2 research outputs found

    Modifikasi drama dekon Seri Panggung karya Marzuki Ali

    Get PDF
    Drama Seri Panggung adalah salah satu skrip dekon dalam kumpulan dekon Saya dari Tanjung Penaga (2015) hasil karya Marzuki Ali. Drama Seri Panggung mengisahkan tentang seorang perimadona bangsawan yang bernama Munah Sani dan bagaimana beliau mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia tetaer bangsawan. Watak Munah Sani dalam drama Seri Panggung amat mirip sekali dengan bekas perimadona bangsawan yang terkenal pada iaitu Aminah Nani, atau yang dikenali sebagai Mak Minah dalam kalangan penggiat bangsawan. Marzuki Ali telah menerapkan kehidupan Aminah Nani ke dalam watak Munah Sani terutamanya aspek kejayaan yang dikecapi beliau sepanjang bergelar perimadona bangsawan. Selain itu, drama Marzuki Ali ini juga memaparkan persamaan dengan karya drama Zakaria Ariffin iaitu Pentas Opera. Subjek utama Zakaria Ariffin dalam drama Pentas Opera adalah perjuangan anak-anak wayang sebuah kumpulan bangsawan pada era penjajahan Jepun sehingga pra kemerdekaan Tanah Melayu. Artikel ini mengaplikasikan teori intertekstualiti dalam drama Seri Panggung. Justeru, analisis ini mengaplikasi salah satu prinsip intertekstualiti iaitu prinsip modifikasi untuk meneliti drama Seri Panggung. Objektif kajian ini adalah bertujuan menganalisis proses penyesuaian, perubahan, pindaan dengan mengaplikasikan prinsip modifikasi daripada teks Pentas Opera ke dalam teks Seri Panggung. Reka bentuk kajian ini adalah kajian fundamental. Dapatan kajian ini adalah pengarang telah melakukan modifikasi dari segi latar tempat, latar masyarakat, mesej dan watak perwatakan di dalam drama Seri Panggung karya Marzuki Ali berdasarkan skrip Pentas Opera karya Zakaria Ariffin

    Penerapan konsep pembelajaran terbeza: kandungan, proses, produk dan persekitaran terhadap pelajar pintar dan berbakat

    Get PDF
    Kertas ini menilai penerapan konsep pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas pelajar pintar dan berbakat di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM. Kepelbagaian dan keunikan setiap pelajar yang semakin ketara hari ini memerlukan strategi pengajaran yang sesuai. Begitu juga dengan Pelajar Pintar Berbakat (PPB) yang mempunyai bakat dan potensi pembelajaran yang berlainan dan memerlukan perhatian khusus. Dengan itu, Kaedah Terbeza (Differentiated Instruction) dikemukakan sebagai penyelesaian utama kepada keperluan PPB ini walaupun ianya amat mencabar. Pemantapan dalam kaedah terbeza dalam PPB perlu diperkukuhkan agar keseronokan belajar dalam kalangan PPB tidak membosankan dan memenuhi keperluan mereka. Selain itu, kertas ini juga memfokuskan kepada empat konsep utama dalam pembelajaran terbeza iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran. Setiap daripada konsep pembelajaran terbeza menghasilkan kepelbagain teknik, serta aktiviti yang boleh meningkatkan tahap keaktifan serta minta dan menambahkan lagi kreativiti antara PPB ketika belajar. Oleh itu, hasil pelaksanaan pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas PPB menunjukkan sangat sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran pintar dan berbakat
    corecore