2 research outputs found

    Tekad Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan Kelompok Pertama Universiti Malaysia Kelantan

    Get PDF
    Tekad terhadap keusahawanan atau tekad bekerja sendiri merupakan peramal kepada tingkahlaku keusahawanan di masa hadapan. Selaras dengan visi dan misi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai sebuah universiti keusahawanan, graduan UMK seharusnya mempunyai tekad untuk menjadi usahawan, namun data-data yang relevan terhadap perkara tersebut masih kurang. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan instrument yang dibina berdasarkan model McStay yang menggabungkan di antara tiga teori yang berkaitan tekad keusahawanan iaitu Teori Tingkah Laku Terancang Ajzen, Teori Peristiwa Keusahawanan Shapero dan Teori Kognitif Sosial Bandura. Responden kajian adalah daripada 159 graduan UMK yang merupakan kelompok pertama bergraduat pada tahun 2011. Ini bagi memastikan bahwa responden mempunyai sela masa yang berpadananan di antara fasa mahasiswa dan fasa bekerja. Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik yang diemelkan kepada responden. Data dianalisis dengan dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferens dengan menggunakan regresi berganda dan ujian-t. Kajian ini menguji empat hipotesis dengan menggunakan dua pembolehubah bebas iaitu kebolehinginan bekerja sendiri, efikasi kendiri keusahawanan dan satu pembolehubah bersandar iaitu tekad untuk bekerja sendiri. Hasil analisis menunjukkan tiga hipotesis pertama yang berkaitan dengan tahap tekad keusahawanan graduan UMK diterima dan hipotesis keempat yang berkaitan perbezaan tahap tekad di antara graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dan graduan daripada bukan FKP ditolak. Hasil ujian yang melibatkan graduan UMK di atas mengukuhkan dapatan sebelum ini yang menyatakan bahawa suasana keusahawanan mana-mana institusi boleh memupuk tekad keusahawanan di kalangan responden tanpa mengira fakulti
    corecore