3 research outputs found

    Pendekatan Mengurus Konflik dalam Rumah Tangga Bermadu: Approach in Managing Conflict in A Polygamous Household

    Get PDF
    Conflict is an unavoidable condition and is part and parcel of life in a household, especially in the lives of a polygamous household. This article aims to present the factors that contribute to household conflict and the approach in managing them. The data were obtained through semi-structured interviews with sampling techniques aimed at 5 sister-wives and 1 polygamous husband. The interview data transcriptions were analyzed to form themes and sub-themes and validation was performed using Cohen Kappa calculations. The data analysis revealed that the internal factors which trigger conflict are secretive marriage, lack of concern, jealousy, and misunderstanding, whereas the external factors are neglecting responsibility, difficulty in adjusting, and lack of communication. Among the approaches taken to manage this conflict are to hold discussions, to be generous, to be tolerant, to care for each other, to appreciate, to be patient, to accept the qada' and qadar of Allah Almighty, to protect the household’s honour, and to limit unimportant social activities. This finding can serve as a guide in the management of polygamous household conflicts. ABSTRAK Konflik adalah satu keadaan yang sukar dielakkan dan menjadi asam garam alam rumah tangga, lebih-lebih lagi dalam kehidupan rumah tangga bermadu. Artikel ini bertujuan mengemukakan faktor-faktor yang mencetuskan konflik rumah tangga bermadu serta pendekatan mengurusnya. Data diperolehi melalui temu bual separa berstruktur dengan teknik persampelan bertujuan iaitu terhadap 5 orang isteri bermadu dan 1 orang suami berpoligami. Transkripsi data temubual dianalisis bagi membentuk tema dan sub tema dan proses keesahan dilakukan menerusi pengiraan Cohen Kappa. Analisis data mengemukakan faktor dalaman yang mencetuskan konflik iaitu merahsiakan perkahwinan, kurang keprihatinan, perasaan cemburu dan salah faham manakala faktor luaran ialah pengabaian tanggungjawab, sukar membuat penyesuaian diri dan tiada komunikasi. Antara pendekatan yang dilakukan untuk mengurus konflik ialah mengadakan perbincangan, berlapang dada, bertolak ansur, menjaga hati, menghargai, sabar, redha dengan qada’ qadar Allah SWT, menjaga rahsia rumah tangga dan menghadkan aktiviti sosial yang tidak penting. Dapatan ini boleh djadikan panduan dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu.     &nbsp

    Fahaman Pelampau Rajah Solaiman Movement (RSM) Sebagai Sebuah Gerakan Islam di Filipina: Extremism of Rajah Solaiman Movement (RSM) as an Islamic Movement in The Philippines

    No full text
    The movement of the Islamic activities in the Philippines has always dealt with various obstacles due to the misleading ideologies of some Muslim leaders, which commonly engage with murdering, kidnapping, terrorism and so on. In that case, this paper aims to discuss about extremism or the radicalism of Islamic movements in the Philippines. The research literature will discuss about the extreme ideology of Rajah Solaiman Movement (RSM) which gives negative understanding among non Muslims towards Islam as a terrorist religion. The research will include some discussion of Muslim scholars about the extremism or radicalism ideas in the Islamic movements over the world. ABSTRAK Gerakan aktiviti Islam di Filipina sering menghadapi cabaran disebabkan fahaman yang melampau daripada sebahagian pemimpin Muslim yang sering dikaitkan dengan pembunuhan, penculikan, terorisme dan sebagainya. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan perbuatan ekstremis atau radikal gerakan Islam di Filipina. Kajian literatur ini memberi penekanan terhadap fahaman pelampau dalam Rajah Solaiman Movement yang membawa kepada salah tanggap bukan Muslim terhadap Islam sebagai agama teroris. Kajian ini juga merangkumi pandangan ulama terhadap ekstrimisme atau radikalisme gerakan Islam di seluruh dunia.   &nbsp

    Analisis keperluan pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga

    Get PDF
    Pasangan rumah tangga poligami sering berhadapan dengan konflik dan menjadi buntu ekoran tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengurus konflik yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan model psikologi komunikasi isteri bermadu dalam mengurus konflik rumah tangga. Analisis keperluan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan model yang bakal dibentuk memenuhi keperluan sasaran model dan menentukan spesifikasi model yang dibina. Proses analisis keperluan pembinaan model ini dijalankan menerusi temu bual separa berstruktur. Pemilihan informan dilakukan secara persampelan bertujuan iaitu lima orang isteri yang bermadu dan seorang suami yang berpoligami. Transkripsi data temu bual dianalisis bagi membentuk tema dan subtema. Proses kesahan tema dan subtema ini dilakukan menerusi kaedah pengiraan Cohen Kappa. Dapatan temu bual berkaitan keperluan pembinaan model ini mengutarakan empat tema dan subtema utama, iaitu: (1) Kewujudan konflik dalam rumahtangga bermadu, (2) Faktor-faktor berlakunya konflik rumah tangga bermadu, (3) Pendekatan dilakukan dalam mengurus konflik rumah tangga bermadu, dan (4) Keperluan pembangunan model. Pembinaan model ini boleh menjadi panduan kepada pasangan suami isteri dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu
    corecore