2 research outputs found

    Peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur: satu analisis kualitatif

    Get PDF
    Berdasarkan kajian literatur pembangunan modal insan daripada perspektif Islam dan empirikal, pengurus biasanya melaksanakan dua kaedah yang sangat penting dalam membangunkan kerjaya pekerja iaitu, autonomi kerja dan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Keupayaan pengurus mengamalkan kaedah tersebut dapat membantu meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Yang lebih penting, kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendapati bahawa keupayaan pengurus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat meningkatkan kelakuan proaktif pekerja, dan keadaan ini pula boleh memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kenaikan pangkat. Meskipun sifat hubungan ini sangat menarik, namun peranan kelakuan proaktif sebagai pembolehubah mencelah adalah kurang diberi penekanan yang mendalam dalam kajian literatur pembangunan kerjaya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur perhubungan di antara peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja, kelakuan proaktif dan kenaikan pangkat di dalam organisasi. Kaedah temubual berstruktur telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja yang berkhidmat di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Seterusnya, ia berupaya memberi peluang kepada untuk memperolehi kenaikan pangkat di organisasi kajian

    Kajian netnografi masyarakat pelbagai etnik di Facebook mengenai kajian kontrak sosial

    Get PDF
    Media sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan pertelingkahan dalam masyarakat. Maka, satu kajian kualitatif telah dijalankan melalui kaedah netnografi yang bertujuan untuk meninjau realiti persepsi pengguna di media sosial terhadap kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada Informan yang merupakan pengguna media sosial yang memberi komen di setiap hantaran dalam halaman Facebook Kajian Kontrak Sosial. Dua jenis hantaran telah dibuat iaitu perkongsian formal dan tidak formal. Hasil dapatan menunjukkan penerimaan Informan majoritinya berbeza mengikut etnik, iaitu etnik Melayu lebih cenderung menerima atau bersikap lebih positif terhadap perbincangan mengenai kontrak sosial, manakala masyarakat bukan Melayu menerima dengan sikap bercampur baur serta lebih mudah beremosi terhadap perkara ini. Sikap tidak berpuas hati serta prejudis etnik bukan Melayu terpapar melalui respon atau tindak balas yang beremosi serta turut mengaitkannya dengan unsur politik perkauman. Lapan tema telah dihasilkan daripada analisis ini, iaitu i) sentimen perkauman, ii) ekonomi, iii) politik, iv) pengetahuan terhadap kontrak sosial, v) istilah kontrak sosial, vi) emosi terhadap kontrak sosial, vii) isu warganegara dan hak istimewa, viii) komen membina dan cadangan akan datang. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan etnik bukan Melayu kurang berpuas hati dengan istilah dan elemen-elemen kontrak sosial serta dikaitkan dengan sentimen politik, bangsa dan ekonomi. Walaupun ramai Informan yang dilihat menjawab dengan fakta, namun tidak dinafikan emosi banyak memberi kesan kepada penulisan Informan
    corecore