1 research outputs found

    Mengukur pencapaian kelestarian program transformasi kerajaan “Gagasan 1Malaysia” dari perspektif belia Malaysia

    Get PDF
    Gagasan 1Malaysia (G1M) telah dibina berasaskan Perlembagaan Malaysia, pelbagai polisi dan undang-undang, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Melalui G1M, rakyat diminta menerima kedudukan kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan yang inklusif dalam membina perasaan saling menghormati dan menerima bagi menjadikannya satu asas yang kukuh terhadap perpaduan dan saling mempercayai. Pelan hala tuju ini merupakan permulaan, dengan susun atur yang jelas mengenai objektif, sasaran dan rancangan, serta kesannya yang akan diterima oleh generasi baru terutama para belia Malaysia. Dari tahun ke tahun, kelestarian transformasi G1M ini masih diragui akan keyakinan masyarakat terhadap G1M. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti tahap penerimaan belia terhadap G1M ini, selain menilai persepsi belia Malaysia, dan seterusnya mengenalpasti tahap kelestarian G1M ini pada masa hadapan. Kelestarian diukur berdasarkan Model PSR (Hardi, 1995) yang mengukur pencapaian kelestarian berdasarkan factor tekanan, keadaan dan tindakbalas. Kajian menggunakan kaedah tinjauan berasaskan soalselidik terhadap 400 responden dengan anggaran sampel yang ditentukan dari model penentuan saiz sampel Ramos (2011). Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia Malaysia terhadap kebolehan untuk mencapai kelestarian G1M adalah tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara belia lelaki dan perempuan dalam pencapaian kelestarian G1M. Perbezaan antara belia Bandar dan luar Bandar juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Rumusan kajian mendapati bahawa tahap kemampuan G1M dalam mencapai kelestarian berada pada tahap yang tinggi. Justeru itu, program transformasi kerajaan “Gagasan 1Malaysia” adalah brjaya, malah berkemampuan untuk mencapai kelestarian. Adalah diharapkan program G1M ini diteruskan dengan penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa, dan tidak diabaikan sebagai program politik semata-mata. Adalah dirasakan program ini amatlah bertepatan dengan kesejahteraan rakyat, terutama masa depan para belia di Malaysia
    corecore