2 research outputs found

    Wacana dan pemikiran rekabentuk masjid

    Get PDF
    Tulisan ini membentangkan pengenalan dan membincangkan beberapa persoalan tentang pemikiran rekabentuk masjid. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk memberi maklumat latar bagi memahami dengan lebih jelas berkenaan kedudukan kajian ke atas masjid warisan Melayu. Tulisan ini mempunyai empat bahagian utama. Bahagian pertama menyingkap makna atau pengertian masjid dalam budaya Islam. Bahagian kedua membentangkan sebab-sebab yang mempengaruhi rekabentuk senibina sesebuah bangunan supaya mereka yang tidak mendapat pendidikan secara langsung tentang senibina dapat mengetahui punca sebenar kebanyakan rupabentuk senibina sesuatu bangunan yang seringkali difikirkan sebagai buah fikiran atau karya arkitek semata-mata. Bahagian ketiga membentangkan wacana senibina masjid dari sudut pendekatan rekabentuk dan bahagian keempat dan terakhir membentangkan wacana khusus mengenai masjid warisan di Alam Melayu

    Strategi kelestarian dalam bangunan tinggi

    Get PDF
    Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langit untuk mencapai prestasi terbaik. Ini kerana proses merekabentuk bangunan tinggi melibatkan pelbagai bidang termasuklah komponen senibina, struktur, dan sistem HVAC (heat, ventilation and air conditioning). Beberapa contoh bangunan generasi baru yang menitikberatkan kelestarian dalam bangunan dijadikan sebagai rujukan kajian kes. Kajian ini telah menyimpulkan bahawa bangunan tinggi akan menggunakan tenaga yang tinggi, golongan pereka pada generasi akan datang akan beralih kepada strategi rekabentuk “tenaga sifar” secara berperingkat. Dalam pendekatan ini, iklim setempat menjadi salah satu daripada kelebihan untuk rekabentuk bangunan yang menjadikan bangunan itu sendiri sebagai sumber tenaga. Tidak mustahil pada satu masa nanti, bangunan tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan yang boleh dijual kepada pusat janakuasa bandar
    corecore