11 research outputs found

    Kesan program promosi terhadap aktiviti eksport syarikat kecil dan sederhana di Malaysia: satu pendekatan ekonometrik

    Get PDF
    Kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu aktiviti eksport terutama dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SKS) melalui penganjuran program promosi eksport (PPE) yang komprehensif. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati program promosi eksport di kebanyakan negara membangun mempunyai pelbagai kekangan sehingga gagal mencapai objektif penganjurannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan PPE terhadap aktiviti eksport dalam kalangan SKS di Malaysia. Model penilaian ini dibentuk berdasarkan teori tingkah laku terancang (Theory of Planned Behavior) menggunakan tiga instrumen iaitu kesedaran, persepsi keberkesanan dan kekerapan penggunaan; serta hubungannya terhadap kecenderungan meneruskan aktiviti eksport. Penilaian telah dibuat terhadap empat program: kursus/latihan, misi/pameran perdagangan antarabangsa, bantuan kewangan dan insentif cukai, dianalisa menggunakan kaedah ekonometrik regresi dua peringkat. Keputusan mendapati bahawa kesedaran dan persepsi keberkesanan telah meningkatkan kekerapan penggunaan semua PPE, tetapi hanya kekerapan penyertaan dalam program kursus/latihan dan misi/pameran perdagangan antarabangsa sahaja yang menggalakkan SKS meneruskan pengeksportan. Sebaliknya, bantuan kewangan dan insentif cukai tidak memberi kesan signifikan kepada pengeksport

    Religiosity, government favouritism, and entrepreneurial intention: empirical evidence among university students in Malaysia

    Get PDF
    Religion is no longer isolated from secular activities, including business. Many scholars hold thatreligious identity plays a vital role in a person’s decision whether or not to be an entrepreneur. However, government favouritism for a particular religion could hinder entrepreneurialism amongst believers of other religions. To provide empirical evidence of it, this study examines whether the level of religiosity affects the entrepreneurial intention of individuals, and whether government favouritism influences the entrepreneurial intention of individuals in ‘preferred versus non-preferred’ religions. We tested our hypotheses using Entrepreneurial Student Survey (ESS) 2018–2019 data from 316 university students in Malaysia, analysed through ordered logit regressions. From the analysis, we found that government favouritism towards Islam has no effect on the entrepreneurial intention of Muslim students, nor does it discourage non-Muslim students from becoming entrepreneurs. Instead, the results show that entrepreneurial intention is strongly influenced by students’ religiosity, regardless of the religion. In sum, this research suggests that the contemplation of entrepreneurship is determined by individual religiosity, not the institutional predisposition for religious groups. In terms of the policy implications, it is a strong signal for religious leaders to preach and promote entrepreneurship among their believers

    DETERMINANTS OF WOMEN LABOR FORCE PARTCIPATION IN STEM OCCUPATIONS

    Get PDF
    ABSTRACT  While traditionally men have made up a sizable majority of individuals employed in the fields of science, technology, engineering, and mathematics (STEM), the participation percentage of women in these fields is relatively low. The objective of this study is to analyse the type of working environment desired by women in order to encourage them to enter in and survive the STEM industry. The study conducted a number of systematic literature reviews on women and the STEM work environment. This review is guided by the PRISMA Statement review method (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyzes). A systematic literature review, conducted using the Scopus and Web of Science database, identified 17 relevant past studies. Further analysis of these articles resulted in two main themes being identified; namely psychosocial working environment and physical working environment. The two themes were further analysed into a total of 11 sub-themes. Several recommendations are highlighted for future qualitative studies to be conducted on the working environment, on encouraging working women to participate in the STEM industry and on women employees sustaining themselves in the industry. Keywords: working environment, women, joining, sustaining, STEM 

    Kos sara hidup tinggi di Malaysia : pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan atau taraf hidup yang meningkat?

    Get PDF
    Kajian ini melihat punca kepada peningkatan kos sara hidup dengan mengkaji dua faktor utama kepada kenaikan kos sara hidup, iaitu faktor pendapatan yang rendah serta peningkatan taraf hidup yang terlalu pantas. Dalam pendekatan pertama, analisis regresi siri masa telah dibuat dengan menggunakan data daripada Laporan Penyiasatan Pendapatan bagi membandingkan perubahan pendapatan berbanding pertumbuhan kadar inflasi dari tahun ke tahun. Sementara itu, analisis keanjalan perbelanjaan isirumah berdasarkan perubahan pendapatan isirumah telah digunakan dalam pendekatan kedua untuk mengkaji corak perubahan taraf hidup isi rumah. Bagi mendapatkan keanjalan perbelanjaanpendapatan, satu model regresi linear log-log beserta pembolehubah interaksi telah digunakan pada data tiga jenis perbelanjaan utama isirumah, iaitu makanan, pengangkutan dan perumahan. Keanjalan perbelanjaan-pendapatan isirumah juga telah diteliti mengikut strata pendapatan (B40, M40 dan T20) serta lokasi isirumah (bandar/luar bandar) untuk melihat perubahan keanjalan perbelanjaan-pendapatan terhadap pembolehubah tersebut. Hasil kajian ini mendapati pendapatan telah meningkat lebih pantas berbanding kadar inflasi dari tahun ke tahun. Selain itu, taraf kehidupan isirumah juga didapati meningkat dengan lebih pantas seperti yang dibuktikan melalui keanjalan perbelanjaan-pendapatan yang tinggi bagi sesetengah jenis barangan. Hal ini mencadangkan bahawa corak perbelanjaan dan gaya hidup menjadi punca yang dominan yang membawa kepada masalah kos sara hidup

    Pekerja terancam berdasarkan piawai minimum pemburuhan Malaysia

    Get PDF
    Globalisasi boleh menyebabkan pekerja kurang kemahiran dan tiada pendidikan, tidak hanya sukar mendapatkan pekerjaan stabil dengan pendapatan tinggi, tetapi juga tidak menerima hak dan perlindungan asas dalam pekerjaan. Apabila menyertai pasaran buruh, kebajikan mereka tidak terjamin dan berisiko menyebabkan mereka menjadi pekerja terancam (vulnerable). Bagi mengenalpasti pekerja ini dengan lebih bermakna, maka artikel ini merupakan usaha permulaan membentuk indikator pekerja terancam mengikut standard minimum pemburuhan Malaysia yang sedia ada

    Ketaksepadanan pekerjaan dan inflasi pendidikan

    Get PDF
    Pelaburan berlebihan dalam pendidikan tidak hanya menambahkan penganggur berpendidikan, tetapi boleh turut menghasilkan ketaksepadanan perkerjaan kesan daripada pekerja terpaksa menerima pekerjaan dengan keperluan kelayakan yang lebih rendah daripada kelayakan yang dimiliki. Fenomena ini boleh mencetuskan inflasi pendidikan apabila kadar pulangan bersih pendidikan menjadi negatif. Seramai 1,117 pekerja di Selatan Semenanjung Malaysia, iaitu meliputi negeri Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan telah diambil sebagai sampel soal selidik pada tahun 2011/2012 bagi menguji fenomena tersebut. Hasil soal selidik menunjukkan berlaku fenomena ketaksepadanan pekerjaan dalam pasaran buruh. Hasil penganggaran terhadap fenomena ini berasaskan ubahsuai model pendapatan Mincer (1974) menunjukkan bahawa kadar pulangan terhadap pendidikan merosot dan menjadi negatif dan boleh diterjemahkan sebagai potensi berlakunya inflasi pendidikan

    Kesan perlanjutan pendidikan ke atas perkembangan kerjaya

    Get PDF
    Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesan pendidikan tinggi lanjutan terhadap tempoh kenaikan pangkat seseorang pegawai kerajaan. Secara spesifiknya kertas ini cuba memeriksa purata tempoh kenaikan pangkat pegawai yang tamat program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) berbanding dengan pegawai yang tidak mengikuti program HLP. Kertas ini juga mengenalpasti fenomena ketidaksepadanan pendidikan lanjutan di kalangan pegawai yang mengikuti program ini. Kajian ini menggunakan data dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia merangkumi 586 orang Pegawai Tadbir & Diplomatik gred M54. Kajian ini menggunakan Model Mincer (1974) bagi menjawab objektif kajian. Didapati, mereka yang mengikuti program HLP mengalami purata tempoh kenaikan pangkat yang lebih cepat berbanding dengan pegawai yang tidak mengikuti program HLP. Namun, tiada perbezaan tempoh kenaikan pangkat yang ketara di antara pemegang ijazah Sarjana dan Kedoktoran di kalangan pegawai yang menyertai program HLP. Hasil analisis juga menunjukkan wujudnya fenomena ketidaksepanan pendidikan lanjutan dimana pegawai yang telah menamatkan program HLP telah melaksanakan bidang tugas yang tidak sesuai dengan bidang ijazah lanjutan yang diambil

    Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM : analisis NVIVO

    Get PDF
    Kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia terutama terhadap peluang pekerjaan. Walaupun ramai graduan dalam bidang STEM adalah wanita, penyertaan mereka dalam pasaran buruh bidang STEM masih rendah. Justeru, kajian ini dijalakan untuk mengenalpasti jenis persekitaran pekerjaan yang diperlukan oleh wanita agar mereka menceburi bidang STEM. Rentetan itu, kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif iaitu temubual mendalam terhadap responden wanita yang menyertai, kekal dan menerajui STEM. Menerusi analisis NVIVO terhadap transkripsi temubual, dua dapatan diperoleh iaitu wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM dipengaruhi oleh faktor persekitaran kerja psikososial, fizikal dan working condition. Manakala untuk menjadikan mereka menerajui bidang STEM, faktor persekitaran kerja psikososial dan working condition perlu dititikberatkan. Kajian ini mendapati bahawa pihak swasta atau kerajaan perlu memastikan bahawa wanita memperoleh persekitaran kerja yang baik dari segi psikososial, fizikal dan working condition bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang STEM

    Penyertaan wanita dalam bidang STEM : pengaruh persekitaran kerja

    Get PDF
    Penyertaan wanita yang rendah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara ketika ini. Hal ini terkesan akibat daripada ketiadaan atau ketidakcukupan persekitaran kerja yang ditawarkan oleh majikan yang dilihat telah menghambat wanita untuk bertahan dengan cabaran dalam STEM dan seterusnya mencipta kejayaan kerjaya dalam bidang STEM tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis persekitaran kerja yang diperlukan oleh wanita untuk mereka sertai dan kekal dalam STEM. Untuk itu, soalselidik telah diedarkan kepada wanita yang terdiri daripada tiga peringkat jawatan dalam STEM iaitu junior, pertengahan (senior) dan atasan (ketua) di sektor swasta dan kerajaan dalam Malaysia. Menerusi analisis deskriptif, dapatan kajian menunjukkan faktor kemudahan, hubungan baik dengan rakan sekerja, peluang yang sama dengan lelaki dalam membuat keputusan, peranan mentor dan role model, peranan ketua yang baik dan sokongan institusi, peluang untuk pembangunan kerjaya, penghargaan berbentuk kewangan dan bukan kewangan serta sokongan keluarga dilihat merupakan antara persekitaran kerja utama yang diperlukan untuk wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM. Rentetan itu, majikan di sektor awam mahupun swasta perlu mengambilkira kesemua elemen tersebut dalam membentuk persekitaran kerja inklusif dan lebih baik untuk menggalak dan meningkatkan lagi kadar penyertaan wanita dalam dalam bidang STEM
    corecore