1 research outputs found

    Penghasilan antibodi PPSP 1 dan PPSP 2 terhadap mononukles darah periferi manusia dengan teknik hibridoma

    Get PDF
    Dalam kajian ini, teknik hibridoma telah dilakukan untuk menghasilkan antibodi monoklon (mAb) mencit terhadap sel mononukleus darah periferi manusia (SMDP). Selepas hibridisasi sel limpa mencit yang diimunisasi dengan sel mieloma dilakukan sel hibridoma yang diperolehi didapati stabil dan mengeluarkan antibodi (Ab) yang berterusan. Dua hibridoma telah berjaya dihasilkan daripada pengklonan satu kultur awal berdasarkan analisis biot imunodot. Kedua-dua hibridoma ini menghasilkan Ab yang masing-masingnya dikenali sebagai PPSPl dan PPSP2. Analisis selanjutnya melalui flow sitometri menunjukkan bahawa kedua-dua hibridroma ini menghasilkan Ab yang bertindak balas dengan antigen permukaan SMDP. Walau bagaimanapun, intensiti pewarnaan PPSP1 lebih tinggi daripada PPSP2. Lebih daripada 98% SMDP dilabel positif dengan PPSP1 dan PPSP2 iaitu setanding dengan keputusan apabila menggunakan mAb kontrol positif komersial, CD45. Penyelidikan seterusnya untuk menentukan PPSP1 dan PPSP2 adalah antibodi monoklon sedang dalam perancangan
    corecore