1 research outputs found

    Tamadun India dalam Sains Islam

    Get PDF
    Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan pengaruh Tamadun India dalam Sains Islam yang mana Tamadun India adalah antara tamadun yang awal ditemui oleh para pengkaji dan sejarawan. Tamadun India juga banyak meninggalkan pengaruh yang besar dalam perkembangan Islam dan sebagai asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai cabang ilmu hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaatnya. Antara asas cabang ilmu daripada Tamadun India meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala bidang teknologi pencapaian tamadun ini diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan. Bukan sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan para ilmuan islam terdahulu akan bangkit semula sebuah masyarakat yang terus mencintai ilmu dan meyebarkan bagi memberi manfaat bersama
    corecore