2 research outputs found

    Wajah filem Islamik representasi busana dan solekan: analisis kandungan filem Imam

    Get PDF
    Dalam sesebuah filem berbentuk Islamik, busana dan solekan adalah antara wajah kepada filem yang dapat menggambarkan genre penerbitannya dan latar peristiwa sebuah filem. Walaupun begitu, busana dan solekan watak dan perwatakan yang dipersembahkan mampu memberi pelbagai konotasi terhadap representasi filem itu sendiri. Oleh itu. kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen busana dan solekan dalam filem Islamik terhadap representasi dakwah berdasarkan latar peristiwa filem. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap busana dan solekan watak-watak utama yang terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam dan saudara baharu (mualaf) yang berketurunan Dayak dalam filem Imam (2023) yang diarahkan oleh Mior Hashim Manap. Hasil kajian mendapati bahawa busana dan solekan yang dipaparkan di dalam filem tersebut menepati unsur-unsur pemakaian Islamik ketika tahun 80-an sesuai dengan situasi masyarakat ketika itu. Kesimpulannya, filem Imam adalah manifestasi bagi karya Islamik yang ingin mengenengahkan elemen dakwah melalui busana dan solekan yang seiringan dengan realiti budaya dan era latar peristiwa filem

    Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf

    Get PDF
    Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka
    corecore