10 research outputs found
Imej anthropomorphic dalam gua kain hitam (painted cave) Sarawak
Artikel ini membincangkan imej figuratif yang terdapat di dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak. Beberapa imej figuratif ini dihasilkan dengan gaya dan bentuk yang dinamik. Namun, posisi rupa imej yang amat dominan adalah kedudukan tangan dan kaki terbuka. Imej ini membawa mesej tertentu dan mempunyai hubung kait dengan cara hidup dan kepercayaan masyarakat prasejarah pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini menjelaskan reka bentuk dan menganalisis makna yang terkandung dalam imej. Penulis menggunakan Teori Ikonografi dalam usaha menganalisis imej prasejarah ini
Women artists of the late 19th century: continuity and change at the sunset of imperial China
Increasing attention to the history of Chinese women artists gives further impetus to re-evaluation of their artistic contribution. Here I focus on developments in women’s art in the later part of the 19th century, entering into an interrogation of the assumption that the century had witnessed its decline in tandem with the decline of the Imperial China itself. A focus of the article is the 2017 Zhejiang exhibition, which has served to further intensify the imperative for research. Adopting a perspective based on gender and class, this paper examines the work of the female Chinese artists of the late 19th century both in the traditional Jiangnan area, which had been the epicentre of culture and economy, and in the newly developing trade areas, most notably Shanghai. There a vibrant art market emerged, bringing significant opportunities for women artists from broader social strata. This dynamic is illustrated by the particular example of Ren Xia. In these circumstances significant changes took place in the context of the presence of continuity in women’s aesthetic production, while a traditional male discourse remained hegemonic
Women artists of the late 19th century: continuity and change at the sunset of imperial China
Increasing attention to the history of Chinese women artists gives further impetus to re-evaluation of their artistic contribution. Here I focus on developments in women’s art in the later part of the 19th century, entering into an interrogation of the assumption that the century had witnessed its decline in tandem with the decline of the Imperial China itself. A focus of the article is the 2017 Zhejiang exhibition, which has served to further intensify the imperative for research. Adopting a perspective based on gender and class, this paper examines the work of the female Chinese artists of the late 19th century both in the traditional Jiangnan area, which had been the epicentre of culture and economy, and in the newly developing trade areas, most notably Shanghai. There a vibrant art market emerged, bringing significant opportunities for women artists from broader social strata. This dynamic is illustrated by the particular example of Ren Xia. In these circumstances significant changes took place in the context of the presence of continuity in women’s aesthetic production, while a traditional male discourse remained hegemonic
Boat-shaped coffin dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak
Artikel ini membincangkan artifak boat-shaped coffin atau keranda berbentuk perahu yang terdapat di dalam Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak. Artifak berbentuk perahu ini dipercayai digunakan sebagai keranda pada suatu ketika dahulu. Keranda ini dipercayai dihasilkan oleh masyarakat neolitik yang menghuni sekitar Gua Kain Hitam pada ketika itu. Upacara kematian yang diamalkan ini bersifat primary burial. Mayat disimpan di dalam keranda perahu sehingga reput sepenuhnya. Kemudian, baki tulang tersebut ditanam di tapak pengebumian lain yang terletak di Gua Kain Hitam II. Penyelidikan ini menekankan kaedah pemerhatian secara langsung di lapangan. Subjek penyelidikan difoto dan direkodkan secara terperinci melalui fotografi dan buku lakaran. Hasil penyelidikan ini menjelaskan reka bentuk dan fungsi serta kegunaan boat-shaped coffin pada suatu ketika dahulu. Hasil analisis kandungan terhadap hubung kait keranda dan lukisan gua prasejarah yang ditemui menunjukkan ruangan Gua Kain Hitam berfungsi sebagai death chamber. Justeru, penyelidikan ini dapat mendokumentasi dan memelihara artifak secara kolektif untuk tatapan masyarakat akan datang
Ekspresi Philip Ricardo Biji terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’
Kajian ini menjalankan analisis terhadap karya arca Philip Ricardo Biji berjudul ‘Tanpa Tajuk’ untuk menyingkap ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Data-data pemerhatian terhadap bentuk dan makna arca dianalisis melalui gabungan teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psikoanalisis oleh Sigmund Freud. Teori ikonografi terbahagi kepada tiga tahap. Kajian ini mendapati bahawa arca Philip Ricardo Biji mempunyai ekspresi yang menyerap ke dalam perasaan masyarakat di Sabah. Representasi bentuk semula jadi yang dipaparkan adalah imej manusia, sungai dan tahi lalat. Imej-imej tersebut menggambarkan motif pada anyaman dan tatu etnik Murut di Sabah. Motif-motif yang dipaparkan merujuk makna tentang budaya masyarakat Murut yang sedang bermesyuarat, acara minum tapai, aktiviti di sungai dan kepercayaan tentang keselamatan dari serangan buaya. Dari segi kritikan psikoanalisis pula, penghasilan arca seramik lebih menekankan kepada makna tersirat yang menggambarkan pengalamannya sebagai pelukis, pendidik dan ahli kraf serta aktiviti sosialnya bersama masyarakat etnik Murut. Arca ‘Tanpa Tajuk’ oleh Philip Ricardo Biji memaparkan ekspresi dari segi pemikiran, perlakuan dan perasaannya terhadap masyarakat Murut di Sabah
Shelter House Play Therapy for a Child With Autism
The aim of this present study is to identify the effectiveness of Shelter House Play Therapy towards the social responsiveness and social communication of children with autism in Brunei Darussalam. Instruments including Social Responsiveness Scale (SRS) and Social Communication Questionnaires (SCQ) were used to collect data from 27 respondents; 12 respondents were the experimental group and 15 respondents were the control group. It also incorporates the perception of parents and teachers towards the behaviour of their autistic children and students. Split-Plot ANOVA (SPANOVA) and Independent Sample T-test analyses were used to evaluate the treatment effectiveness of Shelter House Play Therapy towards the social responsiveness and social communication in autistic children. It was found that Shelter House Play Therapy has an impact towards the social responsiveness and social communication in children with autism, and there is a significant difference of social responsiveness and social communication between the experimental group and control group in terms of pre and post-test. These findings indicate the overall effectiveness of Shelter House Play
Factors that contribute to the work-family conflict in Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Work–family conflict is a type of inter-role conflict that occurs as a result of incompatible role pressures from the work and family domains. Work role characteristics that are associated with work demands refer to pressure arising from excessive workload and time pressures. The purpose of this research is to identify the factors that contribute to the work-family conflict. There are three factors that researchers focus which are role overload, management support and also gender role orientation. The results of the study implied that work-family conflict as an important concern for individuals and organizations because of its negative consequences leading to reduced job performance as well as family satisfaction and hence reduced life satisfactio
Pengaruh ekspresi Mohd Shaari bin Salleh terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘the protector'
Arca sebagai alat untuk meluahkan perasaan pengarca kepada masyarakat. Arca adalah karya seni berbentuk tiga dimensi diolah dari pelbagai bahan dan teknik mengandungi mesej tersurat serta tersirat yang ingin disampaikan oleh pengarca kepada masyarakat. Kajian ini akan membuktikan pengaruh perasaan pengarca kepada masyarakat disalurkan melalui arca. Kajian ini mengunakan teori ikonografi yang direka oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psikoanalisis yang direka oleh Sigmund Freud bagi mengeluarkan ikon dan perasaan pengarca pada bentuk dan makna arca “Protector” yang dihasilkan oleh Mohd. Shaari bin Salleh. Kajian teori ikonografi mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat asas yang mengkaji bentuk luaran arca yang diolah dari pelbagai jenis garisan bagi menimbulkan jalinan sentuh dan bentuk organik. Kajian peringkat kedua adalah peringkat sekunder yang mengkaji komposisi asas seni reka iaitu garisan, jalinan, dan bentuk bergabung mewujudkan ikon figura manusia. Akhir sekali, peringkat interinsik iaitu kajian makna dalaman arca yang mengandungi kajian peringkat pertama dan kedua membentuk satu ikon yang membawa cerita tentang pahlawan dari etnik Iban di Sabah. Kajian kritikan psikoanalisis bagi mengesan pemikiran, perlakuan, dan perasaan pengarca menghasilkan arca. Pengarca menyelami perasaan seorang pahlawan yang mempunyai pelbagai emosi bagi mempertahankan budayanya. Kajian ikonografi dan kritikan psikoanalisis terhadap arca “Protector” yang dihasilkan oleh Mohd. Shaari bin Salleh telah mengesan pengaruh ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Arca menjadi alat untuk meluahkan perasaan yang dialami oleh pengarca lalu disampaikan kepada masyarakat
Tinjauan awal terhadap lukisan Gua Kain Hitam (The Painted Cave) Niah, Sarawak
Penulisan ini adalah penyelidikan rintis yang telah dilakukan dalam usaha mengenal pasti tapak kajian yang bersesuaian. Secara keseluruhannya, penulisan ini membincangkan hasil dapatan awal penulis tentang lukisan purba setelah mengunjungi Gua Kain Hitam (The Painted Cave) Niah, Sarawak. Objektif utama penulis adalah untuk mengenal pasti imej dan motif yang telah dihasilkan pada panel dinding gua tersebut. Seterusnya, penulis juga membuat analisis ringkas terhadap beberapa imej yang telah dikenal pasti. Tapak ini dipilih kerana penulis melihat kepentingan yang ketara dalam memelihara imej yang semakin pudar. Perkara ini dilihat serius kerana lukisan gua tersebut adalah khazanah warisan negara yang patut dipelihara. Lukisan purba tersebut adalah bukti kepada pembangunan pemikiran masyarakat purba sebelum zaman moden ini. Pada akhir peringkat penyelidikan ini, penulis menghasilkan semula imej dalam bentuk digital sebagai koleksi untuk simpanan pada masa akan datang. Usaha ini adalah penting dalam mengekalkan warisan seni khususnya seni visual kerana ia adalah pemangkin kepada perkembangan bidang seni visual di Malaysia