29 research outputs found

    Isu gender dalam kalangan isteri orang hidup dengan AIDS (OHDA)

    Get PDF
    Jangkitan HIV/AIDS bukan hanya memberi kesan dalam aspek fisiologi kepada penghidapnya, malah turut memberi kesan dalam aspek psikososial. Manakala kesan psikososial pula bukan hanya dialami oleh pesakit tetapi turut dirasai oleh ahli keluarga terdekat sama ada pasangan, anak-anak dan ibubapa. Kajian ini dijalankan bagi meneroka isu-isu berkaitan gender dalam kalangan isteri (sebagai penjaga)kepada orang yang hidup dengan AIDS (OHDA). Kaedah pengumpulan data melalui temubual telah dijalankan ke atas tujuh orang isteri OHDA sebagai responden kajian, manakala analisis secara kualitatif telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan beberapa isu gender yang dikenal pasti dialami oleh responden ialah kebergantungan kepada ahli keluarga, perubahan peranan sebagai ketua keluarga, hak membuat keputusan dan perasaan terhadap suami (rasa dikhianati). Kebergantungan kepada keluarga dalam aspek kewangan berlaku terutama apabila OHDA terlibat dengan penagihan dadah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Manakala perubahan peranan berlaku bagi OHDA yang mengalami ketagihan serius serta jangkitan HIV/AIDS pada peringkat kritikal. Responden turut menganggap mereka tiada hak membuat keputusan terutama untuk tidak mengadakan hubungan seks dengan suami. Berdasarkan dapatan tersebut beberapa cadangan cuba dikemukakan antaranya ialah wanita berkenaan perlu diberikan pendidikan terutama hak mereka sebagai individu dan isteri. Manakala pekerja sosial juga perlu menjalankan intervensi yang sesuai bagi membantu golongan tersebut sama ada secara individu, keluarga dan kelompok

    Kesan kematian HIV/AIDS keatas keluarga

    Get PDF
    In most instances, families become the primary caregivers to one of health problems. Family plays a role in providing care and support to members who are ill, including People Living with HIV/AIDS (PLWHA). This study aims to explore the psychosocial impact faced by family members upon death due to HIV/AIDS.Studies conducted in the state of Kedah with I0 members of the family of wife and mother-to-PLWHA as respondents. The individuals who had interviewed have experience living with PLWHA and taking care of them during their illness until the death. A series of interviews was conducted as the data collection process and further analyzed wing a qualitative approach. The results showed few effects of the psychosocial aspects of place among the family members after PLWHA 's death. Stigma and discrimination faced a major effect in addition to effects related to the issue of death. The issue of death, including dealing with sudden death, to accede the death of PLWHA and handling the body (funeral). Effects faced PLWHA caused the death not only to the mother and wife of PLWHA but also involves their children. The findings also suggested that some steps must be performed by various groups to help family members to bear the impact of the death PLWHA. The findings could also be considered in enhancing one of the seven issues contained in the National Family Policy (DKN), which social issues in the family. This measure should be taken to ensure that members in the family are victims of social problems faced by one of its members

    Aids dan kematian : impak psikososial ke atas penjaga

    Get PDF
    Peranan sebagai penjaga kepada orang yang hidup dengan AIDS (OHDA) mendedahkan seseorang kepada cabaran dan masalah tertentu. Kecetekan pengetahuan dan maklumat berkaitan HIV/AIDS serta stigma yang telah sedia wujud terhadap HIV/AIDS menambahkan lagi beban di atas bahu penjaga terutamanya untuk mengendalikan OHDA ketika sakit. Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti kewujudan isu stigma dan diskriminasi apabila berlaku kematian OHDA serta permasalahan yang mungkin berlaku dalam pengurusan jenazah OHDA. Selain itu, kajian ini turut menerokai isu-isu psikososial untuk melihat impak kepada keluarga setelah kematian OHDA. Kajian yang dijalankan di negeri Kedah, Malaysia ini melibatkan 10 orang penjaga yang mempunyai pengalaman secara langsung dalam menjaga OHDA sehingga akhir hayat mereka. Data telah diperoleh melalui kaedah temubual bersama responden yang dijalankan dari satu sesi hingga tiga sesi. Qualitative data analysis telah digunakan untuk membentuk tema-tema bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Hasil kajian juga mendapati stigma dan diskriminasi terhadap OHDA dan keluarga sememangnya tidak dapat dielakkan apabila dikaitkan dengan HIV/AIDS

    HIV/AIDS: Daya tindak menurut perspektif Islam

    Get PDF
    HIV/AIDS merupakan virus dan penyakit yang masih mendapat stigma dan diskriminasi daripada masyarakat malah dianggap sebagai isu global. Keadaan tersebut berlaku disebabkan penyakit ini masih belum ada penawarnya, serta kaedah jangkitan yang dikaitkan dengan aktiviti berisiko dan moral penghidapnya.Kertas kerja ini akan membincangkan hasil kajian yang telah dijalankan keatas 207 orang yang hidup dengan HIV/AIDS (OHDHA). Berdasarkan hasil kajian menunjukkan trend jangkitan telah berubah daripada perkongsian jarum suntikan dadah kepada hubungan seks bebas dan rambang.Selain itu, majoriti responden adalah dalam kalangan orang Islam.Apabila berdepan dengan masalah kesihatan ini, pelbagai daya tindak dilakukan sama ada secara aktif atau pasif, positif atau sebaliknya.Individu yang telah dijangkiti HIV/AIDS masih berpeluang dan boleh untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa sebagai hambaNYa.Islam sememangnya agama yang penuh dengan hikmah.Ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis telah memberikan panduan kepada umatnya dalam apa jua keadaan termasuk mereka yang terjebak ke dalam aktiviti salah laku moral.Konsep taubat perlu difahami oleh mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan

    Stigma and discrimination, coping strategy and caregiving of wife infected with HIV/AIDS

    Get PDF
    The number of women with HIV infection and AIDS has increased steadily worldwide The majority of new HIV cases in women are the result of sexual behaviors.A research on issues and concern of wives who have been infected with HIV and lost their husbands to AIDS was conducted in 2008 in the northern part of Malaysia.The main objective of the study was to explore what are some of the impacts of HIV/AIDS on women in Malaysia. A qualitative research was used as a method of the study.An in-depth interview has been conducted with seven women who were infected with HIV from their husbands in northern part of Malaysia. Through the study three main themes were identified, namely; stigma and discrimination, coping strategies, and care giving.Results showed that many of these women are suffering from stigma and discrimination, isolated, and insulted by family and society.Many became withdrawn and feeling helpless with their HIV status. Fear of others knowing about their HIV continues and there was nobody to turn to for psycho social help. Caregiving has also been a problem after their husbands died of AIDS. This study suggested that some plan of action should be taken in order to help these women to cope with their HIV status. Government and non-government agencies should continue their activities to reduce stigma and discrimination, increase health and social services especially in the northern region of Malaysia

    Issues and concern of wives who were infected with HIV and lost their husbands to AIDS in Malaysia

    Get PDF
    The impact of HIV/AIDS on women has not been fully understood and researched. As a result of that many women are suffering in silent especially to those who do not have access to health and social services. A research on issues and concern of wives who have been infected with HIV and lost their husbands to AIDS was conducted in 2008 in the northern part of Malaysia. The main objective of the study was to explore what are some of the impacts of HIV/AIDS on women in Malaysia. A qualitative research was used as a method of the study. An in-depth interviewed were made to seven women who were infected with HIV from their husbands.A purposive sampling was used and most of these women were living in villages of the north part of West Malaysia. Four main themes were identified in the study; they were stigma and discrimination, coping strategies, bereavement and care giving. Results showed that many of these women are still suffering from stigma and discrimination. These women felt that people were still afraid to associate with them. Many became withdrawn and feeling helpless with their HIV status. Fear of others knowing about their HIV continues and there was nobody to turn to for psychosocial help. Many have suffered in silent. Care giving also became a problem after their husbands died of AIDS. Many were not able to get jobs because they had never worked before even when their husbands were still alive. Therefore, care giving has become an issue to these women. In conclusion, the findings suggest that actions need to be taken in order to help these women cope better with their HIV status.Government and non-government agencies should continue their activities to reduce stigma and discrimination especially in the northern region of Malaysia especially when the numbers of women who have been infected with HIV continue to rise. Access to health and social services should be strengthening if we were to help these women

    Pengalaman wanita yang hidup dengan AIDS: Peranan dan cabaran pekerja sosial

    Get PDF
    HIV/AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang menjadi punca jangkitan seterusnya menyebabkan epidemik ini masih mendapat stigma dalam kalangan masyarakat umum. Namun, bagi mereka yang menjadi mangsa keadaan, kesan dan tekanan yang dihadapi disebabkan jangkitan AIDS menyebabkan kehidupan harian mereka turut berubah. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman yang dilalui oleh wanita yang menghidap AIDS, keperluan mereka dari segi emosi dan harapan terhadap bentuk sokongan yang diberikan terutama penglibatan pekerja sosial. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan tujuh orang wanita yang menghidap AIDS sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati empat isu yang di beri perhatian oleh subjek adalah 1)stigma dan diskriminasi, 2)teknik daya tindak yang dilakukan apabila disahkan menghidap AIDS, 3) peranan pekerja sosial dan 4)kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang HIV/AIDS. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS. Namun, terdapat cabaran tertentu dalam kalangan pekerja sosial sendiri yang mengendalikan kes penghidap HIV/AIDS disebabkan epidemik ini masih dikaitkan dengan stigma, malah stigma masih menjadi isu utama di setiap pelosok dunia

    Spousal Age Gap and Its Effects on Reproductive Health Decision Making Process in Nigeria

    Get PDF
    The paper explores Spousal age gap and its effects on Reproductive Health Decision Making Process in Nigeria using  Ankpa Local Government of Kogi State  as a unit of analysis.  Qualitative research was carried out using in-depth interviews. 20 couples were interviewed in Ankpa local government area of Kogi State and the findings revealed that age gap Narrow spousal communication and has  implication for the younger bride’s ability to communicate very well and freely in qualitative manner with her husband, age gap provide them with experience and resources, the wider the age gap the more the respect, if the woman is of the same age with the husband there is a tendency for disrespect and as women grow older chances that they will find husbands.The paper suggest, educating women as well as creation of jobs opportunities. Keywords: Age, Health, Reproductive, Rights    and Women

    Suara isteri yang hidup dengan HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS: Kajian kes di negeri Kedah, Malaysia

    Get PDF
    Bilangan wanita yang dijangkiti HIV terus meningkat di seluruh dunia dan kebanyakan jangkitan adalah melalui aktiviti seksual. Wanita (isteri) berisiko dijangkiti kerana ketidakupayaan mereka untuk menolak daripada melakukan hubungan seks atau mengadakan hubungan seks selamat dengan suami. Kajian yang berkaitan isu isteri yang telah dijangkiti HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS telah dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah menerokai kesan HIVIAIDS ke atas kaum wanita. Temubual telah dijalankan ke atas tujuh wanita yang telah dijangkiti HIV/AIDS daripada suami masing-masing. Semua subjek yang terlibat tinggal di kawasan karnpung di negeri Kedah. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema utama iaitu; stigma dan diskriminasi, daya tindak, kematian dan penjagaan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan subjek menderita disebabkan stigma dan diskriminasi, diasingkan, dihina oleh ahli keluarga dan masyarakat menyebabkan mereka juga mengasingkan diri disebabkan status HIV mereka. Isu penjagaan dan kewangan juga wujud selepas kematian suami disebabkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan.Kajian ini juga telah mencadangkan beberapa langkah bertujuan memberikan sokongan dan bantuan kepada wanita untuk lebih proaktif berdepan dengan status HIV mereka.Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama mengurangkan isu stigma dan diskriminasi, meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sosial di kawasan utara Malaysia khususnya di kawasan yang dikenalpasti terdapat peningkatan bilangan wanita yang dijangkiti HIV

    Berhadapan isu kematian: Pengalaman dalam kalangan ahli keluarga orang yang hidup dengan AIDS (OHDA)

    Get PDF
    Kematian sering dikaitkan dengan perasaan sedih dan kehilangan dalam kalangan ahli keluarga si mati. Namun bagi kes kematian yang berpunca daripada HIV/AIDS terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli keluarga apabila berhadapan dengan isu tersebut. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman (perasaan) yang dilalui oleh ahli keluarga yang menjaga dan tinggal bersama OHDA sehingga kematianya, serta proses yang dilalui sebelum menerima kematian OHDA. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan sepuluh orang responden sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dalam kalangan isteri atau ibu OHDA dari aspek perasaan ketika menghadapi kematian OHDA dan setelah kematian, malah kesedihan bukan merupakan reaksi utama apabila berhadapan dengan kematian tersebut terutama bagi isteri OHDA. Daya tindak yang dilakukan oleh ibu atau isteri OHDA juga berbeza. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS serta ahli keluarga
    corecore