4 research outputs found

    Kajian terhadap hidrogel berasaskan selulosa bakteria (BC) dan kesan penggabungannya dengan nanopartikel perak sebagai agen antibakteria

    Get PDF
    This research investigated the ability of bacterial cellulose (BC) based hydrogel incorporated with silver nanoparticles as antibacterial agent. Free radical polymerization has been used to synthesize the BC hydrogel. The silver nanoparticles was integrated and reduced using sodium boron hydrate as the reducing agent. The swelling capability of the hydrogel at different pH was also examined. The FTIR results showed that acrylic acid (AA) was successfully grafted to the bacterial cellulose networks. Other analyses such as swelling tests, antibacterial, Differential Scanning Calorimetry (DSC), X-ray Diffraction (XRD) and Scanning Electron Microscope (SEM) were also carried out to the hydrogel sample. The antibacterial tests found that hydrogel incorporated with silver nanoparticles was able to inhibit the bacterial growth

    Kebolehserapan metilena biru oleh hidrogel selulosa bakteria teradiasi gamma menggunakan isoterma langmuir dan freundlich

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menghasilkan hidrogel responsif berasaskan selulosa bakteria yang diperoleh daripada Nata de Coco (NDC) dan asid akrilik (AA). Tiga jenis sampel telah disediakan berdasarkan nisbah NDC:AA iaitu sampel hidrogel A [1:1], B [2:1] dan C [3:1]. Pencangkukan AA terhadap molekul NDC menggunakan kaedah pempolimeran radikal Gamma (GRP) menghasilkan hidrogel NDC-AA (sumber: 60Co). Kaedah yang menggunakan tenaga yang tinggi ini akan menghasilkan radikal bebas seperti OH•, H•, H2O2 dan H2. Kesemua radikal ini menyerang kumpulan berfungsi yang terdapat pada NDC dan AA seterusnya menggalakkan proses pencangkukan AA terhadap NDC. Hidrogel B [2:1] dipilih dan diuji sebagai penjerap metilena biru (MB) dan perubahan keamatannya telah dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-VIS. Keputusan yang diperoleh telah diselaraskan dengan dua model isoterma, Langmuir dan Freundlich. Perbandingan pemalar bagi kedua-dua model isoterma ini mendapati hidrogel B [2:1] yang dihasilkan telah mematuhi kedua-dua model isoterma. Keputusan yang diperoleh ini menyokong keupayaan hidrogel B [2:1] untuk digunakan sebagai penjerap alternatif MB yang paling efisien

    Penghasilan zarah nano ferum oksida (FeNPs) daripada garam ferosenium menggunakan hidrogel poli-akril amida (P(Am) sebagai templat

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan mengkaji potensi hidrogel sebagai templat nanoreaktor bagi menghasilkan zarah nano ferum oksida (FeNps). Hidrogel Poli-AkrilAmida (PAAm) telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah pempolimeran radikal bebas. Keupayaan penyerapan air dalam hidrogel telah diuji dan nisbah pembengkakan tertinggi telah berlaku pada larutan penimbal pH10. Hidrogel yang terhasil telah dicirikan dengan menggunakan pengimbas mikroskop elektron (SEM) diikuti dengan spektroskopi serakan tenaga X-ray (SEM-EDEX) untuk menentukan jumlah peratusan ferum (Fe). Selepas proses pengkalsinan, zarah nano diekstrak daripada hidrogel PAAm dan seterusnya dianalisis menggunakan mikroskop transmisi elektron (TEM) dan analisis pembelauan sinar-X (XRD). Hasil TEM telah menunjukkan bahawa saiz zarah yang dihasilkan adalah antara 5 - 20 nm. Analisis XRD pula mengesahkan kehadiran zarah ferum oksida (Fe2O3). Keputusan ini menunjukkan bahawa hidrogel berpotensi digunakan sebagai nanoreaktor bagi menghasilkan zarah nano

    Aplikasi hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai nanoreaktor bagi menghasilkan nanozarah ferum oksida FeNps)

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehan hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai pembawa bagi menghasilkan nanozarah ferum oksida (FeNps). Hidrogel selulosa telah disintesis menggunakan kaedah pempolimeran radikal bebas. Secara umum, kaedah pempolimeran radikal bebas ialah pempolimeran berantai (pempolimeran berion), dengan monomer radikal bebas menyerang monomer lain yang ikatannya berganda sehingga membentuk rantai dan akan melebarkannya. Nanozarah ferum oksida (FeNps) telah dihasilkan melalui gabungan antara 1 × 10-4 g/mL garam ferosenium ke dalam sistem hidrogel, seterusnya agen penurun natrium oksida (NaOH) dengan kepekatan 1 M digunakan untuk mendapatkan zarah. Hidrogel di dalam larutan penimbal pada pH10 ialah yang mempunyai nisbah pembengkakan tertinggi. Keputusan FTIR menunjukkan bahawa asid akrilik (AA) berjaya dicangkukkan pada jaringan selulosa bakteria (SB). Imej hidrogel telah dicirikan melalui analisis mikroskopi elektron imbasan (SEM), diikuti oleh spektroskopi tenaga serakan X-ray (SEM-EDX) dalam penentuan peratusan elemen ferum (Fe). Nanozarah berhasil diperolah selepas hidrogel dikalsinkan, seterusnya zarah tersebut diuji melalui mikroskopi transmisi elektron (TEM) dan pembelauan sinar-X (XRD). Analisis TEM menunjukkan diameter zarah berukuran 5 - 20 nm. Keputusan XRD mengesahkan bahawa zarah yang diperoleh ialah ferum oksida (Fe3O4) yang terletak pada puncak 2θ; 32°, 35°, 49° and 54°. Semua keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa hidrogel berasaskan selulosa bakteria berjaya digunakan sebagai nanoreaktor untuk menghasilkan nano zarah ferum oksida (FeNps)
    corecore