4 research outputs found

    Kecenderungan Pelajar Berkeperluan Khas Di Politeknik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan

    Get PDF
    Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di Negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keushawanan terutamanya sektor industri kecil dan serdahana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi Negara pada abad ke-21. Oleh itu, usaha membudayakan keusahawanan di kalangan rakyat di Negara ini juga dilakukan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah, dan insitusi pengajian tinggi. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar berkeperluan khas di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan, serta faktor yang paling mempengaruhi tahap kecenderungan pelajar berkeperluan di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan menjadi usahawan berdasarkan faktor demografi. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 90 yang terdiri daripada pelajar berkeperluan khas pendengaran dari tiga iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Kota Kinabalu. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 20.0. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Selain itu analisis inferensi menggunakan ujian T dan ujian ANOVA satu hala digunakan untuk mencari perbezaan tahan kecenderungan pelajar berdasarkan faktor demografi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan pelajar berkeperluan khas di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan adalah tinggi, di mana skor min adalah 4.033. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruh tahap kecenderungan pelajar adalah faktor ciri-ciri keusahawan yang ada dalam diri pelajar. Terdapat perbezaan yang signifikan perbezaan tahap kecenderungan menjadi usahawan berdasarkan faktor jantina dan kursus yang diikuti oleh pelajar berkeperluan khas di Politeknik

    Buku Teks: Asas Kelestarian Tingkatan 5

    Get PDF
    Buku Teks Asas Kelestarian Tingkatan 5 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas Kelestarian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan pembelajaran subjek ini di sekolah. Buku ini merangkumi tiga bab utama yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Buku ini juga membantu dalam membentuk minda murid membudayakan amalan teknologi hijau dalam bidang teknologi dan kehidupan harian. Bab pertama buku ini mendedahkan murid kepada pembinaan lestari yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan hijau. Bab kedua pula murid diberi pendedahan kepada sistem rawatan air dan rawatan air sisa kumbahan. Manakala bab ketiga pula, tumpuan murid diarahkan kepada rawatan sisa pepejal termasuk pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Persembahan buku ini disertakan dengan penerangan yang jelas dan dengan penyendal yang pelbagai dapat menarik minat dan tumpuan murid serta memantapkan lagi pemahaman mereka. Setiap akhir bab juga disusuli dengan peta rumusan dan latihan sebagai pengukuhan minda mengenai bab yang dipelajari. Semoga buku ini dapat dijadikan rujukan terbaik dan penuh manfaat untuk meningkatkan pengetahuan, nilai murni serta melahirkan modal insan yang mampu membudayakan amalan lestari dalam kehidupan

    Enhancing grammar competence of vocational school students through the Omygram learning chart

    Get PDF
    Various methods and approaches have been used to support English learning. However, there is still a lack of information on how the grammar competence of vocational students can be improved in the Malaysian context. This study aims to build the Omygram learning chart and identify its effects on the achievement level of the students in Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), or the upper-secondary vocational programme, on their English grammar competence. The study involved two secondary schools in Johor, Malaysia, employing a quasi-experimental design. A descriptive analysis from SPSS showed the increment in the mean score for the post-test of the treatment group of 5.58, higher than the control group (0.33) after the intervention was applied. The results of t-test showed no significant difference in achievement between pre-test and post-test for the control group [p = 0.504, (p 0.05)]. On the other hand, the result of the t-test for the treatment group showed a significant difference in achievement between the pre-test and post-test [p = 0.000, (p0.05)]. Students’ motivation after using the Omygram learning chart was also high. In conclusion, the development of the Omygram learning chart is proven to effectively increase students’ achievement in English. This confirms that developing learning aids improves students’ grammar competence and motivates them to learn the language better.  As a result, the goal of producing a skilled workforce in TVET (Technical Education and Vocational Training) and possessing soft skills will be more achievable

    Kerangka kerja awal jaminan kualiti latihan teknikal berterusan bagi pusat latihan di Malaysia

    Get PDF
    Jaminan kualiti dalam latihan merupakan salah satu pendekatan sistematik bagi memastikan latihan yang di sediakan oleh pusat latihan adalah berkualiti dari pelbagai aspek. Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi mengetahui apakah kriteria dan standard-standard yang di perlukan dalam penjaminan kualiti bagi kursus teknikal yang di jalankan oleh pusat-pusat latihan untuk pendidikan latihan berterusan. Kajian ini menggunakan teknik Delphi yang diubahsuai yang melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik sebanyak 2 pusingan. Seramai 16 pakar yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengurus Latihan dan Senior Instructor dari Pusat Latihan Kementerian Sumber Manusia, Pusat Latihan MARA dan Pusat Latihan Swasta telah di pilih secara rawak sebagai responden bagi kajian ini. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS version 11.0) untuk mendapatkan data deskriptif yang di persembahkan dalam bentuk skor min dan peratus. Hasil dapatan menunjukkan terdapat 8 kriteria yang mempunyai kepentingan 'sangat tinggTdengan skor min antara 3.3 hingga 3.9 dalam jaminan kualiti latihan teknikal berterusan, iaitu Struktur Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran, Personel Instruksi, Infrastructure, Analisis Keperluan, Perancangan dan Pembangunan Program, Penilaian dan Sistem Penganugerahan. Seterusnya, standard bagi kriteria tersebut juga telah di kenal pasti. Dari hasil kajian, pengkaji telah membangunkan satu kerangka keija awalan bagi kriteria dan standard jaminan kualiti latihan teknikal berterusan yang di adaptasikan daripada Kriteria dan Standard Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA (2004), Criteria and Guidelines IACET (2005), Manual Akreditasi Majlis Kejuruteraan (2004), dan Model Awal Jaminan Kualiti KUiTTHO (Noraini, et.al, 2005). Pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan supaya rangka keija ini dapat di mantapkan lagi melalui kajian Delphi yang lebih terancang, dan hasilnya dapat di guna bersama oleh semua pusat-pusat latihan dan pendidikan b crtcrusan
    corecore