilih dalam bahasa Melayu yang berfokus pada aspek makna. Penelitian pada makna dalam kajian ini merangkumi dua jenis perubahan, iaitu penyempitan dan peluasan makna. Pendekatan etimologi yang telah digagaskan oleh Collins (2003) diaplikasikan dalam kajian ini. Data kajian diperoleh daripada kamus yang dihasilkan oleh Winstedt (1959) yang bertajuk An Unabridged Malay-English Dictionary. Sebanyak 605 kosa kata Sanskrit yang telah dikenal pasti wujud dalam bahasa Melayu. Namun, kajian ini akan menganalisis tujuh data perkataan terpilih sahaja. Penentuan data yang merangkumi
aspek agama dan kepercayaan adalah dibuat berdasarkan penilaian ke atas makna yang tercatat dalam kamus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peminjaman perkataan daripada bahasa Sanskrit telah menyebabkan berlakunya penyempitan dan peluasan makna. Penyempitan dan peluasan makna pada beberapa perkataan terpilih terjadi setelah berlakunya perubahan kepercayaan masyarakat Melayu, iaitu daripada Hindu-Buddha kepada Islam. Hasil penelitian, penyebaran agama Islam bukan sahaja menyumbang kepada pertambahan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi makna perkataan pinjaman Sanskrit disebabkan berlakunya percanggahan dari sudut nilai kepercayaan dan ajaran antara Islam dan Hindu-Buddha
Etimologi perkataan arkaik dalam bahasa Melayu: faktor dan kesan pewujudan kata
Peminjaman kata daripada bahasa rumpun lain telah menambahkan jumlah perbendaharaan Melayu. Pertambahan yang berlaku juga telah mewujudkan kesinoniman kata dan memberi nilai kepada penggunaan sesebuah kata. Walau bagaimanapun, peresapan kosa kata asing yang berterusan telah menyebabkan wujudnya perkataan arkaik. Pewujudan ini bukan hanya berlaku pada kosa kata asli Melayu malah terjadi pada kata yang dipinjam daripada rumpun bahasa lain. Oleh itu, kajian ini akan meneliti lima perkataan arkaik dalam bahasa Melayu dari sudut etimologi. Pemilihan data kajian dibuat berdasarkan penandaan simbol ‘ark’ yang merujuk kepada arkaik menerusi Kamus Dewan Perdana (2020). Selain itu, data terpilih juga dibuat berdasarkan kepada persamaan makna antara perkataan arkaik dengan perkataan pada masa kini. Pembuktian ini penting bagi mengenal pasti kemasukan atau penggunaan sesebuah kata dalam bahasa Melayu dan kemunculannya sebagai kata arkaik sebagaimana yang dicatatkan oleh pengkaji bahasa lain. Selain itu, faktor berlakunya fenomena ini turut dibincangkan dengan menggunakan kerangka pedoman etimologi yang dicadangkan oleh Collins (2003) yang diubah suai oleh Taufiq (2022). Hasil kajian menunjukkan bahawa kata arkaik terhasil menerusi penggantian kata yang lebih menyerlah penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa. Selain itu, melalui penelitian kekerapan penggunaan serta kemunculannya menerusi manuskrip Melayu lama, beberapa perkataan yang dikaji juga tidak digunakan dengan meluas pada zamannya. Sekiranya terdapat dua perkataan yang sinonim, masyarakat Melayu lebih memilih perkataan yang difahami oleh masyarakat umum agar mudah untuk berkomunikasi, dan hal ini menyebabkan status perkataan yang dipinggirkan itu berubah menjadi perkataan arkaik
Etimologi kata pinjaman Parsi dalam bahasa Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asal usul kata pinjaman Parsi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan data daripada Kamus Dewan Perdana yang diterbitkan pada tahun 2020. Kajian ini akan menggunakan pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003). Terdapat enam pedoman yang dikemukakan oleh beliau, namun kajian ini akan memanfaatkan empat pedoman yang telah diperkemaskan untuk tujuan penganalisisan data. Kajian ini mendapati bahawa kajian etimologi perlu diteliti dari sudut sejarah dan geografi, perkataan asal, perbandingan antara bahasa yang memiliki hubungan atau saling meminjam, dan pembuktian dari sudut masa kewujudan dan penggunaan sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu. Bagi menentukan asal usul setiap kata, aspek bentuk dan makna perkataan perlu diteliti dari sudut persamaan dan kemiripan antara bahasa. Dengan menerapkan keempat-empat pedoman ini, maka perbincangan berkaitan asal usul perkataan dapat ditelusuri dengan lebih tepat. Kajian ini juga turut menjelaskan etimologi awal perkataan pinjaman Parsi terpilih yang digunakan dalam bahasa Melayu