3 research outputs found

    Persepsi masyarakat parlimen Pekan terhadap gagasan 1Malaysia

    Get PDF
    Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang etnik, kaum dan agama. Perbezaan ini memerlukan kepada satu gagasan yang mampu mengeratkan hubungan sedia ada. Justeru, pihak kerajaan melancarkan gagasan 1Malaysia dengan matlamat meningkatkan tahap hubungan sedia ada. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan, mengetahui halangan dan cabaran dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia, mengenal pasti medium yang efektif dalam proses penyampaian gagasan 1Malaysia ke akar umbi dan menghasilkan model yang komprehensif untuk memajukan gagasan 1Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, kumpulan penyelidik telah menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dan N’Vivo 8.0. Dapatan kajian ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi manfaat kepada banyak pihak terutama pihak kerajaan dalam usaha memajukan gagasan 1Malaysia dan meningkatkan keharmonian hubungan antara kaum di negara ini

    Perlantikan hakim wanita : satu analisa ringkas

    Get PDF
    Qadhi atau hakim adalah mempunyai kedudukan yang sangat mulia mengikut kaca mata agama. Ini memandangkan ketinggian darjat daripada sudut ilmunya dan juga beban tanggungjawab sebagai orang yang memikul amanah secara langsung dalam mendaulatkan hukum demi memastikan keadilan untuk semua terlaksana. Oleh yang demikian, syariah meletakkan syarat-syarat yang begitu ketat untuk dipenuhi bagi menjawat jawatan ini. Berdasarkan amalan tradisi dalam sejarah Islam, jawatan ini didominasi oleh kaum lelaki. Akhir-akhir ini, memandangkan kehidupan umat manusia semakin kompleks dan berkembangnya isu-isu yang menyentuh secara langsung kepentingan wanita, maka perbahasan tentang kelayakan wanita menjawat jawatan hakim menjadi semakin penting dan perlu. Artikel ini akan mengupas beberapa pandangan dan hujah ulama' yang terdiri daripada para fuqaha' tradisional dan semasa dalam perbahasannya. Analisa ringkas ini mengambil kira pandangan-pandangan serta hujah-hujah ulama fekah yang menafikan kelayakan wanita menjadi hakim dan pandangan pandangan serta hujah-hujah ulama yang membenarkannya, dengan berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis dan Ijtihad para mujtahidin. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kedudukan dan peranan kaum wanita dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam bidang perundangan
    corecore