84 research outputs found

    Pembangunan E-Kamus Bagi Javascript Berdasarkan Rekabentuk Teori Beban Kognitif

    Get PDF
    Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di arena global berkembang dengan pesat pada masa kini begitu juga di negara kita Malaysia. Dengan kadar penggunaan Internet yang semakin meningkat, maka penghasilan e-Kamus ini bersesuaian terutama kepada pelajar yang mencari makna dan penggunaan sesuatu istilah berkenaan JavaScript. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan pelajar dan memerlukan masa yang panjang. Kini ramai pelajar lebih berminat untuk memilih Internet sebagai rujukan utama. Justeru itu, pembangun mengambil inisiatif membangunkan laman web e-Kamus ini yang melibatkan istilah-istilah dalam JavaScript dan penerangannya menggunakan Bahasa Melayu. Proses penghasilan e-Kamus ini adalah berdasarkan rekabentuk Teori Beban Kognitif iaitu menekankan teks yang minimum, maklumat yang tidak berulang serta paparan arahan hendaklah mengikut konteks di mana arahan atau ikon berada. Model pembangunan laman web ini adalah mengikut model lima fasa Air Terjun manakala perisian Macromedia Dreamweaver 8 berfungsi sebagai perisian platformnya. Diharapkan e-Kamus ini dapat membantu dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap istilah JavaScript dan mudah diakses pada bila-bila masa selain mengurangkan beban kognitif pelajar semasa melayari laman web e-Kamus ini. Katakunci: teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-Kamu

    Pembangunan Lamanweb Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi

    Get PDF
    Dalam sistem pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer, kaedah pembelajaran secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran secara kuliah. Suatu kelainan dalam proses pendidikan yang mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat pelajar. Oleh itu, laman web ini dibangunkan berdasarkan strategi pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar akan cuba dibawa kepada situasi sebenar pembelajaran tersebut. Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ telah dipilih sebagai isi pelajaran dengan memberi tumpuan kepada topik Struktur Pilihan dan Gelungan. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan Peck yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa Pelaksanaan dan Pembangunan digunakan sebagai panduan dalam membangunkan laman web ini. Laman web ini juga dibangunkan dengan menggunakan Micromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Diharap dengan pembangunan laman web ini akan membantu pelajar menguasai subjek tersebut dan dapat membentuk pelajar dalam menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran mereka

    Aktiviti pembelajaran aktif menerusi pengintegrasian program Zoom-A bagi pembelajaran sains

    Get PDF
    Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu dalam melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan mampu berdikari. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Pada tahun 2003, satu dasar baru pendidikan diperkenalkan iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan dasar baru ini diperkenalkan adalah untuk memperkukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia. Namun, pada tahun 2009 dasar PPSMI mulai dimansuhkan secara berperingkat dan sepenuhnya pada 2012. Melalui PPSMI, sesi pengajaran dan pembelajaran Sains lebih banyak menggunakan komputer bagi menyampaikan isi pengajaran

    Kerangka konsep pembelajaran teradun dalam persekitaran visual-autentik bagi menyokong kemahiran insaniah pelajar

    Get PDF
    Pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknologi menjadikan pelajar bersikap lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Konsep pembelajaran bertumpukan kepada pelajar menerusi penerapan elemen teknologi dijangka melahirkan graduan yang lebih bertanggungjawab, mempunyai keupayaan berkomunikasi dalam kalangan pelajar, menyokong pembelajaran berterusan, memupuk diri pelajar dalam menyelesaikan sesebuah masalah pembelajaran dengan lebih terbuka dan kritikal, berdikari, membentuk sikap proaktif, mendidik nilai beretika dan berintegriti serta menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi dalam proses pembelajaran (Rafiza, 2013). Hal ini secara tidak langsung mampu membantu membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sebagaimana yang diperlukan semasa alam kerjaya mereka nanti

    Pembentukan kemahiran insaniah pelajar menerusi pembelajaran teradun dalam persekitaran e-autentik bervisual

    Get PDF
    Perkembangan dunia ICT banyak mendorong kepada perubahan dalam corak pendidikan masa kini. Kaedah pembelajaran atas talian dengan pengintegrasian bersama elemen multimedia dan teknologi web 2.0 menjadi salah satu gaya (trending) dan medium penyampaian maklumat kepada pelajar seperti penggunaan e-Pembelajaran, laman sesawang, laman blog, aplikasi laman sosial seperti facebook, twitter sangat mendapat tempat dalam arus pembelajaran masa kini. Justeru, pengguaan medium teknologi secara atas talian dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka hendaklah diseimbangkan menerusi kaedah pembelajaran teradun seharusnya dirangka, disusun dan dilaksana sebaiknya. Univeristi Teknologi Malaysia adalah merupakan salah satu universiti tempatan di Malaysia yang menyediakan ruangan pembelajaran menerusi aplikasi e-Pembelajaran yang mengandungi pelbagai elemen seperti aktiviti dan sumber. Aplikasi seumpama ini hendaklah dimaksimumkan penggunaannya dengan aktiviti yang bersesuaian. Penggunaan elemen pembelajaran dalam persekitaran autentik yang memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu elemen pemikiran visual, elemen pembelajaran visual dan elemen komunikasi visual mampu membantu pelajar untuk meningkat dari sudut prestasi akademik seiring dengan perkembangan elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi memenuhi keperluan kerjaya. Kemahiran insaniah ini meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kerja berpasukan, pengurusan maklumat dan pembelajaran jangka hayat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan proaktif serta etika dan integriti. Justeru bagi menyokong kepada peningkatan kemahiran insaniah ini, pelajar diberi ruang bagi menjalankan aktiviti dalam beberapa keadaan seperti individu, berkumpulan, secara atas talian dan juga secara bersemuka sesuai dengan kemudahan yang terdapat dalam e-Pembelajaran@UTM. Oleh demikian, sebuah kajian menerusi pembelajaran teradun berdasarkan kepada persekitaran autentik bervisual bakal dilaksanakan bagi menyokong kepada pembentukan kemahiran insaniah pelajar melalui kemudahan e-Pembelajaran@UTM dan seterusnya membantu dalam perkembangan kontinum pemikiran visual dan prestasi akademik pelajar

    Aplikasi mudah alih bagi pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral aural

    Get PDF
    Selaras dengan perkembangan ICT dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah Malaysia, penghasilan bahan bantu mengajar seperti Koswer serta menerusi web telah banyak dibangunkan. Begitu juga dengan penggunaan Mobile Learning seperti peranti pintar berplatfom Android dan iOS yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan pendidikan negara maju. Walaupun penggunaan Mobile Learning semakin berkembang dan diintegrasikan dalam pembelajaran namun reka bentuk penyampaiannya perlu diberi perhatian terutama kepada pelajar pendidikan khas yang sering dilihat ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Sejajar dengan matlamat pendidikan negara terhadap pengimplementasian ICT dalam pendidikan, sebuah aplikasi mudah alih (apps) pembelajaran Bahasa Melayu dibangunkan berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral-aural. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan apps dalam menyokong perkembangan kemahiran membaca mereka berdasarkan kepada Model Reka Bentuk Hannafin and Peck. Dengan menggunakan kaedah fonetik dan oral-aural yang disuntik ke dalam apps Mari Baca ini, ia juga membantu dalam perubahan tingkah laku pelajar lembam sekaligus menyokong kepada peningkatan prestasi pembelajaran mereka. Seramai 5 orang responden terlibat dalam kajian ini dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di salah sebuah sekolah luar bandar. Dengan nilai kebolehpercayaan instrumen a = 0.835, hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan pencapaian pelajar telah meningkat kepada tahap lebih baik. Secara keseluruhan, penggunaan apps Mari Baca dalam pembelajaran pelajar lembam telah menunjukkan perkembangan yang baik terhadap pencapaian dan kemahiran membaca serta perubahan yang positif terhadap tingkah laku mereka

    Aktiviti pembelajaran dalam persekitaran autentik berdasarkan kontinum pemikiran visualisasi bagi pembentukan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down

    Get PDF
    Penyediaan sebuah persekitaran pembelajaran dengan pengintegrasian bersama pendekatan yang bersesuaian kepada para pelajar haruslah berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan mereka dalam mencapai objektif sesebuah pembelajaran. Melalui pengimplementasian sebuah suasana dengan strategi pembelajaran yang baik, mampu membantu dan menyokong kepada pengembangan intelektual seseorang pelajar itu. Namun tidak semua pendekatan pembelajaran yang dikatakan terbaik sesuai di implemenkan dalam sesebuah kelas terutama dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah sindrom down. Kanak-kanak sindrom down ini secara umumnya mempunyai beberapa kelemahan secara fizikal mahupun kemahiran berfikir dalam pembelajaran serta mempunyai masalah melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kelemahan kanak-kanak ini dalam menerima pendekatan pembelajaran konvensional seperti melalui kaedah verbal iaitu kuliah dan pengajaran dalam kelas biasa dilihat sebagai satu kesukaran buat mereka ini untuk menerima maklumat dan seterusnya memproses apa yang dipelajari. Hal ini sekaligus memberi kesan kepada perkembangan intelektual mereka yang sedikit ketinggalan dari kanak-kanak normal yang lain. Justeru, keperluan melihat kepada kelebihan dan kemampuan kanak-kanak sindrom down ini dalam menerima maklumat dari sudut yang berbeza perlu diberi perhatian seperti penggunaan media visual dalam pelbagai bentuk penyampaian, serta persekitaran pembelajaran yang autentik iaitu berdasarkan kepada situasi realistik perlulah diintegrasikan bersama agar ia dapat membantu meningkatkan pemahaman mereka menerima sesebuah konsep pembelajaran. Namun pengintegrasian bersama media visual yang realistik dalam sesebuah pembelajaran haruslah secara berperingkat kerana ianya berkait rapat dengan perkembangan tahap visualisasi seseorang pelajar yang secara tidak langsung membantu kepada peningkatan pemahaman mereka. Tahap visualisasi seseorang ini sebenarnya berkembang daripada pemikiran visual kepada pembelajaran visual dan akhir sekali yang tertinggi adalah komunikasi visual yang dikenali sebagai kontinum pemikiran visualisasi. Melalui perkembangan visualisasi ini, ianya menyokong kepada peningkatan ingatan kerja kanak-kanak sindrom down berdasarkan pembelajaran mereka. Oleh demikian dengan merujuk kepada elemen kontinum pemikiran visualisasi ini serta ciri-ciri pembelajaran dalam persekitaran autentik, maka sebuah aplikasi mudah alih (apps) KIDDO dibangunkan bagi menyokong kepada pembentukan Ingatan Kerja kanak-kanak sindrom down ini dari aspek Visuo-Spatial serta Phonological Loop

    Pembentukan kemahiran reka bentuk melalui pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik bagi pelajar bermasalah pembelajaran spesifik

    Get PDF
    Perbezaan tahap intelektual individu yang melibatkan gaya pembelajaran, minat, motivasi diri, kemahiran dan keperluan dalam pembelajaran, menjadi dugaan dan cabaran dalam bidang pendidikan masa kini. Hal ini memerlukan strategi atau pendekatan pengajaran yang bersesuaian mengikut kandungan kurikulum sekolah serta kemampuan pelajar. Setiap individu sebenarnya mempunyai kemampuan menerima sesebuah pembelajaran yang berbeza iaitu daripada pelajar yang mampu mencapai sehingga ketahap pemikiran aras tinggi sehinggalah kepada golongan pelajar bermasalah pembelajaran. Ketidakupayaan sesetengah pelajar untuk senantiasa seiring dalam pembelajaran dengan rakan-rakan lain, telah menimbulkan perasaan rendah diri, penurunan tahap motivasi, serta mengalami gangguan emosi dan tingkah laku EBD (Emotional or Behavioral Disorders) dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran pembelajaran sekeliling. Pelajar yang mengalami permasalah seperti ini dikenali sebagai Pelajar Bermasalah Pembelajaran Spesifik atau pelajar lembam iaitu mereka menghadapi masalah dalam mengikut arahan, mengalami kesukaran dalam menerima maklumat visual atau auditorit, kurang kemahiran serta tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan mempunyai masalah ingatan. Justeru bagi memberi peluang kepada mereka mengikuti pembelajaran dengan baik, maka sebuah persekitaran pembelajaran yang aktif serta bermakna dan menyokong kepada peningkatan fahaman dan ingatan perlu dilaksanakan. Oleh demikian, strategi pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik iaitu realistik diintegrasikan bersama dalam pembelajaran pelajar lembam ini supaya dapat meransang motivasi serta minda mereka agar terus memberi fokus dalam pembelajaran, berpeluang menimba pengalaman melalui aktiviti pembelajaran yang autentik dalam menyokong kepada pengekalan maklumat ingatan, dan seterusnya pembentukan kemahiran reka bentuk mereka. Maka dengan adanya kemudahan teknologi web masa kini, maka ciri-ciri strategi pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik melalui penyediaan ruang refleksi kendiri terhadap aktiviti pembelajaran pelajar dan ruang bagi membina pengalaman autentik direka bentuk bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran spesifik belajar lebih berfokus seterusnya menyokong kepada pembentukan kemahiran reka bentuk mereka

    Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi Apps

    Get PDF
    Sehingga hari ini, salah fahaman konsep menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik. Hal ini turut berlaku pada peringkat prasekolah. Terdapat beberapa permasalahan yang dilihat menjadi kekangan dalam proses pembelajaran, antaranya adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengajar dalam sebahagian kalangan guru-guru prasekolah yang mendorong ke arah permasalahan terhadap penguasaan kemahiran proses sains asas pelajarpelajar prasekolah. Kecenderungan sebahagian guru untuk menggunakan kaedah imaginasi dan andaian dilihat kurang membantu dalam pembentukan fahaman dalam diri pelajar untuk memahami sesuatu konsep sains dan seterusnya sukar mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Disamping itu, suasana pembelajaran yang menggalakkan para pelajar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran serta saling bekerjasama dan berkongsi maklumat harus dididik dari peringkat prasekolah lagi. Selain itu, permasalahan dari segi penyediaan kemudahan ICT seperti pengaksesan kepada internet dan aplikasi teknologi multimedia yang kurang mampu disediakan oleh pihak sekolah turut menyukarkan para guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menarik sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini. Justeru sebuah kajian perlu dilaksanakan bagi tujuan untuk merangka sebuah aktiviti pembelajaran yang mampu menyokong kepada peningkatan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka melalui sebuah persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada situasi sebenar dan bermakna sekaligus memupuk pelajar agar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka sehingga mampu menyokong kepada pembentukan kemahiran proses sains asas pelajar. Berlandaskan kepada keperluan ini, maka kajian mengintegrasikan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik, dengan pengimplementasian bersama teknologi berkomputer iaitu melalui Apps Autentik Kolaboratik Skrin Sentuh Sains (AKSES) yang memberi penekanan serta mempraktiskan kemahiran proses sains asas pelajar (memerhati, mengelaskan dan berkomunikasi), dalam menyokong kepada peningkatan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar

    E-portfolio dalam pelaksanaan penyediaan bahan PBS menerusi strategi pembelajaran kolaboratif

    Get PDF
    Pelaksanaan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara telah dilakukan secara menyeluruh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 yang lalu, dengan hasrat untuk membangunkan sebuah Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Rentetan daripada pembangunan pelan ini, kaedah penilaian pendidikan telah diberi penambahbaikan dengan mewujudkan penilaian berasaskan sekolah atau lebih dikenali sebagai PBS. Penilaian berkualiti yang dilakukan melalui PBS ini akan mampu mencungkil bakat dan kemahiran pelajar yang tidak dapat diketahui melalui penilaian peperiksaan konvensional biasa. Walau bagaimanapun, pelaksanaan PBS di sekolah tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat beberapa permasalahan yang wujud. Antara masalah yang dikenal pasti adalah pergantungan penyediaan bahan PBS secara manual, proses penyimpanan bahan PBS yang menyulitkan, masa penyediaan bahan PBS yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), tiada galakkan untuk pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran mereka, ketelusan penandaan bahan PBS, penyediaan bahan PBS yang tidak melibatkan penggunaan teknologi dan proses penyediaan PBS yang terlalu mementingkan hasil kerja individu pelajar secara sendirian. Kesannya, PBS yang dianggap sebagai pengurangan kebergantungan penilaian peperiksaan menjadi bebanan baru kepada guru kerana terpaksa melaksanakan kedua-dua penilaian sumatif dan formatif ini. Akhirnya PBS tidak dapat menjadikan proses P&P lebih menarik dan efektif. Justeru, penambahbaikan dalam penyediaan bahan PBS oleh pelajar perlu dilakukan seiring dengan perkembangan teknologi haruslah diintegrasikan bersama. Sebuah sistem sistematik dalam menyelenggarakan penyediaan bahan PBS perlu disediakan agar penghasilan bahan PBS dapat dinilai dengan lebih telus dan kaedah penyimpannya perlu mudah diakses. Selain daripada pengurusan dan penghasilan bahan pembelajaran yang efisien disediakan, pengimplementasian sebuah strategi pembelajaran yang efektif juga perlu diintegrasikan bersama melalui kecanggihan teknologi komputer. Justeru dalam penyelidikan ini kaedah pembelajaran secara kolaboratif telah dipilih untuk diimplemenkan dalam penghasilan bahan PBS yang menekankan elemen penglibatan guru dan pelajar, eksplorasi, transformasi, persembahan dan refleksi sepanjang penyediaan bahan PBS iaitu menerusi platform e-Portfolio
    corecore