16 research outputs found

    Critical analysis on the role of mosque as an educational institution within the contemporary Muslim society in Malaysia

    Get PDF
    Mosque is a significant institution since the time of Prophet Muhammad (pbuh) The mosque not only plays a comprehensive role as a place of worship, community and social center but it also is an important place for learning. Unfortunately, the development of contemporary human civilization has made the role of mosque as education center to be taken over by different secular institutions. The purpose of this paper is to discuss the development of mosque as an educational center. This paper uses the method of literature survey on two different mosques in Malaysia. Thus, it aims to improve the understanding on the role of mosque as educational center in modern Malaysian society

    Pendekatan rekabentuk bangunan tinggi dalam konteks perbandaran : kajian kes di Korea Selatan

    Get PDF
    Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar diketepikan bagi memberi ruang untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Namun begitu, isu ini kian mendapat perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti arkitek dan jururancang bandar bagi memastikan keperluan dan keselesaan penduduk bandar tetap diutamakan disamping mengharungi arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan reka bentuk bangunan tinggi dalam konteks persekitaran bandar (urbanscape) dan mengenalpasti serta mengkaji kualiti reka bentuk bangunan tinggi dalam mengukuhkan fabrik bandar menggunakan cerakinan teori Responsive Environments. Kajian kes dijalankan di dua bangunan tinggi di Korea Selatan iaitu Menara Twin Tree dan Urban Hive yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul kerana mempunyai karakter setempat yang berbeza. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan juga temubual bersama arkitek Urban Hive iaitu Kim Incheurl. Hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat tambahan tentang bagaimana bangunan-bangunan tinggi ini direkabentuk dan disesuaikan dalam persekitaran bandar serta mampu menampung kehendak penduduk bandar sendiri

    Kaedah penerapan identiti senibina keatas bangunan tinggi

    Get PDF
    Kajian ini berkaitan dengan penelitian bagaimana untuk menerapkan identiti senibina kepada bangunan pencakar langit. Kajian ini diteliti kerana ingin melihat bagaimana cara pengadaptasian sesuatu identiti senibina setempat yang boleh diadaptasikan kepada bangunan tinggi. Pelbagai isu timbul kebelakangan ini dimana bangunan tinggi di Malaysia terutamanya belum menampakkan satu identiti yang padu untuk dijadikan kaedah atau instrumen bagi pengamal senibina di Malaysia. Kajian Kes dilakukan keatas cara arkitek terdahulu seperti Kenzo Tange mengambil pendekatan terhadap senibina tradisional Jepun kedalam senibina bangunan pada zamannya dengan berjaya. Kajian ini juga melihat beberapa contoh bangunan di Malaysia yang menggunakan unsur- unsur metafora dan 'metabolism' melalui objek objek yang berkait dengan nasionalisma. Mengetahui ciri- ciri yang terdapat pada identiti senibina Malaysia dan Rumah Melayu yang telah mencapai kesempurnaan pada senibina setempat mungkin menjadi sumber terbaik bagi kita dalam mendapatkan kaedah penerapan yang seharusnya dipraktikkan di Malaysia. Diaharap kajian ini akan membantu serba sedikit memberi gambaran kepada projek studio senibina 2 bagi projek bangunan pencakar langit serta sedikit maklumat bagi pengamal senibina dan ahli pengkaji mengetahui bagaimana untuk kita mengadaptasikan identiti senibina pada sesebuah bangunan tinggi

    The usage of building information modelling (BIM) in Malaysia's architecture industry

    Get PDF
    Over the last few decades, the architecture field have seen tremendous developments in skills level, work processes and professional culture with the adoption of computer software technologies. Investment in technology has always been to increase effectiveness and overall performance in the design and construction process that results in a return of investment. Today, more and more digital technologies have been developed and created to accommodate the high demands of the market over the years, including Building Information Modelling (BIM). This research paper aims to look into the insight of how architect firms in Malaysia are coping up with the adoption of BIM in the country. This research was originally conducted in 2013-14 and has seen its preliminary findings published over the years. However, this paper uncovers the sequential parts of the research that has yet to be published. The main data collecting instrument used was a nationwide survey that was conducted on all the architectural firms in Malaysia and the findings was used as a foundation for subsequent research phases on the subject matter. From the findings, it is revealed that BIM-based practice is still at an infancy level and that the industry and government bodies need to put on greater effort and produce better strategies to make BIM an industry standard technology

    Impak tumbuhan kepada bangunan tinggi dari aspek kelestarian

    Get PDF
    Dewasa ini penggunaan tema tumbuhan dalam bangunan telah banyak diadaptasi dalam bangunan di Malaysia. Hal ini berikutan kesedaran terhadap alam sekitar yang semakin meningkat. Ini termasuklah di negara kita Malaysia melalui Dasar Teknologi Hijau yang diperkenalkan pada tahun 2009. Antara aspek hijau yang memberi impak kepada bangunan (Badrulzaman,2011) adalah tumbuhan seperti bumbung hijau dan taman bumbung, teres langit atau ‘sky terrace’, balkoni berlandskap, dinding hijau, pokok berpasu, dan jambatan bangunan tingkat tinggi atau ‘sky bridges’ (Tan,2013). Namun begitu, aplikasi tumbuhan hijau tidak dimanfaatkan sepenuh dan hanya bersifat estetik sahaja (Badrulzaman,2011). Objektif penulisan ini ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis kategori aplikasi tumbuhan dan faedah-faedah aplikasi tumbuhan pada bangunan tingkat tinggi. Hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada kategori jenis-jenis dan faedahnya kepada alam sekitar

    Keberkesanan sistem binaan berindustri (IBS) kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres

    Get PDF
    Kajian ini adalah kajian yang bersifat kajian topikal yang mengkaji sistem pembinaan jenis binaan berindustri dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sistem IBS kerangka keluli dalam pembinaan perumahan teres di Malaysia. Kajian selama enam (6) bulan yang amat singkat ini mempunyai skop kajian yang agak terhad. Matlamat akhir dalam penghasilan kajian ini adalah mengkaji kelebihan kekurangan pembinaan sistem IBS kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres. Selain mengadakan kajian kes terhadap pengeluar sistem kerangka keluli IBS itu sendiri, pendapat pakar teknologi sistem keluli dan analisis kandungan kajian pustaka tentang pengetahuan serta pendedahan teknologi juga dianalisis. Hasil daripada aliran metodologi seperti kajian literasi, kajian kes dan juga temu ramah. Sistem kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres tingkat dapat memberi kesan yang positif dalam menyelesaikan masalah seperti kos pembinaan dan juga tempoh pembinaan

    A system of sustainable building construction materials incorporating the raised floor innovation – the Tasik Chini Research Centre experience

    Get PDF
    The Malaysian construction industry sector covers the aspects of the planning, design, conservation, demolition and repairing of various types of buildings and all types of mechanical and civil engineering works as well as other field work involved. It has attracted many researchers and most studies that have been done on the construction industry revolved around the study of technology as a design analysis. However, in reality it is still largely dependant on a conventional system established decades ago. This paper intends to propose a system of sustainable construction materials by redefining the traditional Malay architecture element of the raised floor and its innovation with the Industrialised Building System (IBS). The paper will present experience from Tasik Chini Research Centre of UKM as an alternative solution in providing a more significant and comprehensive construction process, offering fast and efficient system using components or materials that are sustainable. The development in itself incorporated the philosophy of or treading the earth gently, a development aimed at reducing the impact on the environment by lifting buildings from the ground. It complied with UNESCO development guidelines and the Strategic Implementation Action Plan for Tasik Chini's Biosphere Reserves. The development used traditional architectural principles as references and applied the many significant constructs and variables that may influence development in a tropical setting. A raised floor architectural concept was integrated with a structural system, thus providing a diverse range of functions. An IBS systems was implemented with the use of structures, floor panels and modular walls using low thermal mass (low thermal mass) materials, as well as green roofs with green concrete use to prevent heat from sunlight. It proposes a new paradigm in architecture that includes sustainability concern, technological simplicity as well as social aspiration and architectural identity. The system is designed to incorporate many passive design principles and climatic controls that combine with the use of IBS thus making it an efficient and easy-to-install system

    Constructing place and space in the design of learning environments for PBL in Malaysian universities

    Get PDF
    Malaysia’s provisional entry into the Washington Accord has resulted in an overhaul of engineering education in this country. Gone are the days of traditional teaching in engineering. A myriad of changes have been introduced including changes in attitudes, orientation, curriculum, and delivery, to name a few. One important aspect that architects and planners have neglected is in the area of educational infrastructure, namely the place and space of the learning environment. The advent of new teaching methods has brought with it different infrastructural needs. Problembased learning (PBL) is achieving great currency in engineering education these days. However, the present-day teaching-learning environment is seen as defective: it does not provide optimum learning in the PBL context. This paper attempts to reconsider the relationship of physical settings to the student learning experience. This paper will also look at the problems of place and space in the engineering education in Universiti Kebangsaan Malaysia, with a comparison made with the integrated architectural program, and provide examples of the environmental design that would be conducive to PB

    Faktor mempengaruhi kegagalan penjualan harta tanah perdagangan jenis rumah kedai

    Get PDF
    Laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) merekodkan sejumlah 5,931 unit rumah kedai di Malaysia telah siap dibina tetapi tidak terjual dimana Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kedua tertinggi selepas negeri Johor. Kajian ke atas rumah kedai siap dibina tidak terjual di Bandar Baru Nilai menjadi sampel kajian memandangkan ia terletak berdekatan dengan lapangan terbang Antarabangasa KLIA, Litar Antarabangsa Sepang, institusi-institusi pendidikan dan dikelilingi oleh skim-skim perumahan, tetapi masih terdapat lambakan rumah kedai yang siap dibina dan tidak terjual. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kegagalan penjualan rumah kedai di Bandar Baru Nilai dan seterusnya menentukan faktor kritikal kegagalan penjualan harta tanah perdagangan jenis rumah kedai di bandar baru. Data kajian diperoleh daripada sumber literatur dan soalan kaji selidik dengan pemaju, Majlis Perbandaran, pembeli/penyewa dan penduduk setempat. Faktor-faktor yang dikenalpasti adalah faktor ekonomi, demografi, politik, lokasi, kemudahan asas dan awam, pinjaman kewangan, fizikal produk, harga atau sewa pasaran, dan stok rumah kedai semasa produk siap untuk dihuni, faktor pemaju dan faktor mas

    Kajian dan analisis terhadap asas dan akar rekabentuk masjid-masjid warisan di alam Melayu

    No full text
    Kajian ini yang telah dilakukan untuk mencadangkan buat pertama kalinya teori bahawa tipologi masjid bumbung meru dari Alam Melayu adalah diasaskan dan dibangunkan dari gagasan masjid di Timur Tengah, dengan membahaskan kemungkinan gagasan asas kubah tengah (‘central mosque’) dan laman ‘sahn’ wujud walupun dalam bentuk bumbung meru berstruktur kayu dengan serambi atau balai yang mempunyai bentuk berbeza tetapi wujud seperti tipologi di Timur Tengah. Teori ini amat berbeza dengan teori umum masa kini yang menganggap bahawa bentuk tipologi masjid tersebut datangnya khusus dari Alam Melayu dan di asaskan melalui tipologi kuil dan candi dari kepercayaan Buddha, Hindu dan kepercayaan kuno atau anamisme. Teori ini juga berbeza dengan pandangan popular bahawa bentuk tipologi segiempat sama berbumbung pyramid atau meru ini diasakan dari tipologi rumah Jawa, wantilan, cungkup dan sebagainya. Kajian ini menggunakan metodologi perbandingan tipologi masjid warisan Alam Melayu sebelum kurun ke 19 di Malaysia dan Indonesia serta masjid-masjid yang terdapat di Timur Tengah khususnya yang dibangunkan dalam era Dinasti Uthmaniah. Kajian ini penting jika dilihat dari dua aspek utama. Pertama, dari aspek ilmu sejarah; dimana kajian ini dapat menyumbangkan kepada penambahan ilmu tentang tipologi dan penjenisan sebuah bangunan yang dianggap suci oleh umat Islam. Selama ini terdapat beberapa aspek tentang masjid Alam Melayu yang belum diketahui dan dapat ditampilkan buat pertama kalinya dalam hasil kerja ini. Kedua, kajian ini mempunyai kesan besar ke atas para arkitek yang ingin menggunakan pendekatan ‘revivalism’ atau ‘regionalism’ kerana ia memberi ruang lingkup yang lebih luas dan juga boleh dikatakan sebagai idea yang berdayamaju dari hal rekabentuk bangunan masjid
    corecore