1 research outputs found

    Transformasi Gen Proteolisis 6 (PRT6) berperantarakan Agrobacterium tumefaciens ke dalam kotiledon tomato kultivar Micro Tom

    Get PDF
    Gen Proteolisis 6 (PRT6) merupakan gen yang memainkan peranan penting dalam tapak jalan N-end rule dan berfungsi sebagai enzim E3 ligase. PRT6 berperanan dalam pengenalan protein sasaran bagi proses degradasi. Objektif utama kajian ini adalah untuk mentransformasi konstruk RNAi PRT6 ke dalam tomato berperantarakan Agrobacterium tumefaciens. Ini bertujuan untuk memahami peranan tapak jalan N-end rule semasa proses pemasakan buah. Beberapa faktor yang memberi kesan kepada transformasi seperti masa ko-penanaman dan juga kepekatan antibiotik yang digunakan telah dioptimumkan. Keputusan kajian menunjukkan pengeraman kotiledon selama 48 jam pada medium ko-penanaman dapat meningkatkan penghasilan kalus sebanyak 61% manakala penggunaan 500 mg/L antibiotik karbenisilin dalam medium regenerasi pucuk dapat mengurangkan kontaminasi A. tumefaciens sehingga 5.2%. Selain itu, strain A. tumefaciens C58 merupakan strain A. tumefaciens yang paling sesuai digunakan sebagai perantara dalam kajian ini. Tindak balas berantai polimerase (PCR) telah dijalankan pada pucuk yang terhasil untuk mengesahkan integrasi fragmen PRT6 ke dalam genom tomato. Berdasarkan analisis PCR, kesemua tujuh pucuk putatif transgenik adalah merupakan transforman positif
    corecore