2 research outputs found

    Gambaran gender dalam buku teks bahasa Inggeris Malaysia

    Get PDF
    Imej sebenarnya merupakan pernyataan realiti dan berperanan dalam mewujudkan hubungan khayalan antara peserta dalam imej dan pembaca. Buku teks sekolah dipenuhi dengan imej visual yang kadang-kadang dapat mengartikulasikan makna sosial dan budaya yang lebih kuat dan jelas berbanding teks bertulis. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan menggambarkan corak makna representasi yang berkaitan dengan gender dalam imej buku teks bahasa Inggeris Malaysia yang terpilih. Selain itu, kajian bertujuan mengkritik corak imej yang berkaitan dengan stereotaip gender dalam buku teks bahasa Inggeris Malaysia. Analisis data telah mengenal pasti dan membincangkan perwakilan gender melalui ciri-ciri penulisan naratif, budaya dan kategori biologi serta suasana persekitaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat ketidakseimbangan gender yang jelas, iaitu keutamaan diberikan kepada lelaki. Domain yang diletakkan kepada peserta wanita biasanya di ruangan persendirian sedangkan peserta lelaki kebanyakannya diwakili di domain awam. Wanita lebih kerap dikaitkan dengan aktiviti di dalam rumah manakala lelaki digambarkan terlibat dalam pelbagai aktiviti di luar rumah. Wanita turut digambarkan sebagai beremosi, sebaliknya lelaki dicerminkan sebagai bersifat tenang, tegas dan berdaya saing. Oleh kerana sekolah dan buku teks merupakan salah satu kaedah keterlibatan kanak-kanak dalam bidang sosial, adalah penting untuk memastikan bahan pengajaran adalah adil dan tidak berat sebelah terhadap kedua-dua gender. Oleh itu, disarankan agar pihak yang terlibat dalam pengeluaran buku teks sekolah mengkaji semula gambaran lelaki dan wanita yang digambarkan dalam imej. Pihak ini juga perlu menyediakan senario dunia nyata dalam mendidik generasi muda supaya mempunyai minda yang tidak stereotaip berkenaan dengan perwakilan gender dalam konteks Malaysia untuk membantu dalam pembangunan bangsa dan negara
    corecore