3 research outputs found

    Effects of net height scale on badminton performance and satisfaction among children

    Get PDF
    The height of the net scaling accordance with the physical size is important to improve performance and produce optimal shot kinematic characteristics in children. This study aimed to identify the average rate of optimal net height scaling among children aged seven to nine years. This study uses an experimental design with a total of 48 children randomly selected as study participants. Participants were divided into 24 pairs (boys = 12 pairs, female = 12 pairs) which were equivalent in terms of skill level and gender. All participants played against their respective pairs using four net height situations namely JP (155 cm), JM100 (127 cm), JM92 (117 cm) and JM82 (104 cm) situations reciprocally. All matches are conducted using a singles competition system with 11 points which is two sets per match situation. Data collection was done through video recordings and questionnaires. Shot performance was analysed from the aspects of serve success, shot chances and rally length. Participants' satisfaction with the four paired match situations was obtained through a questionnaire. Study data were analysed using SPSS version 16.0 program. The results of one-way ANOVA test for repeated measurements showed that there was significant mean score differences (p <.05) for performance and satisfaction between the JP, JM100, JM92 and JM82 situations. The findings of the study showed that scaling the net height of 92% of the average height of children aged seven to nine years was the optimal net height. Therefore, this study suggests that the use of standard net heights among children should be reviewed

    Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Seramai 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun dipilih secara rawak sebagai peserta kajian. Peserta telah dibahagikan kepada 24 pasangan yang setara dari segi tahap kemahiran dan jantina (lelaki, n=12 pasangan, perempuan, n=12 pasangan). Semua peserta bermain secara berpasangan menggunakan empat situasi tinggi jaring yang berbeza iaitu situasi A (155 cm), situasi B (127.66 cm), situasi C (117.44 cm) dan situasi D (104.68 cm). Susunan perlawanan antara keempat-empat situasi dijalankan secara timbalbalik. Semua perlawanan dijalankan menggunakan sistem pertandingan perseorangan dengan kiraan 11 mata dengan dua set setiap situasi. Data prestasi panjang rali telah dikumpul menggunakan rakaman video. Data telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang. Keputusan Mauchly’s Test of Sphericity menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min prestasi panjang rali yang signifikan antara keempat-empat situasi tinggi jaring [F(2.30, 52.88)=30.37, p<.05]. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penskalaan tinggi jaring mampu meningkatkan prestasi panjang rali dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun

    Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi peluang pukulan permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi peluang pukulan permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Peserta kajian terdiri daripada 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun yang dipilih secara rawak. Peserta telah dibahagikan kepada 24 pasangan yang setara dari segi jantina dan tahap kemahiran (lelaki, n=12, perempuan, n=12). Prosedur kajian melibatkan peserta bermain secara berpasangan menggunakan empat situasi tinggi jaring iaitu situasi A (155 cm), situasi B (127.66 cm), situasi C (117.44 cm) dan situasi D (104.68 cm). Susunan perlawanan antara keempat-empat situasi dijalankan secara timbal-balik. Semua perlawanan dijalankan menggunakan sistem pertandingan perseorangan dengan kiraan 11 mata. Setiap situasi terdiri daripada dua set perlawanan. Data prestasi peluang pukulan telah dikumpul menggunakan rakaman video. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang. Keputusan Mauchly’s Test of Sphericity menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min prestasi peluang pukulan yang signifikan antara keempat-empat situasi tinggi jaring [F(2.30, 52.88)=30.37, p<.05]. Berdasarkan keputusan ini, kanak-kanak yang bermain menggunakan situasi tinggi jaring modifikasi menunjukkan prestasi peluang pukulan yang tinggi berbanding situasi tinggi jaring piawai. Kajian ini menunjukkan bahawa dengan memanipulasi kekangan tugasan melalui penskalaan tinggi jaring mampu meningkatkan prestasi peluang pukulan dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun
    corecore