1 research outputs found

    Hubungan tekanan kerja dan pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Klang

    Get PDF
    Tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah sering menimbulkan isu kepuasan bekerja dan prestasi kerja. Kajian tinjauan ini mengukur tahap tekanan kerja dan tahap keberkesanan pengurusan bilik darjah dalam kalangan 856 guru-guru sekolah rendah di Daerah Klang, serta menentukan hubungan antara kedua-dua pembolehubah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dan data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan guru-guru berpendapat mereka menghadapi tekanan kerja yang tinggi. Guru-guru juga berpersepsi bahawa mereka mempunyaia keberkesanan pengurusan bilik darjah yang sangat tinggi secara keseluruhan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan positif signifikan yang kuat antara tahap tekanan kerja dan tahap keberkesanan pengurusan bilik darjah (r=.785, N=856, p<0.1). Dapat disimpulkan bahawa guru-guru sekolah rendah di Daerah Klang berpendapat tekanan kerja yang tinggi tidak menjejaskan kualiti kerja mereka secara negatif. Implikasinya, punca tekanan kerja yang tinggi dalam kalangan guru perlu dikaji agar ianya dapat diatasi contohnya dengan cara mempelbagaikan tugas dan tanggungjawab dengan menggunakan berbagai-bagai instrumen dan kaedah alternatif, peralatan dan bahan bantu mengajar, serta menggunakan strategi dan kaedah pengurusan taktik menyelesaikan masalah secara berkumpulan agar guru-guru dapat memperoleh kepuasan kerja yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kualiti kerja yang lebih baik
    corecore