2 research outputs found
Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Seni Visual dalam menghadapi revolusi industri 4.0
Satu cabaran yang perlu dihadapi dalam dunia pendidikan kini ialah menyesuaikan pembelajaran dan pemudahcaraan (pdPc) bagi mendepani revolusi industri 4.0. Ledakan Revolusi lndustri 4.0 memberi kesan yang besar kepada guru dalam
menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi, berpemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, boleh berkomunikasi, berkolaborasi, kreativiti dan mempunyai kesejahteraan
emosi. Guru Pendidikan Seni Visual perlu mengambil inisiatif celik Revolusi lndustri 4.0, kreatif dan inovatif menggunakan kepelbagaian sumber dan media yang sesuai bagi
menghasilkan PdPc yang lebih menarik. Penulisan ini membincangkan PdPc Pendidikan Seni Visual yang relevan dengan konteks Revolusi lndustri 4.0 melalui penerapan kemahiran Pembelajaran Abad 21, pembelajaran autentik, kemahiran insaniah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Turut dibincangkan ialah cabaran yang dihadapi guru dalam merealisasikan pembelajaran Seni ke arah revolusi lndustri 4.0