2 research outputs found
Peranan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Dalam Melaksanakan Hisbah di Negeri Selangor
Hisbah merupakan salah satu elemen yang wujud dalam amalan pengurusan Islam bagi memenuhi tanggungjawab menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran (amar maaruf nahi munkar). Ia mempunyai skop yang luas merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik. Dalam pelaksanaan hisbah di Selangor, tumpuan banyak diberikan kepada aspek yang pencegahan maksiat menerusi penubuhan skuad yang dinamakan dengan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan sebenar PPA dalam melaksanakan hisbah Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Negeri Selangor khususnya dari sudut bidangkuasa. Ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dalam pengumpulan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa konsep hisbah yang dilaksanakan tertumpu kepada aspek kesalahan berhubung dengan kesusilaan (pencegahan maksiat), akidah, kesucian agama Islam dan institusinya serta kesalahan pelbagai. PPA juga turut memainkan peranan yang cukup besar dan penting dalam usaha menjalankan tugas amar maaruf nahi mungkar di Negeri Selangor demi menjaga kemaslahatan agama dan masyarakat Islam. Jelasnya bidangkuasa PPA dalam menjalankan tugas hisbah tersebut adalah tertakluk kepada apa yang telah termaktub di dalam enakmen-enakmen yang berhubung dengan undang-undang pentadbiran agama Islam Negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini juga wajar diteruskan dan diperkembangkan lagi pada masa akan datang untuk kepentingan bersama bagi mentransformasikan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Malaysia ke arah yang lebih baik khususnya dalam usaha pelaksanaan hisbah.Hisbah merupakan salah satu elemen yang wujud dalam amalan pengurusan Islam bagi memenuhi tanggungjawab menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran (amar maaruf nahi munkar). Ia mempunyai skop yang luas merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik. Dalam pelaksanaan hisbah di Selangor, tumpuan banyak diberikan kepada aspek yang pencegahan maksiat menerusi penubuhan skuad yang dinamakan dengan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan sebenar PPA dalam melaksanakan hisbah Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Negeri Selangor khususnya dari sudut bidangkuasa. Ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dalam pengumpulan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa konsep hisbah yang dilaksanakan tertumpu kepada aspek kesalahan berhubung dengan kesusilaan (pencegahan maksiat), akidah, kesucian agama Islam dan institusinya serta kesalahan pelbagai. PPA juga turut memainkan peranan yang cukup besar dan penting dalam usaha menjalankan tugas amar maaruf nahi mungkar di Negeri Selangor demi menjaga kemaslahatan agama dan masyarakat Islam. Jelasnya bidangkuasa PPA dalam menjalankan tugas hisbah tersebut adalah tertakluk kepada apa yang telah termaktub di dalam enakmen-enakmen yang berhubung dengan undang-undang pentadbiran agama Islam Negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini juga wajar diteruskan dan diperkembangkan lagi pada masa akan datang untuk kepentingan bersama bagi mentransformasikan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Malaysia ke arah yang lebih baik khususnya dalam usaha pelaksanaan hisbah
Kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dalam dakwah terhadap masyarakat Orang Asli
Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan
Islam kepada masyarakat. Mereka antara insan yang telah dipertanggungjawabkan
oleh Allah dalam memakmurkan agama di muka bumi ini. Aspek persiapan
dianggap elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses penyampaian
dakwah. Pengetahuan dan kemahiran adalah dua elemen berkaitan. Artikel ini
bertujuan menganalisis kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dakwah
kepada masyarakat Orang Asli. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan
isu berkaitan pengetahuan dan kemahiran adalah berdasarkan analisis dokumen
seperti jurnal, buku dan lain-lain dokumen berkaitan kajian. Analisis aspek
pengetahuan adalah berdasarkan teori Thaqafah al-Da’iyah oleh al-Qaradawi.
Manakala aspek kemahiran adalah berasaskan prinsip metodologi dakwah dalam
surah al-Nahl, ayat 125. Analisis ini memperlihatkan adalah penting pendakwah
menguasai aspek pengetahuan berkaitan ilmu Islam, sejarah dan kearifan
tempatan, kepercayaan, adat dan budaya, pengetahuan semasa serta realiti
masyarakat setempat. Manakala aspek kemahiran yang perlu dikuasai pendakwah
pula ialah komunikasi, kemahiran pertukangan, pertanian, perubatan, sukan dan
lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan masyarakat Orang Asli