5 research outputs found

    Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Perlawanan Bola Jaring

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak kadar denyutan jantung dan membuat perbandingan ke atas kadar denyutan jantung atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi semasa perlawanan serta mengukur peratusan kadar denyutan jantung maksimum ketika menjaringkan dan dijaringkan gol. Seramai tujuh orang pemain utama bola jaring peringkat universiti yang berumur 21 dan 22 tahun terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merangkumi dua fasa iaitu Ujian Makmal (Fasa 1) dan Perlawanan Simulasi (Fasa 2). Dalam Fasa 1, subjek berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap kepenatan maksimum manakala bagi Fasa 2 subjek bermain dalam perlawanan simulasi selama 30 minit (15 minit bagi setiap separuh masa) dengan masa rehat 3 minit di antara separuh masa pertama dan kedua. Dapatan kajian mendapati corak kadar denyutan jantung bagi setiap pemain adalah berbeza. Corak kadar denyutan bagi posisi WD adalah tinggi di sepanjang perlawanan berbanding dengan posisi yang lain. Didapati purata dan peratusan kadar denyutan jantung ketika menjaringkan gol ialah 170.0 ± 11.0 bpm dan 93.6% manakala ketika dijaringkan gol ialah 170.7 ± 9.3 bpm dan 94.0%. Analisis Ujian One Way ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kadar denyutan jantung ketika menjaring dan dijaringkan gol. Keputusan yang diperolehi mendapati kesemua subjek mencapai HRmax melebihi 80% semasa perlawanan simulasi. Ini menunjukkan bahawa perlawanan bola jaring adalah perlawanan yang berintensiti tinggi dan memerlukan pemain menghasilkan tenaga yang banyak di sepanjang perlawanan

    prasangka dan diskriminasi part 8

    Get PDF

    prasangka dan diskriminasi part 1

    Get PDF

    Perbandingan pola kadar denyutan jantung semasa perlawanan bola jaring

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan membandingkan pola kadar denyutan jantung dan peratusan kadar denyutan jantung maksimum atlet bola jaring mengikut posisi semasa satu sesi perlawanan. Seramai 7 orang pemain bola jaring Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat. Kajian ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Bagi Ujian Makmal (Fasa I) subjek berlari sehingga ke tahap kemampuan maksimum di atas treadmill (Bruce Protocol) manakala bagi Fasa II subjek bermain Perlawanan Simulasi. Perlawanan Simulasi dijalankan selama 15 minit untuk dua pusingan dengan sela masa rehat tiga minit di antara kedua-dua pusingan dan kadar denyutan jantung direkodkan setiap kali menjaringkan dan dijaringkan gol. Ujian “One Way ANOVA� digunakan bagi menganalisis perbandingan pola kadar denyutan jantung mengikut posisi pemain semasa perlawanan

    prasangka dan diskriminasi part 4

    Get PDF
    corecore