3 research outputs found

    Pengambilan Fe, Mn dan Cu oleh nepenthes sp. dalam tanih bekas Lombong Pelepah Kanan Kota Tinggi, Johor

    Get PDF
    Heavy metals content of Fe, Mn and Cu in soil and Nepenthes sp. in a former iron and tin mining land at Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor were determined. Heavy metal content were determined in four plant component namely roots, stems, leaves and pots. A number of 15 Nepenthes sp. plants and their corresponding substrate samples were collected for analysis. The composition of heavy metals in soil were extracted using mixture of nitric acid and perchloric acid. Heavy metals content in plants sample were extracted by wet digestion method. Heavy metal content in solution extract of soil and plant component were determined with Flame Atomic Absorption Spectrophotometer (FAAS). The BAC (Biological Absorption Coefficient) was calculated as ratio of the heavy metal concentration in plant to that of its substrate. The analyses of soil showed that the former mining area was dominated by sand and acidic. It also has a low content of organic matter and low reading of soil electrical conductivity. The soil contain higher concentration of Fe followed by Mn and Cu. Based on BAC value Nepenthes sp can be used as a bio-indicator for Fe

    Pengambilan logam berat oleh nepenthes sp. dalam tanih bekas lombong besi dan timah, Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor

    No full text
    Kandungan logam-logam berat Pb, Zn, Ni, Co dan Cd pada empat bahagian tumbuhan Nepenthes sp. (akar, batang, daun dan periuk) serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dari kawasan bekas lombong bijih timah dan besi di Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor telah ditentukan. Komposisi logam-logam berat dalam sampel tanih diekstrak menggunakan campuran asid nitrik pekat dan asid perklorik. Pengekstrakan logam berat dalam tumbuhan pula dilakukan menggunakan kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam ekstrak larutan tanih dan tumbuhan ditentukan menggunakan Spektrofotometer Penyerapan Atom kaedah nyalaan (FAAS-model Perkin Elmer 3300). Nilai koefisien Penyerapan Biologi (BAC) yang merupakan nisbah kandungan logam berat dalam tumbuhan kepada kandungan logam berat dalam tanih ditentukan secara kiraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tanih di kawasan kajian adalah berasid dan didominasi oleh pasir. Kandungan bahan organik dan kepekatan garam dalam tanih pula adalah rendah, manakala nilai pH adalah berasid. Logam Zn (698.5 mg/kg) menunjukkan kepekatan yang tinggi di dalam substrat tanih diikuti oleh logam Co (182.9 mg/kg), Pb (58.2 mg/kg), Ni (12.2 mg/kg) dan Cd (2.09 mg/kg). Kepekatan logam berat di dalam tumbuhan mengikut kepekatan menurun adalah Ni>Co>Cd>Pb>Zn. Kepekatan logam di dalam bahagian-bahagian tumbuhan tidak menunjukkan perbezaan signifikan bagi semua logam. Tumbuhan Nepenthes sp. didapati menumpukkan logam Ni dalam kepekatan yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan nilai BACnya yang tinggi. Tumbuhan ini mungkin boleh digunakan sebagai bio-penunjuk bagi kehadiran Ni dalam kepekatan yang tinggi di dalam tanih
    corecore