12 research outputs found

    Perspektif Islam dan sains verterinar terhadap pemandulan kucing

    Get PDF
    The welfare of pets, especially cats, has always been a hot issue in Malaysia. This issue resulted from various crimes and cruelty to pets. For that reason, the legal view on the castration of pets like cats is the main interest of this article. In this study, the discussion on the law's determination involved veterinary scientists so that the decision is in line with animals' nature. Cat sterilisation is a method often practiced by cat lovers. However, this practice has become a subject of debate among scholars, veterinary scientists, and the public. Thus, this study aimed to determine the law of cat sterilization from the Islamic and veterinary science perspectives on the methods and effects of this sterilization procedure. This study used qualitative methods, literature highlights, and content analysis. Results showed that the Four Madhabs scholars have agreed that the pet sterilisation, such as cats, is makruh (disapproved). The Maqasid al-Shariah's concept revealed that cat sterilization could provide various benefits to humans and pets

    Haid daripada perspektif sains dan maqasid syariah

    Get PDF
    Setiap kejadian semula jadi merupakan rahmat dan memberi kemaslahatan kepada manusia termasuklah pendarahan haid dalam kalangan wanita. Haid merupakan suatu proses yang unik dan terancang yang melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa haid, fasa folikel dan fasa luteal. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji dan menghubungkaitkan kebaikan haid daripada perspektif sains dan maqasid syariah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan literatur secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa perubahan hormon, warna darah dan faktor fiziokimia lain memberi kesan terhadap kenormalan kitaran haid. Darah haid juga dikenal pasti mempunyai agen antimikrob terutamanya terhadap bakteria E. coli dan bakteria Gram-negatif lain. Hal ini bertepatan dengan maqasid syariah memelihara jiwa kerana haid mampu juga memelihara kesihatan wanita. Selain itu, kajian lepas menemukan bahawa darah haid terdiri daripada sel stem yang boleh digunakan dalam aktiviti klinikal pada masa akan datang. Maqasid syariah melindungi keturunan juga dapat dilihat dengan kehadiran haid yang sering digunakan bagi menjangkakan waktu subur bagi merancang kehamilan. Hikmah Islam melarang mendekatkan diri (bersetubuh) dengan wanita yang sedang haid adalah satu rahmat yang besar, kerana wanita yang sedang haid biasanya mempunyai kelaziman gejala prahaid (PMS) yang melibatkan isu kesihatan. Oleh itu, haid daripada perspektif sains adalah bertepatan dengan maqasid syariah

    DETERMINATION OF VACCINATION RULE BASED ON NAJIS(IMPURITIES) NOTION ACCORDING TO ISLAM AND SCIENCE IN MALAYSIA

    Get PDF
    The spread of diseases prompted by dangerous viruses harms all walks of life, regardless of age or gender. The spread of these diseases is more likely to infect children, and it worsens the situation. The level of immunity of children is lower than that of adults due to their immature immune system and is still building resistance and immunity to disease attacks. In an attempt to overcome this problem, global doctors introduced vaccines to strengthen the human body’s immunity further to cope with various infectious diseases. Nevertheless, there is a group of anti-vaccines, particularly among Muslims who rejected vaccines because they are derived from najis (impurities). The allegation garnered attention from certain groups based on religious beliefs. Hence, this research’s objective was to study the fatwa determination of vaccine rule derived from najisaccording to Islamic perspective and analyse scientific views more clearly about vaccines. This study adopted a descriptive qualitative method of literature review and document analysis. The research outcomes revealed that, from an Islamic perspective, the use of najis-derived vaccines are required, and it is in line with Maqasid al- Syariah’s requirements. The use of vaccines is categorised in the emergency category, while the production of 100% halal vaccines in the future can be produced and used. The scientific perspective also establishes the need to use this vaccine to control infectious diseases and maintain universal human health

    Bioteknologi moden: aplikasi, status, isu etika dan perspektif penyelidik dan industri terhadap prinsip etika utama

    Get PDF
    Perkembangan bioteknologi moden di Malaysia menimbulkan pelbagai kontroversi. Terkini, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan telah meluluskan 29 jenis produk kejuruteraan genetik (GE) ke dalam pasaran Malaysia. Antara isu-isu etika dalam bioteknologi moden dan produknya ialah kesan jangka masa panjang, kesan terhadap kesihatan dan alam sekitar, kesan sosio-ekonomi dan isu ‘bertindak seolah-olah Tuhan’ Malaysia seharusnya bergerak seiring dengan negara-negara barat untuk mewujudkan garis panduan etika bioteknologi moden. Garis panduan etika memerlukan prinsip panduan. Objektif artikel ini ialah untuk membincangkan aplikasi, status, isu-isu etika bioteknologi moden dan perspektif penyelidik dan industri di Malaysia terhadap prinsip etika sekular utama iaitu autonomi, kebajikan, tidak memudaratkan dan keadilan. Penyelidikan ini dijalankan secara perbincangan kumpulan fokus (FGD) menggunakan instrumen semi berstruktur. Perbincangan yang diadakan mengambil masa sekitar 3 jam dan telah dirakam. Rakaman perbincangan telah ditranskrip secara ‘verbatim’ sebelum dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua panel amat bersetuju mengenai kepentingan dan kesesuaian keempat-empat prinsip etika untuk diguna pakai sebagai prinsip bagi garis panduan etika bioteknologi moden di Malaysia. Para panel telah mencadangkan penyusunan semula empat prinsip etika kepada tiga dan telah menambahbaik terma, menghasilkan prinsip autonomi dan kepentingan awam; kebajikan dan tidak memudaratkan; dan keadilan dan bukan diskriminasi. Panel juga telah menambahbaik huraian bagi definisi setiap prinsip yang ada

    Najis (tinja) manusia daripada perspektif Sains dan Islam serta amalan pemakanan sunnah

    Get PDF
    Islam merupakan satu agama yang menitikberatkan kesihatan manusia termasuklah sistem pencernaan manusia. Najis (tinja) manusia yang dibincangkan dalam kajian ini merupakan hasil buangan manusia yang menjadi salah satu kaedah untuk melihat sudut kesihatan manusia. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji fizikokimia dan ciri-ciri najis serta kegunaannya daripada perspektif sains dan sudut pandangan Islam terutamanya mengenai diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan literatur secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa sistem pencernaan merupakan satu sistem yang rumit. Tinja terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal serta ciri-ciri tinja seperti bentuk, warna dan bau memberi kesan kepada kesihatan manusia. Daripada sudut Islam warna, bau dan rasa tinja merupakan perkara asas yang dititikberatkan semasa proses pembersihan najis terutamanya bagi memulakan sesuatu ibadah. Selain itu, diet, senaman, umur dan jantina merupakan faktor-faktor yang membezakan jenis tinja bagi setiap individu. Malah, kajian ini juga merungkai beberapa alternatif yang kini diguna pakai bagi mengurus najis-najis manusia dalam menjamin kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar. Kajian ini kemudiannya mengupas diet makanan-makanan sunnah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis yang terbukti kaya dengan serat dan sihat untuk manusia terutamanya bagi sistem pencernaan manusia. Oleh itu, najis (tinja) manusia daripada sudut sains mampu menggambarkan kesihatan seseorang dan amalan diet makanan-makanan sunnah sangat baik dalam memelihara sistem pencernaan manusia

    Islamic ethical principles to protect environment affected by modern biotechnology

    Get PDF
    The Malaysian government strongly promotes research and development in modern biotechnology since it has the potential to bring economic benefits to the nation. Modern biotechnology has been associated with several ethical issues related to the environment. This leads to the need for having appropriate laws and guidelines for governance purposes. There is a legal vacuum in the existing Biosafety Act 2007. This Act focuses on scientific risk assessment concerning modern biotechnology and does not contain any provision in terms of the social and ethical aspects of modern biotechnology. The objective of this article is to identify and select the core ethical principles that are both acceptable, and capable of protecting the environment. By using a qualitative approach, a series of focus group discussions (FGD) were conducted consisting of four groups of stakeholders in biotechnology. The discussions were recorded, transcribed and analyzed thematically. The research findings show that the stakeholders strongly agree on the importance of three ethical principles for protecting the environment. They fully support the adoption of these ethical principles as the guiding principles for developing Malaysian Ethical Guidelines for Modern Biotechnology in the future. This research links Islamic and Western-based ethical principles in relation to the environment and its protection

    Noble values principle and indicators as ethical guiding principles for modern biotechnology in Malaysia

    No full text
    Malaysia enacted the Biosafety Act 2007 and its regulations, the Biosafety (Approval and Notifications) Regulations 2010 to ensure the biosafety of modern biotechnology in Malaysia. However, the current Act and regulations do not fully consider the ethical issues arising in modern biotechnology. Besides the four well-established principles proposed by the well-known bioethicists, Beauchamp and Childress, there are other important principles which should be taken into account. In Islam, every human is a trustee (Khalifs), whose role is to take responsibility for the protection of God’s creation and execute good values for a great civilization. The objectives of this study are to review the principle of the noble values of modern biotechnology, and develop practical indicators for this principle. The study was conducted using a descriptive literature review and Focus Group Discussions (FGD) among stakeholders. It was found that the noble values principle consists of four sub-principles, which are: 1) integrity; 2) accountability; 3) transparency and; 4) objectivity and disinterestedness.The indicators for this principle referred to two suggestions from the stakeholders, which were 1) each of the sub-principles should have its indicators, or 2) to use one line of a self-declaration from modern biotechnology practitioners as the indicator to ensure the noble values principles have been incorporated

    Indikator bagi prinsip etika sensitiviti agama, budaya dan maruah dalam bioteknologi moden

    Get PDF
    Kerisauan terhadap kerapuhan perpaduan di Malaysia turut memberi kesan kepada perkembangan bioteknologi moden. Dalam menangani isu ini, pembangunan prinsip sensitiviti agama, budaya dan maruah dipercayai mampu menjadi langkah yang proaktif dalam menangani salah faham berkaitan agama, budaya dan maruah dalam bioteknologi moden. Walau bagaimanapun, prinsip etika lazimnya bersifat deskriptif dan sukar untuk ditafsir. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti indikator-indikator yang sesuai bagi prinsip sensitiviti agama, budaya dan maruah dalam bioteknolgi moden dari perspektif pihak berkepentingan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) secara sampel bertujuan dalam kalangan pihak berkepentingan dari bidang bioteknologi di sekitar Lembah Klang. Rakaman perbincangan telah ditranskripsi secara ‘verbatim’ sebelum dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua panel amat bersetuju mengenai kepentingan prinsip ini dan kesesuaiannya dalam bioteknologi moden untuk diguna pakai di Malaysia. Semua panel pakar juga telah bersetuju untuk mencadangkan dua indikator utama kepada prinsip ini dimana pengamal bioteknologi moden mestilah menyediakan; 1) Status Halal produk bioteknologi moden yang ingin dipasarkan kepada pengguna Islam dan; 2) Surat perakuan bahawa kajian dan pengeluaran produk bioteknologi moden dijalankan dengan menjaga sensitiviti agama, budaya dan maruah di Malaysia. Kedua-dua indikator bagi prinsip etika sensitiviti agama, budaya dan maruah dipersetujui penting bagi pengawal atur, penyelidik dan pengeluar dalam bidang bioteknologi moden untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan beretika

    Plasma darah dalam makanan daripada perspektif Islam dan Sains

    Get PDF
    Makanan dan minuman yang halal dan baik merupakan tuntutan dalam Islam. Pada zaman serba moden ini, timbul kebimbangan terhadap status halal plasma darah yang digunakan secara meluas terutamanya dalam industri makanan. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji kegunaan, kebaikan dan keburukan plasma darah serta pandangan ulama mengenai isu ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan kepustakaan secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa plasma darah mempunyai kemampuan melarut dan pengemulsi yang tinggi, kelikatan yang rendah serta kemampuan untuk membentuk gel yang kuat. Selain itu, plasma darah boleh menambah baik tekstur dan menjadi pengikat dalam penghasilan produk makanan moden. Ia juga merupakan alternatif protein yang murah bagi pengganti lemak dalam penghasilan produk daging rendah lemak. Walau bagaimanapun, kajian mendapati plasma darah mengandungi pelbagai mikroorganisma dan hasilan metabolisme yang berkemungkinan merbahaya akibat daripada toksin dan protein darah. Kini, terdapat pelbagai kaedah pengesanan yang boleh dijalankan untuk mengesan plasma darah dalam makanan bagi menentukan status halal. Terdapat dua pandangan berkenaan hukum penggunaan plasma darah, pandangan pertama bersependapat, penggunaan plasma darah dalam produk makanan adalah harus jika telah berlaku proses istihalah yang sempurna. Manakala pandangan kedua, mengharamkan plasma darah kerana ia adalah proses tidak sempurna (istihalah fasidah). Oleh itu, penentuan hukum terhadap istihalah dalam penghasilan plasma darah mestilah menepati kehendak syariat Islam di samping memastikan hukum berkaitan isu ini tidak ketinggalan zaman

    Species-Specific Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identification of Bovine in Cultured Meat Serum for <i>halal</i> Status

    No full text
    Meat culturing technology goes beyond laboratory research and materialises in the market. Nonetheless, this technology has raised concerns among Muslim consumers worldwide due to its medium, especially foetal bovine serum (FBS), which originates from blood. Thus, the aim of this research was to determine the halal status of cultured meat by detecting species-specific DNA of bovine serum as one of the media used during meat production. Polymerase chain reaction (PCR) analysis was conducted by targeting mitochondrial cytochrome oxidase II (COII) gene sequences, producing a 165 bp amplicon. The sequences of the primers used were Bovine-F, 5′-CAT CAT AGC AAT TGC CAT AGT CC-3′ and Bovine-R, 5′-GTA CTA GTA GTA TTA GAG CTA GAA TTA G-3′. DNA extraction was conducted using a QIAGEN Blood and Tissue™ commercial kit. The presence study also included a literature review on the Istihalah (transformation) concept in order to determine the halal status of cultured meat. The results revealed that bovine DNA was detected in all samples tested using PCR analysis. Therefore, Istihalah tammah (perfect transformation) does not occur due to the ability of PCR analysis to detect bovine DNA in FBS and is prohibited according to Shariah law
    corecore