6 research outputs found
Manual Islam & HIV / AIDS
Manual Islam dan HIV/AIDS telah digubal khusus untuk penggunaan Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Agama Islam Negeri, Daerah, Imam, Guru Takmir, Pemegang Tauliah Mengajar (Masjid, Surau dan Madrasah) dan pemimpin masyarakat Islam bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkenan dan proaktif dalam menangani HIV/ AIDS di Malaysia. Manual ini mengandungi maklumat untuk pemimpin Islam mengenai aspek-aspek HIV/AIDS yang relevan kepada masyarakat umum Malaysia dan masyarakat Islam khususnya. Maklumat ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan maklumat asas HIV/AIDS, pencegahan, rawatan, sokongbantu, kaunseling, stigma (prasangka buruk), diskriminasi, dan pengurusan jenazah pesakit AIDS.ii+139 hlm; 19x25,5 c