1 research outputs found

    Cabaran dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran STEM di Sekolah Menengah

    Get PDF
    Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM mula diperkenalkan melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017. Lantas, kajian ini telah dijalankan untuk meninjau cabaran yang perlu ditempuhi oleh 128 guru sains dalam melaksanakan PdP STEM di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Instrumen yang digunakan adalah Soal Selidik Aspek Pelakasanaan (SSAP) yang mengandungi 14 item. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 24.0. Analisis deskriptif menunjukkan 63.8% responden mempunyai bersetuju bahawa aspek kesediaan guru merupakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM. Selain itu, didapati bahawa kekurangan pengetahuan merupakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM. Dapatan kajian juga menunjukkan cabaran pelaksanaan PdP STEM adalah pada tahap sederhana (M = 3.43, SD = .395). Oleh itu, tindakan segera perlu untuk mengatasi cabaran ini bagi memastikan PdP STEM dapat dilaksanakan secara efektif
    corecore