1 research outputs found

    Kesahan dan kebolehpercayaan ujian kemahiran proses sains untuk murid sekolah rendah berdasarkan model pengukuran Rasch

    Get PDF
    Kemahiran proses sains merangkumi kemahiran-kemahiran yang dilakukan saintis semasa mereka mengkaji dan menyiasat. Dalam tugasan di bilik sains, murid boleh mengaplikasi kemahiran berkenaan untuk menyerupai langkah-langkah prosedur yang sistematik sebagaimana saintis uruskan. Bagi mengkaji tahap kemahiran proses sains, sebuah instrumen berskala Likert lima mata yang mengandungi 68 item dibina. Kajian menggunakan instrumen ini dijalankan secara kuantitatif berdasarkan reka bentuk tinjauan. Tujuan kajian ialah untuk menentukan sejauh mana kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini dapat memenuhi ciri psikometrik sesebuah penyelidikan. Analisis item membolehkan item yang sah, adil dan berkualiti terpilih manakala item sebaliknya ditambah baik atau dibuang. Kesahan item dalam kajian ini dikaji dalam aspek keserasian item, polariti item, kebebasan setempat dan analisis unidimensi menggunakan analisis model pengukuran Rasch. Kebolehpercayaan yang terlibat dalam kajian ini turut dianalisis berdasarkan model pengukuran Rasch daripada aspek indeks pengasingan serta indeks kebolehpercayaan item dan individu. Data dikaji menggunakan perisian Statistik IBM SPSS dan WInSTePS. Pembinaan instrumen ini menyumbang kepada pertambahan kepelbagaian bentuk ujian terutama jenis pentaksiran masa kini yang mula cenderung ke arah bentuk penilaian kendiri. Instrumen-instrumen sebelum ini lebih mengkaji kepada aspek pengetahuan namun instrumen ini menumpukan kepada aspek pengetahuan dan kebolehan. Implikasi dapatan kajian ini memberi kelebihan kepada guru sains menilai tahap kemahiran proses sains murid berkaitan
    corecore