1 research outputs found

    Persepsi Peserta Terhadap Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Mini Rtc Di Negeri Kedah

    Get PDF
    Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan negara dengan menyediakan peluang menimba pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan itu, Mini RTC juga tidak ketinggalan menyediakan tempat untuk menjalankan program PSH. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi dan kepuasan peserta terhadap program PSH serta keinginan untuk menyertai semula program. Kajian ini merangkumi respondan seramai 75 peserta dari empat buah Mini RTC di Negeri Kedah iaitu Mini RTC Padang Gelanggang, Mini RTC Bemban, Mini RTC KEDA Nagalilit dan Mini RTC Bukit Tukang Jusoh. Perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 20 digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif dan ujian Korelasi Spearman’s rho digunakan. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang mana item-item yang digunakan telah memperolehi nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach sebanyak 0.919. Hasil dapatan menunjukkan peserta persepsi terhadap program PSH adalah tinggi dengan purata skor min sebanyak 4.339. Selain itu, dapatan juga menunjukkan kepuasan peserta terhadap program PSH memperoleh purata skor min yang tinggi iaitu 4.247. Manakala keinginan peserta untuk menyertai semula program PSH berada pada tahap sederhana iaitu purata skor min sebanyak 4.413. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi peserta dengan kepuasan peserta terhadap program PSH dan keinginan untuk menyertai semula program
    corecore