15 research outputs found
Identiti dan tipologi motif ukiran kayu bagi rumah limas Johor
Setiap negara, kumpulan etnik atau budaya mempunyai warisan tradisi tersendiri, termasuk Malaysia dengan variasi budaya antara negeri-negeri yang penuh kepelbagaian. Ukiran kayu merupakan salah satu warisan tradisi yang mampu menonjolkan identiti senibina sesebuah negeri. Walau bagaimanapun, amalan pemilihan reka bentuk dan motif yang bukan milik tempatan menimbulkan ancaman kepada identiti asal dan nilai warisan setempat. Jika amalan sedemikian berterusan dan identiti warisan tempatan tidak dikenal pasti dan direkodkan, reka bentuk tradisional dan motif tempatan yang ditinggalkan oleh nenek moyang tempatan akhirnya akan hilang. Ini termasuklah ukiran kayu Johor. Sebelum ini, tiada usaha telah dibuat untuk mengkaji semula, menganalisis dan mengenal pasti identiti ukiran kayu Johor. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti motif-motif ukiran kayu yang ada di sekitar negeri Johor dan menghasilkan tipologi yang membentuk identiti rumah limas Johor. Kajian lawatan tapak telah dijalankan terhadap 50 buah rumah limas Johor untuk mendapatkan data terperinci, mengambil gambar dan menganalisis ukiran kayu. Temubual juga dijalankan dengan pemilik rumah atau penghuni serta pengukir kayu. Sampel dianalisis menggunakan kaedah Kod ‘S’ serta perbincangan dengan pakar untuk mendapatkan pengesahan. Dapatan ini menunjukkan dominasi penggunaan motif flora pada rumah-rumah kajian, terdapat 10 tipologi yang dominan telah dikenalpasti di mana motif labu yang diberi nama ‘labu maya’ merupakan motif yang paling banyak digunakan dan layak diangkat sebagai identiti motif ukiran kayu Johor. Kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat mengenali seni ukiran kayu Johor dan memiliki identiti uniknya sendiri yang dapat diteruskan kesinambungannya bagi generasi akan datang serta panduan berharga bagi pengukir Johor
Pembentukan kerangka kajian penggunaan dan perbandingan penggunaan CAD dan BIM dalam proses reka bentuk seni bina
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan aplikasi konvensional mod CAD dan perisian aplikasi mod BIM dalam fasa reka bentuk seni bina di Malaysia. Kemahiran penggunaan kedua-dua aplikasi ini dianggap penting dalam industri seni bina dan reka bentuk dalaman yang semakin kompetitif di masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti teknik penggunaan kedua-dua perisian aplikasi ini pada fasa reka bentuk serta penyampainya dalam sesebuah projek berdasarkan pengalaman penggunaannya oleh satu firma seni bina yang terkemuka di negara ini. Firma yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan bertapak di Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat ini merupakan firma yang mempunyai pengalaman yang luas dalam penggunaan kedua-dua aplikasi ini. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman penggunaan serta pemerhatian berdasarkan dua projek yang menggunakan teknologi aplikasi yang berbeza; BIM dan CAD. Hasil akhir kajian adalah bertujuan untuk digunakan sebagai panduan dan gambaran yang lebih meluas terutamanya kepada pelajar, pekerja dan juga para akademik mengenai teknik dan penggunaan kedua-dua perisian aplikasi BIM dan CAD. Artikel ini menumpukan terhadap proses pembangunan kerangka kajian bagi penyelidikan ini
Reka bentuk fasad dan identiti setempat pada bangunan tinggi
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti hubungan reka bentuk fasad dan identiti setempat pada bangunan pencakar langit. Gaya seni bina negara ini telah mengalami perubahan selepas kemerdekaan dimana pada masa itu, arkitek yang baru tamat pengajian diluar negara telah pulang dengan membawa fahaman baru tentang seni bina ke bandar-bandar utama di negara ini. Menurut Kamarul Afizi dan Nik Lukman (2007), terdapat beberapa kekangan pada ketika itu kerana ketiadaan garis panduan yang khusus dalam proses mereka bentuk di negara ini. Kedua, ialah kekeliruan definisi dimana ia merujuk kepada kekeliruan dalam pendefinisian sesebuah bangunan berciri kebangsaan. Ketiga ialah nilai harga tanah yang tinggi di kawasan bandar. Diantara kaedah yang digunakpakai untuk penyelidikan ini adalah kaedah kajian kes. Kajian kes telah dilakukan terhadap bangunan HSBC Hong Kong oleh Arkitek Norman Foster, dan juga Menara Telekom oleh Arkitek Hijjas Kasturi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan atas tujuan ingin memberikan pendedahan serta membantu bakal arkitek pada masa yang akan datang agar lebih prihatin dan mampu mengadaptasikan identiti setempat pada reka bentuk fasad sesebuah bangunan tinggi
The usage of building information modelling (BIM) in Malaysia's architecture industry
Over the last few decades, the architecture field have seen tremendous developments in skills
level, work processes and professional culture with the adoption of computer software
technologies. Investment in technology has always been to increase effectiveness and overall
performance in the design and construction process that results in a return of investment. Today,
more and more digital technologies have been developed and created to accommodate the high
demands of the market over the years, including Building Information Modelling (BIM). This
research paper aims to look into the insight of how architect firms in Malaysia are coping up with
the adoption of BIM in the country. This research was originally conducted in 2013-14 and has
seen its preliminary findings published over the years. However, this paper uncovers the
sequential parts of the research that has yet to be published. The main data collecting instrument
used was a nationwide survey that was conducted on all the architectural firms in Malaysia and
the findings was used as a foundation for subsequent research phases on the subject matter.
From the findings, it is revealed that BIM-based practice is still at an infancy level and that the
industry and government bodies need to put on greater effort and produce better strategies to
make BIM an industry standard technology
Kestabilan ekosistem pembandaran dalam binaan bangunan tinggi
Pada zaman serba membangunan ini, negara kita tidak terkecuali daripada mengalami proses pembangunan yang pesat demi memenuhi keperluan dan kehendak penduduknya. Jika diperhatikan bidang senibina di Malaysia jugak bergerak maju seiring dengan pembangunan global. Pembinaan bangunan tinggi atau pembandaran yang berlaku secara mendadak di serata bandar telah menimbulkan beberapa kesan yang negatif terhadap alam sekitar serta mengancam ekosistem alam. Pembangunan ini memberi impak yang besar terhadap alam sekitar dari segi iklim serta pencemaran. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kualiti Alam Sekitar yang menilai kualiti alam sekitar menerusi kaedah kajian saintifik, mereka menerangkan bahawa semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan, maka semakin menurun kualiti alam sekitar. Oleh itu, dalam kajian ini akan membincangkan tentang kesan negatif pembinaan bangunan tinggi terhadap alam sekitar dan cara untuk menangani masalah tersebut di sampnig mengambil beberapa bangunan sebagai kajian kes. Kajian ini akan menyimpulkan bahawa bangunan tinggi yang direka berfungsi untuk menstabilkan ekosistem alam sekitar di tempat ia dibangunkan
Impak tumbuhan kepada bangunan tinggi dari aspek kelestarian
Dewasa ini penggunaan tema tumbuhan dalam bangunan telah banyak diadaptasi dalam bangunan di Malaysia. Hal ini berikutan kesedaran terhadap alam sekitar yang semakin meningkat. Ini termasuklah di negara kita Malaysia melalui Dasar Teknologi Hijau yang diperkenalkan pada tahun 2009. Antara aspek hijau yang memberi impak kepada bangunan (Badrulzaman,2011) adalah tumbuhan seperti bumbung hijau dan taman bumbung, teres langit atau ‘sky terrace’, balkoni berlandskap, dinding hijau, pokok berpasu, dan jambatan bangunan tingkat tinggi atau ‘sky bridges’ (Tan,2013). Namun begitu, aplikasi tumbuhan hijau tidak dimanfaatkan sepenuh dan hanya bersifat estetik sahaja (Badrulzaman,2011). Objektif penulisan ini ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis kategori aplikasi tumbuhan dan faedah-faedah aplikasi tumbuhan pada bangunan tingkat tinggi. Hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada kategori jenis-jenis dan faedahnya kepada alam sekitar
Keberkesanan sistem binaan berindustri (IBS) kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres
Kajian ini adalah kajian yang bersifat kajian topikal yang mengkaji sistem pembinaan jenis
binaan berindustri dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sistem IBS kerangka keluli
dalam pembinaan perumahan teres di Malaysia. Kajian selama enam (6) bulan yang amat singkat
ini mempunyai skop kajian yang agak terhad. Matlamat akhir dalam penghasilan kajian ini adalah
mengkaji kelebihan kekurangan pembinaan sistem IBS kerangka keluli dalam pembinaan rumah
teres. Selain mengadakan kajian kes terhadap pengeluar sistem kerangka keluli IBS itu sendiri,
pendapat pakar teknologi sistem keluli dan analisis kandungan kajian pustaka tentang
pengetahuan serta pendedahan teknologi juga dianalisis. Hasil daripada aliran metodologi seperti
kajian literasi, kajian kes dan juga temu ramah. Sistem kerangka keluli dalam pembinaan rumah
teres tingkat dapat memberi kesan yang positif dalam menyelesaikan masalah seperti kos
pembinaan dan juga tempoh pembinaan
Perbandingan keberkesanan kaedah mendokumentasikan maklumat bangunan warisan melalui perwakilan digital BIM dan CAD
Dokumentasi merupakan proses utama dalam pemuliharaan bangunan sebelum sebarang keputusan dalam kerja-kerja pemuliharaan dibuat terhadap bangunan warisan. Warisan umumnya didefinasikan sebagai sesuatu yang bernilai yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang baru. Oleh itu, pendokumentasian maklumat bangunan warisan memerlukan kaedah dan teknik yang inovatif supaya data maklumat bangunan dapat diuruskan dengan baik bagi memastikan sebarang perubahan, pembaikan, penambahan atau perobohan bahagian aset dicatat dengan betul dalam usaha mengekalkan kesahihan aset. Building Information Modelling (BIM) merupakan salah satu kaedah pendokumentasian bangunan yang sedang digunapakai pada era teknologi kini selain daripada kaedah mendokumentasikan bangunan menggunakan Computer-Aided Drafting (CAD). Walau bagaimanapun, penggunaan BIM di Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan. Kaedah mendokumentasikan bangunan ke dalam bentuk lukisan menggunakan CAD pula telah lama digunakan, namun kos penyelengaraan agak tinggi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah mendokumentasikan maklumat bangunan warisan menggunakan teknologi BIM dan CAD. Hasil kajian melalui temu bual terhadap syarikat yang menggunakan teknologi BIM dan CAD mendapati bahawa teknologi BIM lebih berkesan dalam mendokumentasikan bangunan warisan kerana ianya memiliki tetapan fungsi yang dapat menghasilkan lukisan yang lebih tepat berbanding CAD. Pengurusan aktiviti pendokumentasian juga lebih mudah dijalankan melalui BIM kerana ianya memiliki sistem koordinasi data yang bersepadu dan jitu. BIM dapat meningkatkan ketepatan maklumat model lukisan dan seharusnya digunapakai dalam aktiviti pemuliharaan bangunan warisan
Pendekatan seni bina kontekstual dalam persekitaran warisan
Pada masa kini, kebanyakan arkitek ingin merekabentuk bangunan yang ikonik yang berdiri megah dan menjadi mercu tanda serta kebanggaan bagi dirinya. Namun, ada diantara bangunan mereka itu seakan-akan tidak bersesuaian dengan konteks setempat atau ‘out of place’. Malah bangunan tersebut bukan sahaja merosakkan nilai setempat, tetapi ia juga turut memutuskan hubungkait antara bangunan lama dan bangunan baru. Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan untuk memfokuskan perbincangan berkenaan elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan dan kepentingannya melalui pendekatan seni bina kontekstual dalam persekitaran warisan. Ini amat penting untuk menunjukkan perkaitan dan hubungkait antara baru dan lama disamping dapat merekabentuk bangunan yang menghormati persekitaran warisan di kawasan sekitarnya. Antara karakter seni bina kontekstual yang diambil kira ialah turutan (order), skala dan perkadaran (scale and proportion), warna, bahan dan tekstur (colours, materials and textures), simetri (symmetry), ritma (rhythm) dan perincian (detail). Hasilnya, melalui pendekatan seni bina kontekstual ini dapat merekabentuk bangunan baru yang mengekalkan karakter dan menjamin fabrik bagi kawasan warisan