2 research outputs found
Analisis ada sebagai kata kerja dwikomplemen: suatu pendekatan minimalis
Transitiviti ada telah dibincangkan oleh sarjana lepas sebagai kata kerja monotransitif. Namun
demikian, variasi struktur ayat yang digunakan oleh penutur natif memperlihatkan ada tidak
sentiasa kekal monotransitif dalam struktur yang pelbagai. Hal ini disebabkan leksis ini
memperlihatkan transitiviti yang berbeza terutamanya dalam ayat kewujudan. Oleh itu, kajian ini
bertujuan mengemukakan analisis baharu transitiviti ada yang berfungsi sebagai K kewujudan dari
perspektif teoretikal. Kajian ini memanfaatkan pangkalan Korpus DBP sebagai sumber data kajian
beraplikasikan analisis teks digital. Data yang dipilih dihadkan kepada ayat kewujudan berstruktur
Ada-DP-FPrep dan dianalisis menggunakan pendekatan sintaksis Minimalis. Melalui analisis
deskriptif, Ujian Pengguguran Argumen membuktikan bahawa DP dan FPrep dalam struktur Ada
DP-FPrep berfungsi sebagai komplemen yang perlu hadir secara wajib untuk menghasilkan ayat
kewujudan yang gramatis. Dari perspektif teoretikal, analisis cangkerang Fk membuktikan ada
bersifat dwitransitif dalam konstruksi Ada-DP-FPrep. Kajian ini juga menafikan Carnie (2006)
yang mendakwa leksikal kewujudan tidak mengagihkan peranan-q secara sejagat sebagaimana
there dalam kajian bahasa Inggeris. Sebaliknya, operasi sintaksis dalam aras numerasi mendapati
kepala K ada dalam struktur Ada-DP-FPrep mengagihkan peranan-q kepada komplemennya, iaitu
DP ditandai TEMA dan FPrep ditandai LOKATIF. Kajian ini memberi impak terhadap penelitian
transitiviti ada dari perspektif Minimalis khususnya sebagai K dwikomplemen yang dapat
dimanfaatkan oleh pengkaji linguistik dan pelajar sintaksis generatif
Expletive there structures: a minimalist analysis
Expletive structures can be recognized by the presence of there at the beginning of the sentence. Previous studies claim that there is not present through merge operations at the numeration level, but it enters into the syntax structure at the interface level of the Logical Form through Expletive Insertion Rules (EIR). There is a claim that there is no subject-to-subject movement in the expletive structure because there is generated directly to the subject position [Spec,TP]. Therefore, this study aims to re-evaluate this view and present an analysis based on morphosyntactic feature research. The data used in this study was taken from a corpus of three selected online novels based on the highest number of readers. The data type selected is the expletive construction of there only. The selected data is analyzed through the Minimalist Program (Chomsky, 2015). Through the corpus, this study found two expletive structures that are rarely discussed, namely BE-post-Expl and V-post-Expl. In vP Shell analysis, this study found that there is actually generated at the [Spec,vP] position due to the feature checking requirements [uExpl] brought by the small v node. However, subject-to-subject movement occurs when there moves to the subject position [Spec,TP] due to the need to check the feature [uExpl] assumed to be brought by the Tense. This proves that there is not generated at the Logical Form interface level, but rather there is a merge operation at the numeration level in the computational system. Thus, this study contributes to the understanding of the expletive structure based on morphosyntactic feature research