33 research outputs found

    Aktiviti anti-Acanthamoeba oleh disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba pencilan klinikal dan persekitaran

    Get PDF
    Disinfeksi kanta sentuh yang berkesan adalah sangat penting sebagai langkah pencegahan keratitis Acanthamoeba (AK). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan larutan disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba dengan menggunakan empat pencilan, dua pencilan klinikal; HS 5, HTH 73, dan dua lagi pencilan persekitaran; TTA 1 dan TKA 14. Lima jenis larutan disinfektan pelbagai guna; Complete®, Renu® fresh™, RevitaLens OcuTec®, Opti-Free® Express® dan Solo Care Aqua® telah diuji ke atas pencilan Acanthamoeba tersebut. Masa rendaman adalah berdasarkan masa yang disyorkan oleh pengeluar (4 jam dan 6 jam), 8 jam dan 24 jam. Setiap campuran sista dan larutan disinfektan kanta sentuh dipindahkan ke atas agar tanpa nutrien yang dilapisi Escherichia coli. Plat agar diperiksa di bawah mikroskop songsang setiap hari sehingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit. Kelima-lima larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak efektif membunuh kesemua pencilan sista Acanthamoeba yang diuji. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak mempunyai aktiviti anti-Acanthamoeba yang sangat diperlukan bagi mencegah jangkitan keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pengguna kanta sentuh

    Molecular detection of bacterial endosymbionts in Acanthamoeba spp.: a preliminary study

    Get PDF
    Acanthamoeba spp. is a free-living amoeba commonly found in the environment. It is the causative agent of Acanthamoeba keratitis (AK) and granulomatous amoebic encephalitis (GAE). This amoeba is also a host to various bacteria including pathogenic ones such as Mycobacterium, Legionella, Pseudomonas and Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). In light of this information, a study was undertaken to detect these bacterial endosymbionts in Acanthamoeba spp. isolated from air-conditioning outlets in wards and operating theatres in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). The presence of these bacteria was screened using primer pair targeting each genus and further confirmed by sequencing analysis. Twenty-nine (80.56 %) Acanthamoeba isolates were found to contain targeted bacterial endosymbiont with at least one genus of bacteria per isolates. Mycobacterium spp. (82.76 %) were the most common bacteria detected, followed by Legionella spp. (65.52 %) and Pseudomonas spp. (62.07 %). No MRSA were detected in any isolates used in this study. Most of the Mycobacterium endosymbionts were non-tuberculous mycobacteria, while only two were part of Mycobacterium tuberculosis complex group. We conclude that most Acanthamoeba have the potential to host various pathogenic bacteria. However, the implication on the pathogenicity of both organisms remains unclear and further investigations are needed

    Keratitis Acanthamoeba di Malaysia

    Get PDF
    Acanthamoeba spp. merupakan ameba hidup bebas yang tersebar luas di persekitaran. Ameba ini menyebabkan penyakit keratitis terutamanya kepada individu yang memakai kanta sentuh terkontaminasi atau mempunyai sejarah trauma pada mata. Tujuh puluh empat sampel kikisan kornea pesakit keratitis daripada 4 buah hospital di sekitar Lembah Kelang telah dikultur untuk menemukan Acanthamoeba spp. Keputusan kajian mendapati Acanthamoeba spp. berjaya dipencilkan daripada 14.87% sampel kikisan kornea pesakit keratitis. Berdasarkan kajian ini, kesemua pesakit keratitis Acanthamoeba adalah merupakan pemakai kanta sentuh yang majoritinya (90.9%) terdiri daripada kaum wanita. Kanta sentuh lembut terlibat dalam 90.9% kes manakala jenis kanta separa keras cuma satu kes 9.1%. Kesemua 11 pencilan Acanthamoeba yang dipencilkan adalah daripada kumpulan polyphagids yang biasanya patogenik kepada manusia dan menyebabkan jangkitan ini. Kegagalan pengguna kanta sentuh mengamalkan tahap kebersihan kanta sentuh yang baik merupakan faktor risiko yang penting dalam kejadian keratitis Acanthamoeba di Malaysia

    Pemencilan acanthamoeba spp. daripada persekitaran akuatik

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk memencilkan Acanthamoeba spp. daripada pelbagai persekitaran akuatik di Semenanjung Malaysia. Sebanyak 160 sampel diambil dengan 140 sampel menggunakan kaedah swab manakala 20 sampel lagi menggunakan kaedah pensampelan air dengan botol Schott 500 ml yang steril. Sampel swab diambil daripada kepala paip air (50), sinki (50), serta kolam renang (40) manakala sampel air diambil dari laut. Sampel swab diinokulasi secara terus ke atas agar tanpa nutrien (NNA) yang dilapisi dengan Escherichia coli matian haba secara aseptik. Sampel air dituras menggunakan membran turas bersaiz liang 0.45 μm sebelum membran turas itu dipindahkan secara aseptik ke atas piring NNA yang dilapisi dengan E. coli matian haba. Semua piring dieram pada suhu 30°C dan diperiksa setiap hari untuk kehadiran Acanthamoeba spp. sehingga hari ke-14 sebelum disahkan negatif. Secara keseluruhannya, terdapat 20% sampel yang positif untuk kehadiran Acanthamoeba. Acanthamoeba spp. paling banyak dipencilkan daripada sampel air laut dengan peratusan sebanyak 40% manakala paling sedikit dipencilkan daripada swab paip air dengan peratusan sebanyak 4% sahaja. Pencilan positif Acanthamoeba spp. daripada sinki dan kolam renang masing-masing adalah 20% dan 30%. Ketiga-tiga kumpulan genus Acanthamoeba dalam bentuk sista dapat ditemui dalam sampel yang diambil

    Ketahanan suhu acanthamoeba spp. pencilan spesimen klinikal dan persekitaran

    Get PDF
    Acanthamoeba merupakan protozoa hidup bebas yang mampu menyebabkan penyakit keratitis Acanthamoeba dan ensefalitis amebik bergranuloma. Ciri fisiologi ameba ini mempunyai kepentingan perubatan dan boleh dikaitkan dengan potensi patogenisitinya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri fisiologikal Acanthamoeba dari aspek ketahanan suhu. Enam pencilan Acanthamoeba iaitu tiga pencilan klinikal (HSB 1, HKL 48 dan HKL 95) dan tiga pencilan persekitaran (PHS 2, PHS 11 dan PHS 15) digunakan dalam kajian ini. Ujian dilakukan dengan mengkultur sista pada suhu 30°C, 37°C dan 42°C selama dua minggu dan memerhatikan keupayaannya untuk bertukar kepada peringkat trofozoit. Hasil kajian menunjukkan kesemua pencilan mampu bertukar kepada peringkat trofozoit pada suhu 30°C dan 37°C. Walau bagaimanapun tiada trofozoit diperhatikan pada suhu 42°C. Ini menunjukkan terdapat persamaan ciri fisiologi bagi kedua-dua pencilan dan pencilan persekitaran mampu menunjukkan potensi patogenisitinya dan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia

    Keberkesanan antibiotik titisan mata neomycin, gentamycin & ciprofloxacin terhadap sista acanthamoeba spp.

    Get PDF
    Keratitis Acanthamoeba merupakan masalah okular yang serius dan boleh mengakibatkan buta jika tidak dirawat. Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan antibiotik titisan mata terhadap lapan isolat sista Acanthamoeba spp., empat daripada isolat klinikal dan empat lagi daripada isolat persekitaran. Tiga antibiotik titisan mata (neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin) yang terdapat di pasaran dalam bentuk sedia guna telah diuji. Suspensi sista daripada kelapan-lapan isolat diuji dengan antibiotik titisan mata masing-masing. Selepas tempoh inkubasi selama 48 jam, larutan dituras dan membran turasan diletakkan ke atas agar bukan nutrien yang dilapisi E.coli. Plat agar diperiksa setiap hari hingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit Acanthamoeba di bawah mikroskop inverted. Ketiga-tiga antibiotik ujian iaitu neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin didapati berkesan terhadap sista Acanthamoeba daripada semua strain kajian

    Undang-undang jagaan kesihatan ibu di Malaysia: hak pesakit wanita di hospital kerajaan

    Get PDF
    Pengenalan Wanita sebagai pesakit adalah satu keadaan biasa. Walau bagaimanapun, pesakit wanita daripada kategori pesakit obstetrik atau ginekologi, mereka berada dalam satu kategori lain. Ini kerana pesakit O&G akan diwadkan di wad bersalin atau bilik bersalin mengikut keperluan kesihatan serta perawatan mereka. Penjagaan dan perawatan di wad bersalin dan bilik bersalin adalah melibatkan rawatan dan penjagaan oleh sekumpulan doktor perubatan, bidan dan jururawat terlatih di dalam bidang kepakaran obstetrik dan ginekologi. Justeru, keutamaan meneliti undang-undang dan perundangan yang berkaitan perlindungan hak pesakit wanita semasa mereka mengggunakan wad bersalin dan bilik bersalin adalah asas utama dalam menentukan sama ada hak-hak tersebut wujud di dalam perkhidmatan jagaan kesihatan berkaitan wanita hamil. Penelitian terhadap peruntukan undang-undang khusus kesihatan wanita, polisi kesihatan serta garis panduan mengenai wanita hamil dibuat bagi melihat impak dan kesan undang-undang, polisi kesihatan atau garis panduan tersebut terhadap perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan, termasuklah meneliti kelayakan, keupayaan serta jumlah doktor di bahagian obstetrik dan ginekologi samada ianya memenuhi keperluan di wad bersalin dan di bilik bersalin hospital kerajaan. Metodologi Metod kajian doktrinal undang-undang telah digunakan dengan mengambil pendekatan empirikal di mana temuramah dan perbincangan kumpulan fokus telah dilakukan bersama doktor pakar O&G dan pegawai perubatan dan jururawat masyarakat O&G terpilih dari Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Keputusan Dapatan menunjukkan terdapat polisi serta garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggariskan tentang hak pesakit wanita semasa berada di wad bersalin dan di bilik bersalin. Tetapi, terdapat kekurangan dari aspek undang-undang dan polisi kerajaan iaitu tidak terdapat sebarang undang-undang yang khusus berkenaan hak pesakit wanita hamil ataupun dasar yang jelas tentang kesihatan wanita. Kesimpulan Penulisan ini menyimpulkan bahawa terdapat keperluan kepada satu polisi baharu bagi memperkukuhkan tadbir-urus di wad bersalin lantas meningkatkan dan memantapkan mutu jagaan kesihatan sebagai hak pesakit wanita di wad bersalin hospital kerajaan

    Ability of acanthamoeba cyst to excyst at different temperatures

    Get PDF
    This study was carried out to observe thermotolerance ability of Acanthamoeba spp. A total of 32 Acanthamoeba spp. isolates obtained from water taps, sinks, swimming pools and sea water were used. Trophozoites of Acanthamoeba spp. were inoculated onto non-nutrient agar (NNA) seeded with heat-killed Escherichia coli using aseptic technique and incubated for 14 days at 30°C to obtain the cyst. The cysts were subcultured onto new agar plates for thermotolerance test at 37°C and 42°C. The plates were observed until 96 hours after incubation for excystation of Acanthamoeba before being declared negative. Overall, 81.25% of samples were able to excyst at 37°C while 37.5% were able to excyst at 42°C. Thermotolerant Acanthamoeba is associated with high pathogenicity potential

    Survivability of acanthamoeba strains isolated from clinical and environmental specimens during axenization

    Get PDF
    Acanthamoeba is a free living protozoa that can cause keratitis and granulomatous amoebic encephalitis. Physiological characteristics of this amoeba are found to have a medical importance in which it can be related to the pathogenicity potential of the organism. This study was carried out to investigate the physiological characteristics of survivability during axenization. Six Acanthamoeba strains from three clinical isolates (HSB 1, HKL 48 and HKL 95) and three environmental isolates (PHS 2, PHS 11 and PHS 15) were used in this study. Axenization test was done by treating cysts with hydrochloric acid (3%) and Page saline containing Gentamicin (100 μg/ml). Cysts were then cultured into PYG enrich media, incubated at 30oC and the presence and proliferation of trophozoites of Acanthamoeba were observed. This study showed that PHS 15, HSB 1, HKL 48 and HKL 95 could be axenized but they have poor proliferation rate in PYG enrich media. The result showed that the difference between both clinical and environmental isolates was observed in two strains; PHS 2 and PHS 11. This indicates that there is a possibility that the physiological traits of strains from both isolates are the same and strains from the environment are able to show the pathogenic potential and capable of causing infection to human

    In vitro sensitivity testing of acanthamoeba clinical isolates from patients with keratitis against polyhexamethylene biguanide (PHMB) and chlorhexidine

    Get PDF
    Acanthamoeba keratitis is a serious infection of the eye which can result in permanent visual impairment. Therefore this study was performed to evaluate the effectiveness of antimicrobial agents on three Acanthamoeba clinical isolates (HS 6, HKL 95 and HTH 73). Antimicrobial agents used in this study were polyhexamethylene biguanide (PHMB) and chlorhexidine and both were serially diluted. Cyst suspensions from all three strains were tested against the antimicrobial agents, respectively. After 48 h of incubation at 37°C, the suspension was filtered and the filter membrane was placed onto non-nutrient agar plate lawned with heat-killed Escherichia coli. The plates were examined daily under the inverted microscope until day 14 but were negative for Acanthamoeba trophozoites. The presence of trophozoites indicated ineffectiveness of the antimicrobial agents. Both antimicrobial agents used were found to be effective against Acanthamoeba cysts for all the strains tested. PHMB gave minimum cysticidal concentration (MCC) mean value of 4.232 μg/mL and chlorhexidine showed MCC mean value of 3.906 μg/mL. So, from this study, it can be concluded that PHMB and chlorhexidine were effective in killing the tested Acanthamoeba cyst
    corecore