1 research outputs found

    Kesan pelaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja semasa penyenggaraan

    Get PDF
    Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal.Penyenggaraan bangunan adalah aktiviti rutin yang harus dijalankan kerana bangunan merupakan unit yang sentiasa digunakan.Pengurusan fasiliti sebelum, semasa dan selepas bangunan siap sama ada bangunan persendirian atau bangunan kerajaan mestilah selari dan mengekalkan fungsi awal bangunan dan untuk memastikan sekitar bangunan sentiasa dalam keadaan yang baik.Keselamatan dan kesihatan kepada semua penghuni atau pelawat bangunanperlulah dalam keadaan kualiti yang baik.Isu ini berkaitan dengan kualiti, keselamatan, dan kesihatan yang berpunca dari kelemahan pengurusan kemudahan terutamanya aspek penyenggaraan seperti kerosakan, kebakaran, kegagalan mematuhi undang-undang dan sebagainya.Hal tersebut akan memberikan ancaman keselamatan dan kesihatan penghuni dan pelawat bangunan.Oleh itu, kualiti keselamatan dan kesihatan adalah dua elemen penting dalam penyenggaraan bangunan untuk memastikan bahawa semua penghuni sentiasa selesa selamat dan sihat semasa menggunakan bangunan tersebut
    corecore