2 research outputs found

    Kepentingan Kecerdasan Emosi: Suatu Pemerhatian Awal

    No full text
    Dewasa ini kita ditegaskan untuk lebih memahami diri kita dan lebih memahami emosi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini terjadi. Ditambah pula dengan keadaan negara kita yang kini dilanda wabak COVID-19 yang telah menjadikan semua kita hidup dalam keadaan yang serba ketakutan dan terpaksa menerima norma baharu. Pelajar juga terutamanya terpaksa menghadapi dan menerima kenyataan bahawa mereka kini terpaksa belajar secara atas talian dan ini amat sukar. Oleh itu, pelajar digesa untuk memahami emosi mereka dan cuba mengawal emosi di waktu pandemik ini. Kertas konseptual ini membincangkan kecerdasan emosi pelajar dari pelbagai sudut yang harus diambilkira demi untuk memastikan emosi mereka stabil. Perbincangan model Goleman juga diselitkan bagi memudahkan pelajar membuat penilaian terhadap diri mereka. Pengkaji menggunakan kaedah sekunder yang menggunakan data sedia ada daripada pelbagai kajian lepas. Tuntasnya, dalam meningkatkan emosi seseorang pelajar tersebut, mereka haruslah mengamalkan lima domain Goleman iaitu, pengurusan emosi, kesedaran kendiri, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial

    Kempen Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Rintis Berkenaan Impak Penggunaan Papan Tanda Sebagai Medium Komunikasi

    No full text
    Penggunaan papan tanda sebagai medium penyampaian maklumat sudah tidak asing lagi di negara ini. Kempen-kempen kesihatan di negara ini turut tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai salah satu agen penyebarluasan informasi kepada masyarakat. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menilai impak penggunaan papan tanda sebagai medium promosi Kempen Penyalahgunaan Dadah. Reka bentuk kajian keratan rentas kuantitatif digunakan bagi kajian ini. Sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 29 tahun telah direkrut sebagai sampel kajian dari kawasan negeri Pulau Pinang. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa penggunaan papan tanda sebagai medium promosi bahaya penyalahgunaan dadah mempunyai keberkesanan kepada golongan belia. Penambahbaikan dari segi kreativiti persembahan kandungan dalam papan tanda boleh terus dijalankan bagi meningkatkan impak medium ini kepada masyarakat
    corecore