1 research outputs found
Media Sosial dan Wanita Menurut Islam
Media massa merupakan satu inovasi yang diciptakan bagi menghubungkan perhubungan. Di samping itu, ia juga membolehkan interaksi sosial dan komunikasi dilakukan dengan mudah. Menurut Wikipedia, media sosial dapat diterjemahkan sebagai rangkaian perhubungan atas talian yang membenarkan semua penggunanya dapat mengakses mana mana medium rangkaian sosial dengan mudah seperti berkongsi gambar dan aktiviti harian, bertukar-tukar pendapat menerusi penggunaan blog, wiki, forum dan dunia virtual tanpa batasan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mempelajari kesan media sosial terhadap wanita. Walaubagaimanapun, terdapat tiga media sosial utama yamg memberikan kesan besar dalam masyarakat, iaitu Facebook, Twitter dan Instagram. Dalam hal ini, wanita pula dikatakan menjadi golongan yang paling terkesan. Wanita merupakan salah satu makhluk dari golongan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi pasangan kepada kaum lelaki. Dalam Pada itu Nabi Muhammad SAW juga ada berpesan atas dasar peringatan untuk umatnya agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan segala bentuk fitnah yang wujud di atas muka bumi sebagai panduan untuk hidup di dunia. Kewujudan peralatan canggih dan media sosial banyak memberi impak dalam proses ketamadunan manusia terutamanya kaum wanita pada hari ini. Wanita juga dikatakan, secara purata, mengekspresikan emosi lebih kerap daripada lelaki. Ekspresi wanita yang meningkat dalam ekspresi emosi adalah konsisten merentasi budaya. Dengan itu, penggunaan media sosial yang berlebihan juga akan meninggalkan kesan negatif yang mendalam lebih-lebih lagi terhadap emosi golongan wanita