51 research outputs found

    Resistance in rice to multiplication of the two tungro viruses + (Kerintangan pokok padi terhadap penggandaan dua virus penyakit merah)

    No full text
    Abstrak Penggandaan virus basiliform penyakit merah padi (RTBV) dan virus sfera penyakit merah padi (RTSV) dalam 14 varieti padi telah dikaji. Sap daripada setiap pokok telah dinilai untuk kehadiran virus melalui kaedah cerakinan imunopengerap rangkaian enzim (ELISA) pada 21 hari selepas semaian diinokulat. Nilai purata keserapan bagi RTBV yang menggambarkan kepekatan kandungannya berbeza antara varieti. Nilai yang besar pada TN1, IR42, MR 106 dan MR 81 menunjukkan kerentanan varieti ini terhadap penggandaan RTBV. Nilai keserapan adalah sederhana pada Latisail, Basmati 370, MR 84, Habiganj DW8 serta Y1036 dan kecil pada Utri Merah, Utri Rajapan dan Balimau Putih. Apabila contoh sap Utri Merah dan Balimau Putih dinilai pada minggu yang berlainan selepas penginokulatan, nilai keserapan ELISA mereka yang kecil dan tekal menunjukkan rendahnya tahap penggandaan RTBV dalam varieti yang berkenaan. Pokok-pokok Basmati 370, Habiganj DW8, Kataribhog, MR 81, Pankhari 203, Utri Merah, Utri Rajapan dan Y1036 yang diinokulat memberikan nilai purata keserapan terhadap RTSV yang amat kecil, tidak dijangkiti secara kualitatifnya, dan tidak berfungsi sebagai sumber inokulum. Ini menunjukkan kerintangan mereka terhadap jangkitan RTSV. Balimau Putih yang mempunyai kadar penggandaan RTBV dan RTSV yang sederhana rendah boleh berfungsi sebagai sumber inokulum PMV yang sederhana cekap. Abstrac
    • 

    corecore