11 research outputs found

    Aplikasi teori pengkaedahan melayu dalam menjaras ribut menerusi pendekatan dakwah

    Get PDF
    Makalah ini menumpukan penganalisisan karya remaja yang melihat kehidupan manusia dan lingkungan sosialnya serta ketakwaannya kepada Allah. Analisis berdasarkan teks novel remaja yang berjudul Menjaras Ribut karya Darma Muhammad menerusi Pendekatan Dakwah. Pendekatan ini adalah kaedah yang digunakan bagi melihat perkembangan Islam dan wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan insan kepada Allah.Fokus kajian adalah persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran Allah dan Islam. Hasil kajian mendapati persoalan agama seperti kebebasan beragama, penerapan nilai-nilai Islam, dakwah Islamiah dan kebenaran Islam terpancar dalam karya. Novel ini mampu menjadi alat untuk mengembangkan nilai islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang membawa kebaikan kepada pembangunan manusia. Kajian juga mendapati fenomena remaja yang melibatkan hubungan sesama manusia dan dengan alam persekitarannya

    Analisis Nilai Murni Dalam Seteguh Karang

    No full text
    Penelitian ini menganalisis nilai­nilai murni dalam kehidupan remaja berdasarkan teks Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah dari perspektif pendekatan moral. Analisis ini bertujuan melihat penyemaian nilai murni dalam karya untuk membentuk akhlak dan budi pekerti remaja. Menerusi pemupukan nilai murni diharap dapat melahirkan remaja yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berjiwa murni dan berkeupayaan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan tanah air. Kajian ini mendapati teks ini menyentuh nilai­nilai murni, seperti nilai baik hati, kasih sayang, keberanian, kerjasama, kesyukuran dan rasional. Peristiwa yang dilalui oleh manusia menyerlahkan pelbagai ragam, perlakuan dan hubungan manusia dari aspek positif dan negatif untuk dijadikan cerminan perbandingan dan contoh teladan. Elemen ini memberi pengalaman dan pengetahuan dalam kehidupan remaja. Abstract: This article analyzes the moral values in the adolescent life based on text Seteguh Karang authored by Tuan Faridah Syed Abdullah from the moral approach perspective. This analysis intends to observe the inculcation of moral values in the text to form the adolescent morals and characters. The inculcation of moral values is expected to generate adolescents who are knowledgeable, honorable, noble­minded and able to contribute to the religion, race and country. The analysis has found that this text touches moral values such as kindness, compassion, courage, cooperation, gratitude to God and rationalness. All events traversed by humans display various treatment and human relationships from positive and negative aspects to become a reflection of comparison and role models. This element provides the experience and knowledge in the adolescent life. Key Words: novel, moral values, adolescents, moral approach, human lif

    Pengaruh Urbanisasi dalam Novel Cucu Tuk Wali Melalui Pendekatan Kemasyarakatan

    No full text
    Makalah ini menganalisis isu remaja dalam hubungannya dengan urbanisasi. Penelitin ini menumpukan kepada novel remaja Cucu Tuk Wali (1993) karya Abu Hassan Morad yang memaparkan gagasan pemikiran sastera dan kaitannya dengan kelompok masyarakat di luarnya. Apa yang dicitrakan dalam karya merupakan hakikat daripada realiti kehidupan manusia dalam masyarakatnya dan analisis ini mengaitkan gambaran dalam novel dengan pengaruh urbanisasi dalam bidang pertanian, perniagaan, dan pembangunan tanah. Aspek-aspek ini diteliti dengan tujuan melihat persoalan sosial yang terungkap dalam karya dengan realiti kehidupan masyarakat melalui pendekatan kemasyarakatan. Pendekatan ini melihat sastera sebagai alat pendedahan kepada segala persoalan yang wujud dan bertujuan mencari kebaikan dan kesejahteraan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Pendekatan ini menekankan bagaimana pengarang memaparkan segala permasalahan kehidupan manusia menerusi idea, ideologi, dan daya kreativiti yang disajikan menerusi karya. Abstract: This article analyzes the adolescence issues and their relationship with urbanization. This analysis focuses on an adolescence novel, Cucu Tuk Wali (1993), by Abu Hassan Morad which delivers the ideas of literary thinking and their relation with the community outside through the community approach. This approach views literature as a tool to reveal all questions regarding the well being and harmonies according to the practice of the Islam. This approach also emphasizes on how the writer exposed problems in human life through their ideas, ideologies and creativities. Key Words: urbanization; novel; adolescence; society; realit

    Analisis kepimpinan dalam meredah kabut

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis aspek kepimpinan dalam kehidupan remaja berdasarkan teks Meredah Kabut karya Zaharudin Pilus dari perspektif pendekatan moral. Pendekatan moral melihat kejadian alam bukan sesuatu kewujudan yang berbentuk alat atau benda tetapi bersifat sebagai pengalaman hidup. Hasil kajian mendapati teks ini menyentuh aspek kepimpinan seperti pemimpin keluarga, remaja, agama, belia dan kampung. Semua peristiwa yang dilalui oleh manusia menyerlahkan pelbagai ragam dan perlakuan serta hubungan manusia yang melihat aspek-aspek positif dan negatif untuk dijadikan cerminan perbandingan serta contoh teladan. Elemen ini memberi pengalaman dan pengetahuan dalam kehidupan remaja

    Analisis teks cucu tuk wali menggunakan pendekatan kemasyarakatan

    No full text
    Makalah ini menganalisis aspek-aspek kehidupan sosial dan budaya dalam kehidupan remaja, lingkungan dan alam persekitarannya. Penelitiannya mendasari teks Cucu Tuk Wali yang dianalisis mengunakan pendekatan kemasyarakatan. pendekatan ini melihat sastera sebagai alat pendedahan kepada segala persoalan yang wujud dan bertujuan mencari kebaikan dan kesejahteraan dalam masyarakat sesuai di terapkan dalam novel ini yang menyentuh persoalan cinta, pelajaran, kasih sayang, pertentangan pendapat kepercayaan karut dan gejala sosial dalam kehidupan remaja. Karya ini mampu menjadi alat pendidikan yang mengetengahkan cara, sikap hidup kepercayaan dan budaya dalam masyarakat. Akhirnya, teks ini memaparkan fenomena kehidupan remaja dengan menerapkan amalan nilai-nilai murni untuk mengeratkan hubungan antara remaja dengan orang lain dan alam persekiran

    Profil personaliti bakal calon majlis pewakilan pelajar UKM: suatu perbandingan antara lelaki dan wanita

    No full text
    Kajian ini menganalisis profil personaliti pelajar yang mengikuti program kursus asas (N=165)yang membimbing mereka mereka menjadi pelajar masa hadapan. Kajian ini juga cuba membandingkan profil personaliti anatara pelajar lelaki (N=103)dan pelajar wanita (N=62)Kajian ini menggunakan ujian personaliti 16PF.Hasil kajian menunjukkan terdapat 5 tret yang mengukur kepimpinan daripada 16 faktor personaliti iaitu tret berfikir berada pada sten 4 yang menunjukkan cara berfikir yang masih rendah dan didapati lelaki dan wanita pada sten yang sama; tret kestabilan emosi pada sten 5 yang menunjukkan tidak stabil dan didapati lelaki dan wanita juga pada sten yang sama; tret dominan pada sten 4 bagi perempuan dan sten 5 untuk lelaki dan ini menunjukkan lebih dominan dan tert kesedaran peraturan, lelaki pada sten 5 dan wanita pada sten 6 dan ini menunjukkan pelajar wanita lebih tinggitahap kesedaran peraturan berbanding lelaki dan tret kepercayaan kendiri lelaki dan wanita sama-sama berada pada sten 4 yang menunjukkan kelebihan pada orientasi kelompok berbanding individu.Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan asas pembinaan kecermelangan kepimpinan pelajar untuk menuju kearah yang lebih baik etik dan akademik

    Stres dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia.

    No full text
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap stres dan hubungannya dengan pencapaian akademik mahasiswa jurusan pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia. Seramai 2019 mahasiswa terlibat sebagai responden kajian ini (n lelaki=78; n perempuan=141).responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu program dwi major(n=120) dan stu major(n=99).Tahap stres responden diukur menggunakan alat pengukuran yang diguna terima daripada the student-life stres inventory-SSI. Terdapat sebanyak lima kategori stres yang dikaji,iaitu;kekecewaan,tekanan,perubahan, emosi dan tingkahlaku. Tahap pencapaian pelajar dianalisa berdasarkan pencapaian timbunan mata terkumpul (PNGK) pada semesterterkini.Hasil analisis menunjjukan bahawa responden mempunyai tahap stres yang sederhana (M=2.24;SD=0.540)dan pencapaian akademik sikekitar PNGK 3.49 dengan separuh daripada responden berada pada tahap PNGK 3.01 hingga3.50. Secara umumnya tahap stres tidak mempunyai huungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimana pun analisis berdasarkan kategori stres menunjukkan pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05)dengan tahap kekecewaan (r=-0.176),tekanan(r=-0.149)dan emosi (r0.166). Tahap stres berbeza mengikut jantina (t=17.731;p=0.05) dan jenis program yang diambil(t=1.251;p=0.05). Selain itu, analisis kolerasi menunjukkan bahawa pelajar yang stres merupakan pelajar yang mengambil jumlah kursus (r=0.239;p=0.01)dan jumlah kredit lebih(r=0.255; p=0.01). secara keseluruhannya didapati pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi adalah mereka yang mempunyai tahap stres yang rendah, dan sebaliknya.Antara program intervensi dan prevensiyang boleh dilaksanakan oleh pihak universiti termasuklah latihan dan kursus berkaitan peningkatan tahap kecekapan pengurusan emosi dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa diuniversiti

    Penilaian aktiviti kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran di UKM

    Get PDF
    Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap institusi pengajian tinggi adalah pelengkap kepada proses keilmuan dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mengwujudkan modal insan negara yang berkualiti. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di IPT mempunyai nilai kredit yang khusus, bagaimanapun bentuk penilaian dan pelaksanaannya adalah berbeza-beza. Pelaksanaan dan penilaian aktiviti kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil pendekatan yang lebih luas dengan memberi kebebasan penuh kepada pelajar mengwujudkan aktiviti sendiri berpandukan kontrak pembelajaran yang di persetujui bersama antara universiti dan pelajar.Atas alasan ini, maka satu kajian awal telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pelajar dalam pelaksanaan kontrak pembelajaran. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi menilai seramai 51 reponden yang terdiri daipada peserta bengkel'Training of Trainers(TOT).Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman pelajar tentang kontrak pembelajaran berada pada tahap cemerlang (min antara 4.6 hingga 4.16), lebih 85 peratus tahap pengetahuan pelajar memahami dengan jelas dan tahap penerimaan yang tinggi (min antara 4.02 hingg 4.46).Sementara itu , hasil kajian pelaksanaan kontrak pembelajaran mengakui mencapai kesemua prinsip kontrak pembelajaran (min antara 3.92 hingga 4.25) dan mencapai kesemua hasil pembelajaran (min antara 4.00 hingga 4.18) .Daripada 32 elemen dalam 8 hasil pembelajaran yang dinilai, 21 elemen berada tahap sangat tinggi dan 11 yang lain pada tahap tinggi. Implikasinya pelaksanaan kontrak pembelajaran terhadap pelajar jelas menunjukkan kejayaan.Pelaksanaan pendekatan baru penilaian aktiviti kokurikulum berkredit ini berada pada landasan yang betul. Bagaimanapun, usaha memperkukuhkan dan meluaskan lagi sumber dan informasi perlu diteruskan bagi menambahbaik 11 elemen yang berada pada tahap tinggi
    corecore