2 research outputs found

    Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan tentang pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian lepas, ibu-bapa, rakan sebaya dan media massa seperti televisyen dan internet seringkali dikaitkan dengan pembentukan jati diri. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa bahan bacaan juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. Ini kerana, terdapat juga unsur nilai murni dalam bahan bacaan terutamanya bahan bacaan Bahasa Malaysia yang mampu membentuk jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada kesan bahan bacaan Bahasa Malaysia terhadap jati diri kanak-kanak. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan metode kepustakaan dan lapangan. Instrumen kajian yang digunakan meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa bahan bacaan Bahasa Malaysia memberi kesan positif terhadap pembentukan jati diri kanak-kanak

    Rawatan penagihan dadah melalui model terapi psikospiritual holistik : kajian kes di Madrasah Anharul- U-Loom, Thailand

    Get PDF
    Penubuhan Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah. Namun begitu, rawatan dan pemulihan di pusat tersebut terhad kepada suatu tempoh sahaja iaitu tidak melebihi 24 bulan (2 tahun). Di samping itu, modul yang digunakan oleh sebahagian pusat pemulihan tidak mampu merawat penagih untuk pulih dari ketagihan dadah dalam jangka masa yang panjang. Oleh kerana itu, terdapat ramai dari kalangan penagih dadah yang pernah menjalani rawatan kembali semula ke tabiat asal mereka sebaik keluar dari pusat pemulihan. Justeru itu, satu pendekatan baharu yang lebih holistik perlu diwujudkan bagi membantu para penagih pulih sepenuhnya dari ketagihan dadah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospiritual yang dijalankan di beberapa pusat rawatan yang berjaya dan menganalisis keberkesanannya seterusnya membangunkan model rawatan baharu yang lebih efektif. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menggunakan pendekatan observasi deskriptif, temubual dan kajian teks. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan unsur kerohanian berasaskan akidah yang diterapkan di pusat pemulihan penagihan dadah terpilih membantu penagih untuk pulih sepenuhnya dan tidak kembali kepada penagihan semula dalam jangka masa yang panjang
    corecore