4 research outputs found

    Hubungan antara hafazan al-Quran dan kualiti hidup pelajar tahfiz di Selangor, Malaysia

    Get PDF
    Kajian terdahulu menunjukkan kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui amalan keagamaan dan kerohanian. Hafazan al-Quran merupakan amalan keagamaan dan kerohanian yang memperkasa aspek mental dan fizikal. Namun, kajian saintifik yang mengaitkan hafazan al-Quran dengan kualiti hidup masih terhad terutamanya dalam konteks pelajar tahfiz. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hafazan al-Quran dengan kualiti hidup dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor, Malaysia. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 116 pelajar dengan pensampelan rawak berstrata dari tiga buah sekolah tahfiz di Selangor. Pelajar tahfiz dikategorikan kepada tiga tahap hafazan berdasarkan jumlah juzuk yang telah dihafaz iaitu Tahap 1 (1-10 juzuk), Tahap 2 (11-20 juzuk) dan Tahap 3 (21-30 juzuk). Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data sosiodemografi dan borang soal selidik Short Form-36 Quality of Life (SF-36) versi Bahasa Malaysia telah digunakan untuk menilai tahap kualiti hidup. Data telah dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara hafazan al-Quran dengan kesihatan fizikal (r = 0.300, p < 0.05) dan kesihatan mental (r = 0.194, p < 0.05). Ini jelas menunjukkan bahawa semakin banyak pelajar menghafaz al-Quran semakin tinggi tahap kualiti hidup mereka. Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal adalah jumlah muka surat hafazan. Kesimpulannya, hafazan al-Quran berpotensi meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan mental dan fizikal pelajar tahfiz

    Dietary intake, levels of trace elements and intelligence quotient (IQ) among huffaz students from selected tahfiz schools in Selangor

    Get PDF
    Tahfiz education has been well accepted by Muslims in Malaysia. Memorizing the Quran through rote learning can assist in improving the brain ability to process, store information and build memory. In addition, dietary intakes were reported to contribute in the process of memorizing the Quran and to increase the levels of intelligence (IQ) among huffaz students. This cross-sectional study was conducted to measure and to determine the correlation between IQ and dietary intake as well as between IQ and the level of trace elements among students in selected tahfiz schools and non-tahfiz school in Selangor. Questionnaires were used to obtain demographic data. Dietary intake was assessed via 3 days dietary record. Levels of trace elements in the nail samples were analyzed by using ICP-MS. Test for intelligence using WASI-II was conducted to measure the students’ IQ. The results showed that there was a moderate positive correlation between IQ and carbohydrate (r = 0.425, p < 0.001, a weak positive correlation between IQ and energy (r = 0.260, p < 0.05), vitamin B6 (r = 0.189, p < 0.05), vitamin B12 (r = 0.207, p < 0.05) and vitamin C (r = 0.211, p < 0.05). The levels of trace elements in nail samples showed no correlation with IQ, whereas there were moderate positive correlations between IQ and dietary zinc (r = 0.375, p < 0.001) as well as between IQ and dietary iron (r = 0.303, p < 0.001). There was also a moderate positive correlation between IQ and the level of memorization (r = 0.375, p < 0.001). The results of stepwise multiple linear regression showed that al-Quran memorization influence the level of IQ by 20 %. As a conclusion, dietary intake of certain nutrients including energy, vitamins and selected trace elements can potentially improve memorization activities and also IQ

    Penentuan tahap logam berat, hafazan al-Quran dan kecerdasan (IQ) dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor

    Get PDF
    Sekolah tahfiz merupakan institusi yang mengkhususkan pendidikan kepada pelajar yang boleh menghafaz serta mengingati keseluruhan al-Quran. Aktiviti menghafaz al-Quran dengan teknik pengucapan berulang kali akan membantu meningkatkan keupayaan otak untuk memproses, mengingati maklumat dan membina memori. Kehadiran logam berat akan memberi kesan kepada sistem saraf serta mengganggu fungsi sistem saraf pusat dan periferi di mana akan seterusnya menyebabkan berlakunya kecelaan fungsi mental dan kognitif. Keupayaan untuk belajar, mengingati atau menghafaz, penggunaan bahasa dan untuk memahami sesuatu akan terganggu serta mengurangkan IQ dan perhatian. Kajian keratan rentas telah dilakukan bagi mengukur dan mengenal pasti hubungan di antara tahap logam berat, hafazan al-Quran dan tahap kecerdasan (IQ) dalam kalangan pelajar di sekolah tahfiz berbanding sekolah bukan tahfiz terpilih di Selangor. Kepekatan logam berat ditentukan melalui analisa sampel kuku dan rambut pelajar dengan menggunakan Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS). Ujian kecerdasan Wechsler Adult Intelligence Scale Edisi Kedua (WASI-II) digunakan untuk mengukur IQ pelajar. Borang soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data demografik dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Berdasarkan ujian korelasi Pearson yang dilakukan, terdapat korelasi negatif yang sangat lemah tetapi signifikan antara logam mangan dalam sampel rambut dengan tahap hafazan al-Quran (r = -0.178, p = 0.017). Selain itu, terdapat korelasi positif yang lemah tetapi signifikan antara IQ dengan tahap hafazan al-Quran (r = 0.375, p = < 0.001). Kesimpulannya, semakin tinggi kepekatan logam mangan akan menyebabkan penurunan tahap hafazan al-Quran serta apabila semakin tinggi tahap hafazan al-Quran akan menyebabkan tahap kecerdasan (IQ) juga semakin meningkat

    A study on the contribution of inventory planning towards business performance: A case of Al Faiz Industries Sdn Bhd

    Get PDF
    Consequently, many companies that produce wellness beverage are looking at various inventory management systems as they belief this will have a positive effect on the satisfaction of their customers.Align with that, this research aims to investigate the contributions of inventory planning toward business performance at Al Faiz Industrie Sdn Bhd.Significance of this research are to identify whether Al Faiz industry Sdn Bhd effectively practices inventory planning in the production of wellness beverage.In addition to that, this study looks at how Al Faiz Industries manages inventories to improve their business performance. The research framework consists of two independent variables which are support system and supplier’s reliability while business performance in Al Faiz Industries Sdn Bhd as dependent variable.This research deploys qualitative method through interview with top management.It is expected that the findings could contribute towards greater understanding in view of beverage industry of SMI scale.This research is also expected to provide good insights on managerial applications
    corecore