1 research outputs found
Faktor permintaan terhadap minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia
Industri minyak sawit pada abad ke-21 masih menjadi pilihan pengguna dan kekal relevan
walaupun pelbagai jenis produk sayuran lain seperti minyak kacang soya telah mendominasi
pilihan pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tentang sejauhmana faktor
yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia
berdasarkan perspektif teori tingkah laku pengguna. Sejumlah 381 orang pengguna terlibat
dan menjawab soal selidik dalam kajian ini menggunakan ‘Google Form’ secara atas talian.
Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan jadual bersilang
menggunakan Statistical Package SPSS 26.0. Faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi
permintaan minyak sawit termasuklah mutu dan kualiti, jenama, mesra alam, berkhasiat,
botol yang menarik, pembungkusan yang baik, tradisi keluarga, kepelbagaian penggunaan,
harga murah dan berpatutan. Dapatan menunjukkan demografi pengguna yang majoritinya
pengguna perempuan yang berusia 18 hingga 30 tahun yang berasal dari Malaysia
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua faktor terutamanya faktor harga yang
murah dan berpatutan. Konklusinya, kajian ini dapat memperlihatkan corak penggunaan
serta faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di
Malaysia. Implikasi dapatan ini dibincangkan dalam kerangka perspektif kajian tingkah laku
pengguna yang dapat menjelaskan pelbagai faktor seperti harga, mesra alam, jenama dan
sebagainya mampu mempengaruhi tingkahlaku pembelian pengguna terhadap minyak sawit