1 research outputs found

    Kosa kata arkaik dari uyu’ naso anak di Long Pasia: Satu kajian keterancaman bahasa Lundayeh

    Get PDF
    Uyu’ atau lagu mendodoi anak merupakan salah satu jenis tradisi lisan rakyat bagi masyarakat etnik Lundayeh. Isi kandungan uyu’ penuh dengan unsur nasihat, lambang sosiobudaya, nilai kepahlawanan dan falsafah. Namun, uyu’ mula dilupakan khasnya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menghidupkan semula tradisi lisan dengan membuat penelitian kepada kandunganya. Untuk kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak di Long Pasia. Pengkaji telah menggunakan pendekatan dengan kajian kualitatif melalui kaedah kajian lapangan dan temu bual bagi menghasilkan dokumentasi kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak melalui kajian kepada tiga generasi (datuk nenek, ibu bapa dan kanak-kanak). Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan skala keterancaman bahasa UNESCO (2009), edisi yang menetapkan tahap bahaya sedikit berbeza daripada edisi sebelumnya. Terminologi baharu ini adalah berdasarkan rangka kerja Vitality dan Endangerment Bahasa UNESCO yang menetapkan enam darjah daya hidup atau bahaya berdasarkan sembilan faktor. Dapatan kajian mendapati bahawa generasi kanak-kanak kehilangan kosa kata paling tinggi, apabila menyatakan 10 daripada 27 kosa kata kerja adalah arkaik. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sudah tidak menuturkan bahasa warisan di rumah. Seharusnya, uyu’ etnik Lundayeh mesti dipergiatkan kerana mengandungi pelbagai unsur bahasa, selain melambangkan sosiobudaya, falsafah dan nilai masyarakat. Langkah mengaplikasikannya adalah salah satu usaha untuk memperkasa dan melestarikan kosa kata bahasa yang hampir pupus agar terus diwarisi generasi ke generasi
    corecore